Pengalaman hilang pasport di London

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman hilang dokumen perjalanan ketika kembara di London.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Terima kasih kepada semua doa dan sokongan dari sahabat-sahabat yang mengetahui kisah kehilangan wallet di London. Peristiwa berlaku sehari sebelum pulang ke Malaysia pada 28/9/2018, kira last shopping lah ni. Wallet di seluk dari dalam beg sandang di dalam mall Selfridges di Oxford Street. Kami syak seorang wanita yang dengan sengaja melanggar Abang ketika turun dengan eskalator. Antara barangan yang hilang selain wallet coach ialah sekeping pasport, sekeping kad kredit, dua keping kad debit, tiga keping kad atm, sebentuk cincin bertahta batu jabal nur hadiah seorang sahabat, sebatang pen mont blanc dengan nama sendiri hadiah insentif jualan melebih satu juta beberapa tahun lepas, card holder hermes hadiah sahabat, lesen memandu, duit tunai USD, Euro, Pound dan RM.

Kejadian berlaku sangat pantas dan hanya disedari ketika nak bayar barang-barang yang di shopping. Panik juga apabila sedar tapi cepat-cepat tenangkan diri terus ke kaunter perkihmatan pelanggan Selfridges. Pegawai di customer service membantu buat panggilan ke bank-bank yang terlibat untuk block semua kad yang hilang. Pegawai pelanggan Selfridges juga memaklumkan supaya Abang buat laporan polis untuk buat gantian pasport yang hilang. Dia tunjukkan beberapa balai polis yang dekat dengan Oxford Streets.

Dengan bantuan Dato Adi Putra, seorang teman di London, Tuan Zuhair yang rapat dengan Ketua Imigresen di Kedutaan Malaysia telah bantu untuk menghubungi pejabat Kedutaan. Beliau juga bagi link online untuk buat laporan polis secara online tanpa perlu pergi ke balai polis. Laporan kehilangan secara online boleh di buat di ReportMyloss.

Kebetulan pada petang yang sama pejabat kedutaan ditutup untuk berpindah ke ofis yang baru, jadi semua sistem off. Untuk dapat pasport sementara perlu tunggu sehingga 3/10/2018 iaitu hari Selasa. Kami kena tunggu lima hari lagi untuk menguruskan dokumen perjalanan. Apartment dan jadual penerbang mesti diuruskan segera. Nak extend apartment yang sedang duduk sekarang tak boleh sebab dah ada penyewa baru jadi kami minta bantuan kenalan lain untuk dapat apartment baru di kawasan Bayswater. Alhamdulillah tiket Emirates dapat dijadualkan semula dari penerbangan hari Sabtu ke hari Rabu tapi kena bayar harga beza tiket.

Tips keselamatan ketika mengembara

Nak kata silap pencopet tak juga sebab mereka sentiasa mencari peluang. Kesilapan diri sendiri yg agak terlalai sebab over excited nak balik. Mungkin niat nak stay lama di London yang berulang-ulang dikatakan diperkenan dengan cara berbeza. Selalunya antara langkah-langkah keselamatan yang dibuat ketika bermusafir di negara luar adalah :

  1. Tidak letak pasport dalam wallet jadi kalau hilang wallet pasport masih ada.
  2. Bawa dua wallet satu untuk isi duit yang digunakan dan satu lagi wallet untuk isi duit USD sebagai standby.
  3. Hanya membawa 2 – 3 keping kad kredit dan debit kad sahaja.

Dah lebih tujuh tahun jadi pengembara aktif ini kali pertama kehilangan wallet bersama pasport. Kejadian itu berlaku akibat kesilapan sendiri juga. Semasa di level perempuan mall Selfridges, isteri beli seluar harga 36 pound. Oleh sebab harga 36 pound maka Abang keluarkan duit tunai tak nak gunakan kad kredit sebab jumlahnya sedikit. Awek kaunter tu lambat sangat pulak uruskan customer di hadapan kami jadi kami ambil keputusan untuk turun ke bahagian lelaki tingkat bawah. Isteri pulangkan kembali duit tunai dan Abang terus masukan ke dalam poket jaket. Mungkin semasa Abang keluarkan duit tunai ditempat awam maka si pencopet itu memerhati dan bertindak selepas itu.

Apabila sedar wallet hilang duit tunai yang ada pada tangan Abang hanya 20 pound yang isteri pulangkan tadi. Ketika itu semua kad bank sudah hilang bersama wallet tersebut. Apartment perlu ditambah 5 hari lagi sebab pejabat kedutaan hanya akan buka pada hari Selesa dan tiket kapal terbang perlu dijadualkan semula kepada hari Rabu pasti semua ini kena bayaran. Tenangkan fikiran untuk uruskan semua ni.

Insuran Travel

Pegawai customer service di Selfridges yang bantu namanya Rubby seorang African Europe. Sangat membantu. Soalan pertama beliau – ada travel Insuran ke? Kalau ada travel Insuran beritahu je pada syarikat Insuran tersebut diaorg akan uruskan semua A – Z bersama duit poket yang sepatutnya. Travel Insuran ada berbagai pakej dan tak mahal mana pun. Boleh beli untuk setahun atau untuk setiap kali travel. Mesti ramai tak tahu hal travel Insuran ni kan.

Pejabat High Com Malaysia di London yang baru

Sebenar ini bukan pejabat yang baru. Setahun setengah berpindah dari sini untuk proses renovasi. Bermula 1/10/2018 pejabat yang siap di renovasi dibuka semula. Kat sini ada pejabat imigresen jadi boleh buat real pasport kalau terhilang tapi ambil masa 4 – 5 hari kalau tak silap dan perlu bayar 41 pound untuk satu pasport. Rezeki sebab pasport gantian Abang siap dalam tempoh sehari ketika pejabat sedang kelam kabut menyusun semula perabut dan peralatan yang dibawa dari pejabat yang lama. Untuk info lebih tentang kedutaan Malaysia London boleh klik High Comission of Malaysia, London.

Boleh juga renew pasport tapi kurang pasti berapa lama. Untuk pejabat yang baru ini alhamdulillah tercatat rekod pasport pertama yang di keluarkan adalah pasport Amir Hassan dengan no istimewa. Terima kasih team Kedutaan dan Imigresen yang sangat ringan tangan membantu. Kisahnya ramai juga yang marah-marah pada pegawai Kedutaan dan Imigresen apabila pasport dan duit mereka hilang.

Alamat :  52 Bedford Row London WC1R 4LR

Telephone: +4420 7242 4308 (General)
Fax: +4420 7404 2523
Emailmwlondon@kln.gov.my

Hari Bekerja :
General Office: Mon-Fri: 9:00am -5:00pm
Consular: Mon-Thu: 9.15am-12.00pm (submission); 3.30pm-4.00pm (collection); Fri by appointments
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

Apa yang perlu dilakukan apabila hilang pasport

Paling penting apabila hilang dokumen ketika mengembara di negara orang JANGAN PANIK. Pertama yang perlu dilakukan hubungi syarikat insuran bagi yang membeli insuran travel, kalau tak ada insuran travel buat panggilan ke bank untuk block kad kredit dan debit kad. Kalau tak ada no bank boleh je google pasti ada. Redha dengan ujian yang ALLAH beri pasti ada jalan dan hikmahnya. Jangan marah pada rakan atau keluarga yang ikut bersama juga jangan marah pada pegawai kedutaan. Kita buat baik insyaalah ramai yang akan membantu.

Wan NuraihanSaya pernah mengalami kecurian purse masa di luar negara sebelum balik Malaysia. Cuma hp je ada dalam poket. Saya boleh relate sangat dengan kisah Tn Hj. Semoga Allah menggantikan untuk Tuan sekeluarga dengan yang lebih baik. Amin. Saya dulu semua duit kena kebas. Dengan passport sekali. Mujurlah ada kakak angkat bagi sedikit duit 50 genih masa tu. Sedih pulak bila ingat balik kisah ini.

Saiyid Jalaluddin : Fuh, leceh tu. Saya pernah hilang dokumen2 penting sekali dulu kat Korea. Mahal weh pengalaman tu

Amir Hassan : Memang mahal bukan sahaja pengalaman juga kos sebab nak kena tambah hari, makan dan jadual balik tiket pesawat

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Dato Adi Putra, Dato Muhammad, En Zuhair, En Azhar bos imigresen, Tuan Mohd Salleh, Tuan Hj Asari dan semua yang mendoakan dan membantu secara lansung dan tak lansung. Insyaallah ada hikmah disebalik ujian ini. Popular juga hilang pasport di London ni sebab ramai orang Malaysia yang sudah duduk lama di sana tahu cerita kami hilang pasport ni. Bila jumpa semua bagi semangat dan doa.

Terima kasih ALLAH kerana menguji hamba Mu yang kerdil ini. Jangan lupa baca kisah kembara kami di “Kembara tempat menarik di London 2018“.


Spread the love

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!