Perkataan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang Pakar Motivasi telah membuat kajian di kalangan anak-anak di sekolah rendah di sebuah sekolah di Malaysia. Setiap anak diberi sekeping kertas A4 kosong dan perlu menulis perkataan yang pernah disebut oleh ayah dan ibu kepadanya yang tidak akan dilupa sampai bila-bila.

Sangat memeranjatkan apabila ada di kalangan anak-anak yang meminta kertas tambahan. Antara ayat yang ditulis ialah kau ni anak haram, kau ni anak monyet, kepala bapak kau, bahlol, bodoh, kecil-kecil tak mahu mati dah besar menyusahkan orang dan banyaklah lagi.

Di sini aku nak bagi peluang kepada semua pengunjung menulis perkataan yang tidak akan dilupa sampai bila-bila yang disebut kepada anda oleh seseorang samada ibu, bapa, suami, isteri, mak we, pak we atau siapa sahaja. Perkataan itu tidak semestinya negatif. Semuga perkongsian ini akan menambah ilmu kehidupan kita.


Spread the love

152 Comments

  1. salam..

    setakat ni belum pernah lagi keluarkan kata2 kesat pada anak2 sebab anak2 dengar kata..hanya dengan renungan mereka faham.
    Masa kecik2 dulu pernah juga kena dan sememangnya sampai sekarang x kan lupa..sbb tu tak ulang pada anak2 krn pernah alaminya.
    Cuma bila difikirkan semula itu semua mungkin krn kesempitan hidup mak & ayah pada waktu itu membuatkan mrk stress ditambah dgn sikap anak2 yg nakal.
    Curahan rasa ozzy @ ..WANG DERMAMy Profile

  2. mak aiih dasat sungguh hasil kajian ini… err perkataan xleh lupa…??mmm..byk sgt..huhu antaranya ex awek aku dulu penah ckp camni masa tiba2 secara mengejut dia nk kawen ngan org len “saya dh jumpa lelaki paling perfect dalam hidup saya..jgn gggu saya smpai bila2…” biarlah moga dia bahagia huhu…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!