Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.
“Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini PKPP yang disiarkan di televisyen tempatan malam ini.
Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP sehingga 31 Ogos bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sumber: Awani
3 Comments
Kesedaran bermula daripada diri sendiri. Selagi pandemik COVID-19 masih aktif di seluruh dunia, selagi itu mana-mana negara akan berisiko biar pun pelbagai kawalan ketat dilakukan, lorong tikus selalu menjadi kegunaan penceroboh.
Tindakan yang bagus, sebab kes aktif masih ada. Semoga semua masih kekal patuh SOP, dan tak langgar undang-undang.
Curahan rasa Syazni Rahim @ ..Siapa Paling Layak Jadi Model?
baguslah kalau dilanjutkan. PKP la yang membuatkan jumlah kes berkurang setiap hari. harap rakyat malaysia ni patuh
Curahan rasa nikkhazami @ ..Realme C12 + Screen Magnifier + Buds Classic cuma RM529
Comments are closed.