Pengeluaran Maksimum RM500 Sebulan Bermula 1 April Bagi Pencarum KWSP

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa kini, pengeluaran jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19.

Dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, beliau berkata, inisiatif itu dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 bilion.

Beliau berkata, dengan inisiatif tersebut, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebihan wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.

Tan Sri Muhyiddin berkata, inisiatif itu merupakan langkah yang telah diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Sumber: Awani


Spread the love

5 Comments

  1. Kalau keluarkan sekarang, ambil sedikir untuk dipusing bagi pelaburan atau perniagaan, sebahagian lagi guna untuk belanja.

  2. yang penting masa sekarang ini makanan yang berkhasiat agar kesihatan terus terjaga..

    tidak dinafikan harga makanan akan melambung tinggi akibat permintaan naik tetapi penawaran sudah menurun..

    sebab itu sangat perlu kepada aliran tunai dalam tangah.

    pihak yang terpaling terkesan adalah golongan Asnaf dan B40.

    bersama-sama kita doakan wabak covid-19 segera berakhir
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Akibat sedekah rezeki melimpah ruahMy Profile

  3. Alhamdulillah..sedikit sebanyak boleh membantu kepada mereka yang memerlukan .
    Semoga akan lebih banyak lagi inisiatif atau bantuan pada masa akan datang

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!