Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz berjaya memperoleh kemenangan selesa dengan majoriti 10,945 undi.
Calon BN Mohd Zaidi Aziz ADUN Slim baharu#SlimMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/qQI4LBAv5w
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) August 29, 2020
Ia sekali gus menewaskan dua lagi pencabarnya masing-masing calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S.Shantarasekaran.
Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN N.58, Shamsul Ridzuan Idris pada pukul 9.00 malam.
Mohd Zaidi memperoleh sebanyak 13,060 undi.
Seorang lagi calon Bebas, Dr S. Shantarasekaran hanya mampu berpuas hati dengan 276 undi, sekali gus menyaksikan beliau hilang wang deposit.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas.
Allahyarham pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.
Allahyarham mendapat 8,327 undi, Mohd Amran (6,144 undi) dan Muhammad Zulfadli (4,103 undi).
Sumber: Awani
4 Comments
Terima keputusan pilihan pengundi. Masa untuk tunaikan tanggungjawab dan laksanakan kebajikan dengan penuh kesedaran dan disiplin diri.
Curahan rasa Republic Fiber @ ..Selamat Hari Merdeka
Sudah menang, usah lupa dan abai tanggung jawab. Kalau ada masalah, cepat selesaikan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Kerja Part Time Yang Dapat Pulangan Lumayan
Tahniah pada yang menang. Semoga tanggungjawab menjadi wakil kepada rakyat di galas dengan penuh hemah dan amanah 🙂
Curahan rasa Syaz Rahim @ ..Siapa Paling Layak Jadi Model?
Bila nak pilihan raya umum ke 15 pula ni? Desas desus semakin kuat. Tahniah yang bertanding
Curahan rasa Geng Borak @ ..Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh
Comments are closed.