Perodua Alza SR baru lebih murah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada yang sedang mencari kereta baru ke? Mungkin boleh fikirkan Perodua Alza SR yang baru dilancarkan PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA). Kereta katogeri MPV yang sesuai untuk keluarga kecil dengan harga Azla SR yang berpatutan dari RM53k – RM56K lebih murah daripada harga semasa dilancarkan iaitu RM55K.

Perodua Azla SR Mystical Purple Metallic - Sumber Google

Untuk yang dah berkeluarga memang sesuai beli MPV terutamanya Alza SR yang harganya sangat berpatutan. Dengan MPV Alzar Smart Ride mudah nak bawa barang terutama bila balik kampung atau cuti-cuti 1Malaysia. Paling terbaik kalau bawa MPV Alzar SR ni boleh lah bawa ibubapa berjalan jadi tidaklah tertinggal kerana kereta dah penuh. Kalau beli kereta kerana niat nak bantu ibubapa pasti bertambah berkat hidup. Aku selalu akan pastikan ibubapa rasmikan setiap kereta yang baru aku beli tak kiralah baru atau second hand.

Brake Parking Alza SR di tengah tempat duduk depan - Sumber Google

Pilihan warna Azla SR yang baru ini pun menarik kalau tak silap ada tiga pilihan iaitu Mystical Purple Metallic, Glittering Silver Metallic dan Ivory White Solid. Kalau dapat test drive macam Honda Insight best juga tapi buat sementara ni kalau nak test drive dah boleh pergi ke wakil jualan Perodua terdekat.

Ingat bila memandu jangan sesekali amalkan Sikap Buruk Pemandu yang terdapat pada segelintir pemandu Malaysia. Tuhan nampak apa yang kita buat.


Spread the love

136 Comments

  1. terfikir juga nak ambil, tapi tahun lepas baru tukar rim dan tayar, tahun ini tukar timing belt… mcm tak berbaloi plak..

  2. Memang dalam hati berniat nak beli MPV untuk senang nak bawak mak berjalan di nanti , bila pakai kereta ni boleh bawak mak je , pastu mak susah hati sebab kena tinggal org tu org ni .. serba salah di buatnya … tp rezeki belum ada lagi sabar je lah tunggu alza turun harga sampai 30k ke ..ahaks…
    Curahan rasa puanbee @ ..Memori Roti Canai GulungMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!