Peraduan melukis karikatur Rasulullah

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini dunia digemparkan dengan tragedi Charlie Hebdo apabila pelukis-pelukis kartun di tembak mati oleh dua orang Islam. Seluruh media dunia mengambarkan Islam sebagai agama ganas tanpa mereka tunjukkan bahawa Islam sudah merayu bertahun-tahun supaya Charlie Hebdo berhenti melukis karikatur Nabi Muhammad.

Perhimpunan besar telah dianjurkan di Paris dengan membawa pemimpin besar dunia termasuk PM Israel dan PM Palestin untuk menunjukkan perlunya keamanan di dunia. Alhamdulillah akhirnya pada 29/4/2015, Charlie Hebdo telah mengumumkan untuk berhenti melukis karikator Rasulullah SAW.

penyokong Charlie Hebdo

Musuh Islam tidak pernah berhenti apabila pada 4/5/2015 peraduan melukis karikatur Nabi Muhammad telah dianjurkan oleh persatuan American Freedom Defense Initiative di Dallas Amerika Syarikat yang dirasmikan ahli politik Belanda, Geert Wilders yang dikenali sebagai anti-Islam. Kali ini dua orang penyerang Islam telah ditembak mati oleh pihak berkuasa yang mengawal majlis tersebut.

Musuh Islam akan terus menganjurkan berbagai majlis untuk menghina Islam dan kemudian serangan akan dibuat bagi mengambarkan Islam itu ganas. Begitu juga gerakan menubuhkan negara Islam yang sedang berlaku di Timur Tengah yang ditaja oleh musuh Islam dengan menunjukkan Islam agama ganas dengan memenggal kepala mangsa sesuka hati.

Jika sebelum ini tragedi 11/9 keruntukan World Trade Center dijadikan sebab untuk menyerang Islam kerana dikatakan ganas. Musuh Islam sedang memutar fikiran manusia sehingga ada di kalangan orang Islam yakin Islam agama ganas dengan menggunakan gerakan demokrasi.

american freedom defense initiative

Hakikat sebenar mereka gagal dan apa yang mereka lakukan untuk menghina Islam telah menyebabkan semakin ramai manusia berhijrah kepada agama Islam. Selepas tragedi 11/9 dan Charlie Hebdo ramai orang bukan Islam yang membeli Al Quran dan buku-buku yang berkaitan dengan Islam sehingga habis di pasaran.

Mereka yang dahulu tidak pernah tahu atau tidak pernah ambil tahun tentang Islam tertarik untuk mengetahui agama Islam dan akhirnya berbondong-bondong berhijrah kepada Islam. ALLAH akan sentiasa pelihara agama Islam jadi apa sahaja yang dilakukan oleh musuh Islam bukan menyebabkan manusia benci pada Islam tetapi semakin sayang dan cinta. Mungkin ini salah satu cara ALLAH turunkan hidayah kepada seluruh alam.

Islam adalah agama kedamaian dan ketenangan, itulah yang dicari oleh ramai manusia di akhir zaman yang celaru dengan fikir dunia. Musuh Islam sedar akan kelebihan Islam kerana itu mereka berusaha mengambarkan Islam agama ganas supaya bukan Islam semakin jauh dengan Islam.

Malangnya hasil kerja mereka tidak berjaya menghalang berjuta-juta bukan Islam untuk dekat dengan Islam tetapi berjaya menjauhkan orang Islam kepada Islam. Semuga kita bukan tergolong dalam golongan Islam yang semakin jauh dengan Islam. Semuga kita semua akan terus mendapat hidayah dari ALLAH.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh” – Surah Al Anbiya ayat 105


Spread the love

62 Comments

  1. Islam rahmat sekalian alam, agama Islam menyantuni setiap bangsa dan agama tanpa kekerasan dalam melebarkan kemurnian. Namun sesetengah pihak mengambil peluang ini untuk membuat provokasi. Semoga mereka dapat melihat Islam dari kacamata yang murni.
    Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee Mei 2015My Profile

  2. Mereka yang membenci Islam sentiasa berusaha untuk memadamkan cahaya Allah dari muka bumi, sedangkan itulah usaha mereka yang paling sia-sia. Mereka belum sedar yang memberi makan, pakai dan udara yang mereka sedut itu adalah kurniaan Allah yang mencipta mereka.

    Allah langsung tidak terkesan atas tindakan mereka ini. Kita yang bergantung harap pada Allah lah yang perlu menyusun kekuatan untuk mengembalikan mereka kembali kepada agama fitrah.

    Wallahu a’lam
    Curahan rasa Kambing BBQ @ ..Keunikan Tempat Pemanggang KambingBBQ kamiMy Profile

  3. mereka takkan pernah berhenti…sebab itu ada sahaja jalan mereka lakukan untuk memecahbelahkan umat Islam…yang penting kini adalah bersatu…kenapa susah sangat umat Islam nak bersatu…jarum yang mereka cucuk dahulu masih terkesan hingga kini
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit LututMy Profile

  4. nauzubillah.. sampai buat praduan melukis mcm ni.. inilah dikatan musuh Islam yg tak pernah lelah untuk menjatuhkan Islam

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!