Peraduan melukis karikatur Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini dunia digemparkan dengan tragedi Charlie Hebdo apabila pelukis-pelukis kartun di tembak mati oleh dua orang Islam. Seluruh media dunia mengambarkan Islam sebagai agama ganas tanpa mereka tunjukkan bahawa Islam sudah merayu bertahun-tahun supaya Charlie Hebdo berhenti melukis karikatur Nabi Muhammad.

Perhimpunan besar telah dianjurkan di Paris dengan membawa pemimpin besar dunia termasuk PM Israel dan PM Palestin untuk menunjukkan perlunya keamanan di dunia. Alhamdulillah akhirnya pada 29/4/2015, Charlie Hebdo telah mengumumkan untuk berhenti melukis karikator Rasulullah SAW.

penyokong Charlie Hebdo

Musuh Islam tidak pernah berhenti apabila pada 4/5/2015 peraduan melukis karikatur Nabi Muhammad telah dianjurkan oleh persatuan American Freedom Defense Initiative di Dallas Amerika Syarikat yang dirasmikan ahli politik Belanda, Geert Wilders yang dikenali sebagai anti-Islam. Kali ini dua orang penyerang Islam telah ditembak mati oleh pihak berkuasa yang mengawal majlis tersebut.

Musuh Islam akan terus menganjurkan berbagai majlis untuk menghina Islam dan kemudian serangan akan dibuat bagi mengambarkan Islam itu ganas. Begitu juga gerakan menubuhkan negara Islam yang sedang berlaku di Timur Tengah yang ditaja oleh musuh Islam dengan menunjukkan Islam agama ganas dengan memenggal kepala mangsa sesuka hati.

Jika sebelum ini tragedi 11/9 keruntukan World Trade Center dijadikan sebab untuk menyerang Islam kerana dikatakan ganas. Musuh Islam sedang memutar fikiran manusia sehingga ada di kalangan orang Islam yakin Islam agama ganas dengan menggunakan gerakan demokrasi.

american freedom defense initiative

Hakikat sebenar mereka gagal dan apa yang mereka lakukan untuk menghina Islam telah menyebabkan semakin ramai manusia berhijrah kepada agama Islam. Selepas tragedi 11/9 dan Charlie Hebdo ramai orang bukan Islam yang membeli Al Quran dan buku-buku yang berkaitan dengan Islam sehingga habis di pasaran.

Mereka yang dahulu tidak pernah tahu atau tidak pernah ambil tahun tentang Islam tertarik untuk mengetahui agama Islam dan akhirnya berbondong-bondong berhijrah kepada Islam. ALLAH akan sentiasa pelihara agama Islam jadi apa sahaja yang dilakukan oleh musuh Islam bukan menyebabkan manusia benci pada Islam tetapi semakin sayang dan cinta. Mungkin ini salah satu cara ALLAH turunkan hidayah kepada seluruh alam.

Islam adalah agama kedamaian dan ketenangan, itulah yang dicari oleh ramai manusia di akhir zaman yang celaru dengan fikir dunia. Musuh Islam sedar akan kelebihan Islam kerana itu mereka berusaha mengambarkan Islam agama ganas supaya bukan Islam semakin jauh dengan Islam.

Malangnya hasil kerja mereka tidak berjaya menghalang berjuta-juta bukan Islam untuk dekat dengan Islam tetapi berjaya menjauhkan orang Islam kepada Islam. Semuga kita bukan tergolong dalam golongan Islam yang semakin jauh dengan Islam. Semuga kita semua akan terus mendapat hidayah dari ALLAH.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” – Surah Al Anbiya ayat 105


Spread the love

62 Comments

  1. Rasulullah s a w tercinta sentiasa menerima tentangan dan cemuhan sewaktu baginda berdakwah di kota makkah dan madinah.. banyak diceritakan tentang ini di dalam Al-Quran.. ini kerana orang kafir rasa terganggu dan takut dengan daawah yang akan menggugat kedudkan mereka

    jadi ini menunjukkan hingga kini, walaupun Rasulullah s a w telah tiada, mereka masih takut lagi… betapa hebatnya daawah Rasulullah saw.. hingga kini mereka masih rasa takut walaupun baginda telah tiada.

    Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad
    Curahan rasa Safiya @ ..Catatan 1001 Impian VI : Closing Yang CemerlangMy Profile

  2. Penganjur karikatur di Dallas Texas itu ada lah Pamela Geller .. Aktivis Yahudi … Bukan Geert Wilders …. Tolong la siasat fakta fakta sebelum komen hen tam keromo.

  3. Cubaan orang kafir untuk menghina Agama Islam dan menyembelih umat Islam akan berterusan selagi mana kita tak jalan kerja kita untuk sebarkan salam dan kebaikan islam keseluruh dunia.. Moga Allah swt pelihara kita dari segala kejahatan dizaman fasad dan mungkar ini..
    Curahan rasa Sani @ ..Mula Bisnes Online Dengan MB2000My Profile

  4. Orang Yahudi dan Nasrani akan terus membenci orang-orang Islam. Macam-macam akan dibuat untuk hina agama mulia ini. Oleh itu hari hari kita kena berdoa supaya Allah tetapkan iman kita. Ini orang kafir yang buat. Lagi sedih bila ada orang Islam sendiri yang hina dan tidak hormat pada agama Islam. Semoga orang yang membenci Islam akan diberi petunjuk hidayah oleh Allah.
    Curahan rasa Faizal Nizam @ ..Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh; 7 Mei 2015 Hari PengundianMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!