Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini dunia digemparkan dengan tragedi Charlie Hebdo apabila pelukis-pelukis kartun di tembak mati oleh dua orang Islam. Seluruh media dunia mengambarkan Islam sebagai agama ganas tanpa mereka tunjukkan bahawa Islam sudah merayu bertahun-tahun supaya Charlie Hebdo berhenti melukis karikatur Nabi Muhammad.
Perhimpunan besar telah dianjurkan di Paris dengan membawa pemimpin besar dunia termasuk PM Israel dan PM Palestin untuk menunjukkan perlunya keamanan di dunia. Alhamdulillah akhirnya pada 29/4/2015, Charlie Hebdo telah mengumumkan untuk berhenti melukis karikator Rasulullah SAW.
Musuh Islam tidak pernah berhenti apabila pada 4/5/2015 peraduan melukis karikatur Nabi Muhammad telah dianjurkan oleh persatuan American Freedom Defense Initiative di Dallas Amerika Syarikat yang dirasmikan ahli politik Belanda, Geert Wilders yang dikenali sebagai anti-Islam. Kali ini dua orang penyerang Islam telah ditembak mati oleh pihak berkuasa yang mengawal majlis tersebut.
Musuh Islam akan terus menganjurkan berbagai majlis untuk menghina Islam dan kemudian serangan akan dibuat bagi mengambarkan Islam itu ganas. Begitu juga gerakan menubuhkan negara Islam yang sedang berlaku di Timur Tengah yang ditaja oleh musuh Islam dengan menunjukkan Islam agama ganas dengan memenggal kepala mangsa sesuka hati.
Jika sebelum ini tragedi 11/9 keruntukan World Trade Center dijadikan sebab untuk menyerang Islam kerana dikatakan ganas. Musuh Islam sedang memutar fikiran manusia sehingga ada di kalangan orang Islam yakin Islam agama ganas dengan menggunakan gerakan demokrasi.
Hakikat sebenar mereka gagal dan apa yang mereka lakukan untuk menghina Islam telah menyebabkan semakin ramai manusia berhijrah kepada agama Islam. Selepas tragedi 11/9 dan Charlie Hebdo ramai orang bukan Islam yang membeli Al Quran dan buku-buku yang berkaitan dengan Islam sehingga habis di pasaran.
Mereka yang dahulu tidak pernah tahu atau tidak pernah ambil tahun tentang Islam tertarik untuk mengetahui agama Islam dan akhirnya berbondong-bondong berhijrah kepada Islam. ALLAH akan sentiasa pelihara agama Islam jadi apa sahaja yang dilakukan oleh musuh Islam bukan menyebabkan manusia benci pada Islam tetapi semakin sayang dan cinta. Mungkin ini salah satu cara ALLAH turunkan hidayah kepada seluruh alam.
Islam adalah agama kedamaian dan ketenangan, itulah yang dicari oleh ramai manusia di akhir zaman yang celaru dengan fikir dunia. Musuh Islam sedar akan kelebihan Islam kerana itu mereka berusaha mengambarkan Islam agama ganas supaya bukan Islam semakin jauh dengan Islam.
Malangnya hasil kerja mereka tidak berjaya menghalang berjuta-juta bukan Islam untuk dekat dengan Islam tetapi berjaya menjauhkan orang Islam kepada Islam. Semuga kita bukan tergolong dalam golongan Islam yang semakin jauh dengan Islam. Semuga kita semua akan terus mendapat hidayah dari ALLAH.
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” – Surah Al Anbiya ayat 105
62 Comments
Pelbagai cara Anti Islam menganjurkan aktiviti melukis karikatur nabi Muhammad ini. Semoga semua orang Islam mengutuk aktiviti seperti ini. Semoga agama Islam terus kukuh dan tidak tergugat dengan aktiviti seperti ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut: Cara Rawatan Paling Berkesan
Salam…semoga Agama Islam terus subur di seluruh pelusuk dunia walaupun pelbagai cara anti Islam melakukannya. Semakin banyak aktiviti untuk orang Islam membenci Islam semakin ramai yang bukan Islam memeluk Islam. Semoga Allah Taala pilihara kesucian Islam.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sakit Lutut: Cara Rawatan Paling Berkesan
Bahaya pada mereka yang kurang didikan agama.. Minta jauh Dari dugaan dan hasutan macam ni…
Curahan rasa Hafizul @ ..Jangan Mandi Laut Kalau Takut Dilambung Ombak
hanya cari masalah sahaja mereka ini, YA, kebebasan bersuara itu perlu tetapi apakah perlu bebas sampai boleh menghina orang lain? pelik juga cara mereka berfikir ini
Curahan rasa myrujukan @ ..Bentuk Sebenar Gambar Simkad BESTMobile
Semoga Allah memebrikan hidayah kepada pelakunya dan memusnahkan musuh Islam dan Rasul kesayangan kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Promosi Set Singkir Kolesterol TANPA ubat
semoga tidak ada lagi orang orang demikian,, kunjungan pertama salam kenal gan.. Assalamuialaikum
Curahan rasa MuhammAdstaufan @ ..Safari Browsers 2015 Free Download For Mac
Itulah ciri-ciri orang yang tidak bisa menghargai kepercayaan yang di anut orang lain. Semoga dibalik setiap kejadian ada hikmahnya.
musuh islam memang tak serik-serik nak jatuhkan aib agama islam…kurang ajar betul diorang ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Smartphones will be first place in 2015
Geram juga dengan musuh Islam yang sentiasa pasang strategi kotor untuk menjatuhkan imej Islam..namun saya percaya ramai faham apa yang dilapor oleh pihak media tidak tepat,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Gaji Tak Cukup Hutang Keliling Pinggang
MrHanafi:Media barat memang suka memutar belit kan fakta, supaya nampak agama islam ni salah dan sonsang. Tapi sebaliknya orang akan mula membaca dan mencari kebenaran..
Curahan rasa Sani @ ..Alza Takkan Menjadi Myvi!
mereka ni memang sengaja buat macam tu,sebab diorang tengah dalam proses mencari mahadi,mereka sengaja menghina islam agar mahadi segera muncul, diharap pihak denaihati dapat membuat artikel berkenaan operasi memburu mahadi oleh pihak barat dah yahudi,
Curahan rasa ishak @ ..Wajah Dua Pelumba Haram Myvi Pada Tragedi Duke Yang Didakwa
setuju, mereka memang sengaja mengundang kemarahan umat islam, ada mesej yang tersembunyi untuk mereka laksanakan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Buat Duit Dengan Saham IPO
Sedihnya bila berlaku begini. Mengapa mereka saje nak membangkitkan kemarahan umat Islam. Sedangkan semua agama mengajar agar menghormati antara satu sama lain.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Shaklee Bukan Sekadar Vitamin Biasa, Ia Lebih Dari Itu.
semakin mereka menunjukkan kebencian terhadap islam dengan tindakan bodoh seperti Ini Insya Allah akan semakin terbuka pemikiran banyak orang untuk memeluk islam karena kemulian agama islam
Curahan rasa islam di dadaku @ ..10 Tips Ramping Tanpa Diet
Semoga mereka diberi hidayah. Saat hidayah itu ada pada mereka pasti mereka tidak mampu berpaling dariNya
Curahan rasa emalinmohd @ ..Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusukan Anak
Benar, sejarah telah membuktikan sejak zaman Nabi lagi. Mereka yang terlalu membenci Islam jatuh cinta kepada agama ini setelah melihat kebenarannya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil
mudah mudahan lebih ramai yang kaji islam dan berbondong bondong masuk islam secara keseluruhan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Menambah Berat Badan Lebih Sukar Daripada Menurunkannya
Mmg tak ada kerja betul derang ni .. suka nak main isu sensitif …. tak ada akal ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Aku Akui – Blog Ini Adalah Blog Cikai
Comments are closed.