Aku dulu sekolah kampung, cikgu yang ajar Inggeris tu pun tak berapa faham bahasa Inggeris. Akibatnya aku memang bangang bahasa Inggeris ni sampai lah masuk U. Nasib baik sikit selepas SPM aku attend kursus khas bahasa Inggeris. Di U aku ambil bidang bio-medical jadi 98% buku rujukan dalam bahasa Inggeris, kalau ada buku terjemahaan Bahasa Melayu pun dah out dated…tak macam di Indonesia, Jepun, Korea, China yang cepat menterjemah buku-buku Inggeris.
Sekarang anak-anak aku tadika pun dah pandai Bahasa Inggeris. Anak saudara aku yang tinggal di bandar berprestasi bagus tapi anak saudara aku yang di kampung sedih dah lah emak bapak dia tak boleh nak bantu, cikgu yang megajar pun lemah bahasa Ingggeris.
Yang untung dengan polisi PPMSI adalah anak-anak Cina dan India di bandar serta golongan pertengahan Melayu dan yang rugi pulak adalah anak-anak Melayu di kampung yang terus tak faham dan ketinggalan bukan sahaja bahasa Inggeris tapi juga matematik dan Sains.
Yang untung apabila PPMSI dimansuhkan adalah anak-anak di kampung jadi mereka dikatakan akan lebih faham belajar Matematik dan Sains tapi tetap kurang pandai bahasa Inggeris dan juga untung ahli-ahli POLITIK yang terus mempolitikkan PENDIDIKAN anak-anak sejak beberapa dekad yang lepas. Mungkin bangsa lain juga suka melihat orang Melayu terus ketinggalan.
Tapi tak apalah PPMSI dimansuhkan 2012 jadi sempat lah anak aku yang bongsu belajar dalam bahasa Inggeris 3 tahun lagi. Selepas tu pandai-pandai lah….cuma aku pernah rasa berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah…rasa rendah diri kerana tak pandai berbahasa Inggeris bukan sahaja ketika belajar juga ketika berkerjaya. Joom lah kita guna bahasa SMS lagi mudah…..
11 Comments
thanks ya atas artikelnya salam kenal
blognya keren . kunjungi blogku juga ya
mereka juga seperti memperkosa bahasa Indonesia bang…
Curahan rasa fais @ ..Marhaban Ya Ramadhan
Haha.. lain saja ayat bro Fais tu.. tapi kalau merusakkan bahasa memang ada la.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
haha bahasa sms mmg mudah, perkataan dalam 7 huruf pn boleh dipndekkn ke 4 or 5 je kot hehe..
Haha.. lawak kan macam tu.. sekarang ni banyak jer buat macam tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Betul kata saudara DH pasal penggunaan Bahasa Inggeris ni. Kebanyakkan pelajar dekat sekolah luar bandar biasanya kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan pelajar dibandar. Adakah sebab guru yang dihantar di sekolah luar bandar tu bukan guru yang terlatih?
.-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.
kalau bhs SMS disini, malah banyak yang tidak bisa saya baca bro…
itu karena banyak gaya bahasa yang digunakan ank muda jaman sekarang Bang…
Curahan rasa fais @ ..Marhaban Ya Ramadhan
Sudah terlebih moden sampai bahasa pun turut dimodenkan macam tu.
Itu sudah memang la Bang Iwan.. bukan semua golongan tahu baca bahasa SMS ni kan
Comments are closed.