YANG di-Pertuan Agong bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.
Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.
Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk Covid-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin.

Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan Covid-19.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.
4 Comments
Agong dah lantik PM yang rasmi, tak perlu susah payah nak ganti lagi. Nanti rakyat dan netizen juga yang pening.
entahlah. kalau tak sokong nanti cakap derhaka pada Agong. tapi bila fikir-fikir balik, penat rakyat keluar mengundi. rupanya pembangkang boleh jadi kerajaan tanpa PRU.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Naikkan Sales di Shopee
sepatutnya kita sudah nampak bagaimana krebiliti dan wibawa PM yang baharu hadapi isu Covid-19 yang meruncing..
kadang-kadang ada perkara yang lebih penting daripada sekadar berpolitik
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berjaya tunaikan zakat fitrah 1441H
Jadi mereka yang asyik kata kerajaan ini adalah kerajaan pintu belakang kena berfikir banyak kali sebelum mengeluarkan kenyataan selepas ini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Tokey Air Balang Fancy Jual 50 Perisa Air Di Bazar Ramadan Ajar Ilmu Free Bisnes Air Balang
Comments are closed.