Perkataan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang Pakar Motivasi telah membuat kajian di kalangan anak-anak di sekolah rendah di sebuah sekolah di Malaysia. Setiap anak diberi sekeping kertas A4 kosong dan perlu menulis perkataan yang pernah disebut oleh ayah dan ibu kepadanya yang tidak akan dilupa sampai bila-bila.

Sangat memeranjatkan apabila ada di kalangan anak-anak yang meminta kertas tambahan. Antara ayat yang ditulis ialah kau ni anak haram, kau ni anak monyet, kepala bapak kau, bahlol, bodoh, kecil-kecil tak mahu mati dah besar menyusahkan orang dan banyaklah lagi.

Di sini aku nak bagi peluang kepada semua pengunjung menulis perkataan yang tidak akan dilupa sampai bila-bila yang disebut kepada anda oleh seseorang samada ibu, bapa, suami, isteri, mak we, pak we atau siapa sahaja. Perkataan itu tidak semestinya negatif. Semuga perkongsian ini akan menambah ilmu kehidupan kita.


Spread the love

152 Comments

  1. Penah terbaca pasal satu kajian yang dibuat keatas makanan. Makan sama dimasukkan kedalam 2 botol. Satu botol dilekatkan perkataan2 positif dan baik, di letak di satu sudut dalam satu bilik. Dan satu lagi dilekatkan dengan perkataan2 negatif dan kurang enak dalm sudut lain bilik yang sama. Setiap kali melihat botol tersebut, tuan rumah kena baca apa yg tertulis kat botol tu.

    Hasilnya, botol yang tertera perkataan negatif tu lebih cepat buruk dan busuk. Adakah kerana apa yang tuan tumah tu sebut setiap hari kepada botol makanan tu? Mari kita fikir2kan bersama.
    Curahan rasa Anwar Osman @ ..AkuBiomed Giveaway RM50 Note EventMy Profile

  2. teringat masa form 5 dulu, cikgu prinsip akaun cakap, ‘saya jamin awak tak akan lulus subjek ni masa SPM nanti’. 1 ayat yg aku tak boleh lupa sampai bila2… ini semua disebabkan aku tak pernah lulus subjek ni sejak dari form 4 sampai form 5.
    tp ayat ni la yg membangkitkan semangat aku, akhirnya SPM aku dpt c3 utk subjek ni…Alhamdulillah…
    Curahan rasa intankuterpilih @ ..Jom Manjakan Wajah Dengan Facial Dan Set Penjagaan WajahMy Profile

        1. Seolah2 mengajar anak memberontak pulak kalau macam tu kan.. Kalau la baru kecil dia sudah pake pisau, apa lagi kalau sudah besar?.. Yang penting harus dididik dari kecil agar berkelakuan baik

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!