Intipati Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Antara pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 untuk menggantikan PKPB.

Perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Mulai 10 Jun perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan

Sambutan Aidiladha dan aktiviti korban dibenarkan mengikut SOP ditetapkan.

Sekolah akan dibuka secara berperingkat setelah dapat nasihat Kementerian Kesihatan.

Aktiviti komersial babitkan urusan jualan bukan dalam premis dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Perintah Pemulihan (PKPP).

Waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Kerajaan beri kebenaran kepada pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun 2020.

Waktu operasi

  • Pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi -11 pagi)
  • Pasar malam (4 ptg -10 malam)
  • Bazaria (5 ptg- 11 malam)

Kerajaan beri kebenaran kedai gunting rambut, kecantikan dan facial dibuka bermula 10 Jun 2020 dengan SOP ketat.

Bermula 10 Jun, rakyat Malaysia balik luar negara tidak lagi dikuarantin wajib di pusat kuarantin.

Sebaliknya apabila sampai akan disaring, jika ada gejala dihantar ke hospital. Jika lepas saringan, terus balik ke rumah utk kuarantin sendiri 14 hari.

Beberapa sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan kecuali sukan membabitkan sentuhan, penonton dan perhimpunan penyokong.

Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.

Sempadan negara masih ditutup.

Kelonggaran benarkan lebih ramai jemaah hadir ikut ruang keluasan masjid, rumah ibadat sedang diperhalusi kerajaan.

Pub, kelab malam, pusat karaoke, rumah terbuka tidak dibenarkan.

Alhamdulillah. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia. Mari kita bangunkan kembali ekonomi. Jangan lupa norma baru kita. Sentiasa basuh tangan atau cuci dengan hand sanitizer dan penjarakan sosial.

3 Comments

  1. Pub, kelab malam, karaoke dan seumpamanya, tidak dibuka sampai bila-bila pun lagi bagus. Bisnes yang boleh merendahkan martabat kemanusiaan patut tidak dijalankan lagi. Mereka yang non Muslim boleh bersosial dengan cara yang lain, yang sesuai dengan nilai ketimuran.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..E-Commerce Sendiri Vs E-Commerce ShopeeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!