Perkataan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang Pakar Motivasi telah membuat kajian di kalangan anak-anak di sekolah rendah di sebuah sekolah di Malaysia. Setiap anak diberi sekeping kertas A4 kosong dan perlu menulis perkataan yang pernah disebut oleh ayah dan ibu kepadanya yang tidak akan dilupa sampai bila-bila.

Sangat memeranjatkan apabila ada di kalangan anak-anak yang meminta kertas tambahan. Antara ayat yang ditulis ialah kau ni anak haram, kau ni anak monyet, kepala bapak kau, bahlol, bodoh, kecil-kecil tak mahu mati dah besar menyusahkan orang dan banyaklah lagi.

Di sini aku nak bagi peluang kepada semua pengunjung menulis perkataan yang tidak akan dilupa sampai bila-bila yang disebut kepada anda oleh seseorang samada ibu, bapa, suami, isteri, mak we, pak we atau siapa sahaja. Perkataan itu tidak semestinya negatif. Semuga perkongsian ini akan menambah ilmu kehidupan kita.


Spread the love

152 Comments

  1. wow! takut baca perkataan2 negatif tu. semalam ada seorang ibu berkata pada kak liza tentang anak kecilnya, baru 4 tahun yg sedang bermain “budak ni nakal betul kak liza, habis disepahnya rumah”. maknya baik je orgnya tapi kak liza tak setuju dgn perkataan nakal tu… kak liza jawap “dia kreatif tu, banyak akal nak buat macam-macam”. kata2 ibu adalah doa! kak liza sendiri terkadang menyesal bila termarahkan anak “kenapa yang malas sangat ni?”… terpaksa pujuk balik “adiknya bukannya tak pandai, kena usaha lebih sikit je lagi”.
    Curahan rasa Liza @ ..Nama yang menjadi ilham AlongxpMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!