Bagaimana membina dan menulis blog dari kosong?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah sehingga hari ini, dunia blogging masih kekal berdiri teguh walaupun ramai yang datang dan pergi. Ini dibuktikan apabila masih ramai individu dan juga syarikat yang mengambil pendekatan penulisan blog untuk membina perhubungan dengan peminat atau bakal pelanggan mereka.

Baru-baru ini, Denaihati Network telah dipilih sebagai rakan strategik untuk Malaysia Social Media Week 2015. Ini satu penghormatan untuk pihak Denaihati Network khususnya, dan kepada komuniti blogger amnya.

blog untuk perniagaan

Bagaimana membina dan menulis blog yang baik?

Membina blog ini secara umumnya memang mudah, hanya perlu daftar akaun atau beli domain dan hosting, kemudian platform untuk menulis blog itu akan tersedia. Namun sekiranya kita ingin menjadi blogger yang profesional, pasti ada perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan semasa proses membina blog ini dilakukan.

Blog adalah medium penyampai maklumat yang sangat berkesan sekiranya digunakan dengan baik, ianya mampu untuk menyampaikan perkara yang baik begitu juga sebaliknya. Proses penulisan, bagaimana memilih tajuk, bagaimana untuk menulis setiap perenggan, bagaimana menguruskan idea yang ingin ditulis dan pelbagai lagi teknik yang adakalanya diabaikan oleh penggiat blog.

Apabila kita melakukan sesuatu dengan lebih sistematik dan teratur, insyaALLAH hasil yang ingin kita capai juga akan dapat diukur dengan lebih baik.

Peluang belajar bina blog berkualiti bersama Akademi Denaihati

Pada 16hb Mei ini, hari sabtu, pihak Akademi Denaihati akan mengadakan kelas penutup tahun 2015. Kelas ini adalah kelas terbuka terakhir yang akan diadakan pada tahun ini, ini merupakan kelas istimewa yang dibawakan khusus untuk sesiapa yang ingin belajar membina blog yang baik.

Pengisian kelas terakhir ini juga akan diubahsuai untuk memasukkan lebih banyak input yang akan boleh digunakan oleh rakan-rakan blogger yang akan bergiat dalam bidang yang masih terus berkembang ini.

Promo kelas WordPress Essentials

Mungkin ada yang akan berkata, ini sekadar gimik oleh pihak Denaihati Network dengan menyatakan ini adalah kelas terakhir.

Kami mohon maaf kerana ini bukanlah sekadar gimik, ada beberapa projek 2015 yang akan diberi laluan dan tumpuan sepenuhnya selepas ini. Ini tidak bermakna kami akan menutup Akademi Denaihati, kelas-kelas peribadi atau tertutup masih diterima mengikut kesesuaian.

Sekiranya anda telah memasang niat untuk menaik taraf blog sedia ada, atau ingin menambah ilmu mengenai penulisan dan pemasaran blog, jemput untuk daftar kelas ini di Halaman Pendaftaran WordPress Essentials.

Yuran yang dikenakan itu adalah sangat berpatutan, insyaALLAH, jika dipraktikkan pengisian dalam kelas ini nanti, akan akan boleh membina blog yang berkualiti tinggi yang akan boleh digunakan untuk pemasaran online atau pembinaan jenama yang baik.

Bekas pelajar Akademi Denaihati juga dijemput untuk daftar kelas ini sebagai ulangkaji dan penambahan info-info terkini, yuran istimewa disediakan untuk bekas pelajar Akademi Denaihati. Bertemu kita dalam kelas 16 Mei ini nanti.

131 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!