Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pejam celik peperiksaan UPSR sudah di depan mata. 21-23 September 2010 anak-anak tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR (mungkinkah yang terakhir?) dan tidak ketinggalan anak aku yang kedua kakak. Berbagai pesiapan telak dilakukan dan sekarang yang penting adalah menjaga kesihatan supaya dapat menduduki peperiksaan dengan sihat dan segar. Jangan gelabah dan gementar kerana ianya akan menyebabkan semua jadi kacau bilau.
Berikut adalah jadual peperiksaan UPSR 2010 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selasa (21/9/2010)
1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)
2. 9.45am – 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)
3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)
Rabu (22/9/2010)
1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)
Khamis (23/9/2010)
1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)
2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)
3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)
4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)
Peringatan untuk calon peperiksaan :
1. Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
2. Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
4. Calon dikehendaki menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5. Calon hanya boleh menggunakan getah pemadan jenis lembut sahaja.
Bila peperiksaan besar sebegini selalunya ibubapa lebih panik daripada anak-anak. Jangan panik tetapi cuba usaha sesuatu bagi membantu anak jadi lebih tenang antaranya. Berikut tips persediaan ibubapa untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR.
1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.
2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akanmenghadapi peperiksaa.
3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.
4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun.
5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.
Selamat menduduki peperiksaan UPSR untuk semua calon dan semuga berjaya mendapat 5A dengan izin Allah. Doa aku untuk Kakak semuga Allah permudahkan dan berjaya mendapat 5A. Seandainya ada yang gagal menjawap jangan kecewa kerana ini bukan akhir kehidupan tetapi permulaan suatu perjalanan yang jauh.
[ad#Mangga 300]
127 Comments
upsr 2010 anak dah lepas… tahun ni pmr kakaknya pula.. suspen je.
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Kembang tekak dan kembang surat
Selamat yaaaaaaaaaaaaaa!
Curahan rasa Lowongan Kerja @ ..Lowongan Kerja Secretary of Director di PT Cipta Selera Murni – Texas Chicken
terima kasih ats info yg diberi
Sistem pendidikan sekarang pun sudah maju berkembang berbanding pada tahun 1980-an.Dengan berkembangnya kemudahan IT disekolah-sekolah maka para guru mudah menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya.
Kepada adik-adik yang menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini diharapkan semuanya mendapat keputusan yang cemerlang.
Mungkin yang terakhir kot! Pmr pun gitu! mungkin!
Semoga bro dapat keputusan cemerlang dalam PMR.
Kita doakan macam tu.. Semakin lama, semakin ramai yang mendapat A. Nampaknya bertambah ramai golongan sarjana dalam negara
Curahan rasa KDN @ ..What is acne
Kalau macam tu negara makin bertambah berkembang.. manatahu setanding dengan negara2 besar dekat luar tu
Curahan rasa Steward John @ ..ERA fm kini berada di Kota Kinabalu
iaa..makin ramai lah cerdik pandai dalam negara kita ini..alhamdullilah 🙂
Curahan rasa suarapeople @ ..Khairul Fahmi- Aimie tangguh tunang
Mungkin ker sebab dorang ni belajar dengan menggunakan kecanggihan teknologi hari ini?
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
Comments are closed.