Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ekonomi dunia sekarang memang pelik. Harga minyak mentah turun mendadak dari USD100 ++ setong merosot sehingga kurang dari USD50. Arab Saudi pulak tetap berdegil tidak mahu mengurangkan pengeluaran walaupun didesak oleh banyak negara pengeluar minyak yang lain. Adakah Arab Saudi mendapat bayaran bawah meja daripada askar dajjal yang mengawal ekonomi dunia? Mungkin Arab Saudi akan mengambil pendekatan berbeza setelah kemangkatan Raja Abdullah.
Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan pantas dengan mengubah suai bajet 2015 yang ketika dirangka menggunakan harga minyak mentah USD100 setong. Pelbagai perbelanjaan yang dirangka dalam bajet 2015 telah dipotong untuk persediaan ekonomi yang semakin teruk. Kerajaan sudah bersiap sedia untuk memotong lagi bajet 2015 sekiranya harga minyak mentah jatuh lebih banyak. Bagaimana pula persiapan kita untuk menghadapi kemerosotan ekonomi dunia?
Seperti tulisan blogger hensem Ariff Shah matlamat kewangan antara kita tidak sama. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi dunia kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan sana dan sini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk.
Pilihan kita ada dua samada meningkatkan pendapatan atau memotong perbelanjaan.
1. Tukar kereta sekarang kepada yang lebih rendah bayaran bulanan supaya berkurangan hutang atau mengisi kereta kita dengan produk yang boleh dijual kepada kawan-kawan untuk menambahkan pendapatan.
2. Menukar pakej broadband kepada yang paling murah untuk mengurangkan perbelanjaan atau buat bisnis online seperti buat blog, bisnis affiliate atau jaul produk online untuk menambah pendapatan. Kepada yang nak belajar cara buat duit online ada banyak cara antaranya cara menjana komisen dengan Klikjer mana tahu boleh dapat income seperti di bawah ini.
3. Lebihkan masa duduk di rumah untuk mengurangkan perbelajaan yang tidak perlu atau kita keluar buat kerja sampingan seperti buat MLM, jual insuran atau berniaga pasar malam untuk menambah pendapatan. Kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan sampingan yang penting boleh menjana pendapatan sampingan bukan sekadar mengembirakan hati sendiri tapi duit tak masuk.
4. Mencari rumah sewa yang lebih murah untuk mengurangkan berbelanjaan atau rumah yang ada sekarang kita isi dengan produk-produk yang kita boleh jual secara online, jual pada kawan-kawan ofis atau jual di pasar malam untuk meningkatkan pendapatan. Isteri juga boleh menambah pendapatan dari rumah seperti binis baju kurung yang boleh dijual melalui instagram dan FB.
5. Menjual saham-saham yang berada dalam posisi untung seperti sahan FGV atau saham-saham lain yang dana keuntungan boleh digunakan untuk membeli kembali saham yang sama apabila harga turun banyak.
6. Banyak memberi sehingga apabila tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tahu. Memberi akan membuka lebih banyak pintu rezeki yang tidak disangka-sangka seperti kisah umat Nabi Musa a.s yang memberi ketika susah.
7. Kongsikan cadangan anda diruangan komen.
Sebenarnya ALLAH dalam Al Quran telah mengajar kita untuk merancang kewangan cuma kekadang kita terlepas pandang. Aku memilih untuk menambah pendapatan dan berjimat mana yang perlu untuk persediaan masa susah. Bagaimana pulak anda? Kalau masih binggung mencari peluang jom kita ngopi mana tahu ada idea yg boleh dibincangkan bersama kerana kerja yg terbaik adalah kerja berjemaah.
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. – ayat 46 – 49 Surah Yusof
154 Comments
http://www.pokerwalet.com – agen poker dan domino online indonesia terpercaya | agen poker terpercaya |
minimal depo hanya 15.000,- bonus cashback 0,5 % !!
hubungi kami di YM :
cs.pokerwalet
BBM : 51.67.87.08Sms/ Tel : +855 888 90 3717
pendapat sampingan ni umpama doa lah, kalau kita rajin dan berusaha pasti akan ada rezeki tu.
Curahan rasa hafizi @ ..Cara Pemakanan Sihat Untuk Semua
sekurang kurangnya dengan pendapatan sampingan ini kita boleh menampung kebocoran dari perbelanjaan tanpa sedar.
di samping berjimat.. kita tambah pendapatan juga.. jangan asyik mengeluh dan harap pada bantuan orang.. sendiri kena usaha gigih..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Krisis ekonomi : Sudah sedia menghadapinya?
hari banyak jalan utk jana pendapatan sampingan, yg penting ada usaha dan kemahuan. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
ya benar sekali, usah hanya duduk menanti orang lain menghulurkan bantuan kepada kita, tetapi kita sendiri yang memulakan usaha.
cari pendapatan sampingan..kadang- kadang pendapatan sampingan juga boleh melebihi gaji yang ditunggu tiap2 bulan.. sy sekarang baru mencuba sistem affialiate, harap2 berjaya dengan tunjuk ajar drpd sifu2 yg hebat di luar sana..korang juga boleh cuba..jom jadi kaya dan berjaya
Curahan rasa min ibudoakan @ ..Kesalahan Yang Biasa Ibu Buat Ketika Bagi Arahan Pada Anak
den punye banyak dah cut..next astro plk..kasi potong lps kontrak tamat nanti..tgk tv free sudaaaa…jimat
Curahan rasa jejaka penyu @ ..Servis buat aplikasi android untuk blog dan laman sosial anda
kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan, hanya fokus pada keperluan yang utama sahaja.
tingkatkan prestasi diri, tingkatkan pendapatan, cari sumber yang akan membuatkan kita sekurang-kurangnya tidak terkesan sangat walau ekonomi merosot sekalipun
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Garis Hitam Di Perut Ibu Mengandung
segala macam yang disiapkan dan terakhir selalu meminta dimudahkan kepada Sang Pemilik Alam ini
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Dosa Jariyah (Dosa yang terus Mengalir)
Jimat cermat, kene puase xtra ni, atau build our own financial freedom
Curahan rasa huda @ ..Vivix, Alfafa dan Vita-lea For Children Pembuka 2015
Alhamdulillah…semoga murah rezeki tuan. Walaupun tahun ini agak mencabar namun yakin dan percayalah… InsyaAllah, masih ada jalan untuk beroleh kebahagiaan
Curahan rasa BM @ ..Azam Baru Kekalkan Planet Biru Agar Tidak Di Buru
Betul tu. kita kena bersedia dalam menghadapi situasi yang agak mencabar tahun ini. Huhu
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Mini GiveAway Kiss Proof Lipstik
GST belum dilaksanakan lagi, kena buat perancangan walaupun sekarang harga minyak tengah turun. harga barang x turun turun. huhu
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
harus bersedia dengan manajemen keuangan yang baik supaya tidak terpengaruh krisis ekonomi
Curahan rasa blogger bumi lasinrang @ ..Ikhwan Berhenti Merokok (Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Seputar Hukum Rokok)
betul tu tuan,
kena berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mengurangkan hutang.
beli benda yang perlu sahaja.
saya pun risau sangat sebab dulu antara mangsa gawat 1997 tak dapat fly huk huk
luka lama berdarah kembali hehe
Curahan rasa WhatsApp Web @ ..Cara Guna WhatsApp Web di Google Chrome
yang tak perlu, kita keluarkan dari senarai keperluan, cari yang perlu sahaja.
kena bersedia dari sekarang..
ekonomi merosot yang pasti ramai terkesan..
Curahan rasa zool @ ..Jalan-jalan Shah Alam 2015
Betul tu, kita perlu bersedia dalam menghadapi situasi yang agak mencabar tahun ini.
Curahan rasa Nurul @ ..Cara Mudah Buat Popcorn
sekarang memang mencabar.
kalau nak menabung banyak kena usaha buat 2 3 jenis kerja..
Curahan rasa hani @ ..Senaman Mudah dan Ringkas Untuk Kempiskan Perut
Setuju tu, salah satunya adalah mulakan perniagaan secara part time dulu. Zaman sekarang ni sangat mudah nak mula biz tanpa modal besar. Dropship adalah salah satu cara. 🙂
Curahan rasa Edi @ ..Channel marketing percuma untuk bisnes t-shirt printing anda
selain drophip, blogging dan affiliates juga boleh menjana pendapatan sampingan. 🙂
Curahan rasa suhiminain @ ..Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
Comments are closed.