Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, satu dunia sedang kecoh isu muflis negara Greece. Membaca dan menonton kisah kehancuran ekonomi Greece mengingatkan aku kepada seorang sahabat asal dari Greece yang baru aku kenali ketika Kembara London iaitu Mr Hassan.
Di hari akhir Kembara London kami di bawa oleh Mr Hassan singgah di Bicester Village. Mr Hassan adalah sahabat kepada sahabat Haji Yusri yang berasal dari Greece. Mr Hassan dilahirkan dari keluarga Islam yang hanya ada kurang 2% di Greece. Ibunya sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan ayahnya masih menetap di Greece. Oleh kerana di Greece tiada sekolah khusus untuk belajar agama Islam jadi ayah beliau telah menghantar Hassan belajar di Turki. Alhamdulillah berkat pengorbanan tersebut sehingga hari ini Mr. Hassan masih berpegang teguh dengan Islam. Beliau offer kalau kami nak kembara ke Greece dia sedia membantu terutama untuk makanan halal di Greece yang sangat sukar.
Mr Hassan sudah lama menetap di London untuk mencari rezeki. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan. Isterinya berasal dari Turki. Setiap dua tahun beliau akan memandu pulang ke Greece untuk menziarahi ayahnya yang sudah agak tua. Paling best apabila pulang ke Greece beliau akan melalui jalan yang berbeza untuk melihat keindahan alam. Insyaa Allah kalau aku ada rezeki ke London lagi pasti aku akan minta Mr Hassan bawa ke tempat menarik di London yang bukan menjadi tumpuan pelancong.
Perkongsian paling tidak boleh dilupakan apabila beliau mengaku setiap hari beliau akan menelefon ayahnya di Greece untuk bertanya khabar … setiap hari bukan sebulan sekali …beliau sudah lakukan sejak mula menetap di London …. membuatkan kami semua terdiam dan bermuahasabah diri. Teringat kepada entri kisah benar “Marah ayah dan ibu setakat mana” dan “Teguran ibu dijadikan musuh hingga ke mati“
Sikap terpuji yang wajib dicontohi anak muda zaman sekarang ni.
Entri terbaru Ummi MRA – 5 Tips Mengatasi Sikap Suka Bertangguh
jadikan ibu bapa sebagai keutamaan. baru lah hidup dipermudahkan allah
Entri terbaru nikkhazami – Telekung Reehans Pilihan Muslimah
semoga greece akan bangkit semula menjadi kuasa besar ketika zaman rome dahulu
Entri terbaru Belang Tarung – Rekod Bolos Terbanyak dan Terburuk Harimau Malaya Sepanjang Zaman
Dapatkah kita semua lakukan seperti saudara kita itu. Kalau ada yang dapat memang saya suspek lah! hehehe..
Entri terbaru Aiman Aziz – Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015
InsyaAllah kita pasti boleh lakukan…
Menelefon ibubapa setiap hari dpat memberi motivasi kepada diri sendiri..
Entri terbaru Noriza Rahman – Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Semoga kisah mr hassan memberi iktibar kepada semua bahawa berbuat baik kepada orang tua besar manfaatnya..
Entri terbaru mrhanafi – Cara Tambah Pendapatan Guna Handphone
Benar tu. Ibu bapa adalah keutamaan kita semua. Tanpa mereka, kita juga tak kan wujud di dunia ini.
Entri terbaru Mek ila Jual Vitamin – Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Allah sendiri berjanji di dalam kitabnya akan memberikan ganjaran kepada mereka yang berbakti kepada orang tua semasa usia emasnya..
Mentaati ibubapa selepas mentaati Allah dan RasulNya…
Entri terbaru Noriza Rahman – Kekurangan Asid Folik Punca Berlakunya Kecacatan Spina Bifida
yup tu janji allah. semoga mereka yg berbakti kpd ibu bapa di berkati
Entri terbaru nikkhazami – Telekung Reehans Pilihan Muslimah
kejatuhan greece harus menjadi pelajaran bagi setiap negara, demikian juga prilaku orang greece ini sangat menghormati orang tua semoga kita pun demikian
Entri terbaru web guru – Buy Your Own Name As A Domain Name
Berbual dengan bagsa lain di luar negara memang seronok. Kadang tu pegangan mereka lebih kuat terutama yang revert .
Entri terbaru rahimah – Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Kan sis, sayangnya kita di Malaysia makin hilang nilai-nilai dan adab sopan yang sepatutnya jadi amalan.
Entri terbaru Mek ila Jual Vitamin – Kenapa Perlu Cukur Rambut Bayi Baru Lahir ?
Mereka yang beragama Islam di negara bukan Islam cabarannya lebih getir..
Malah mereka nampak lagi menitikberatkan ajaran Islam
Entri terbaru Noriza Rahman – Jom Jadi Ahli Shaklee Sempena Program YES Shaklee!
Besar ganjaran berbakti kepada orang tua..mungkin juga semangat keislaman sudah meresap ke dalam jiwanya..
Entri terbaru mrhanafi – Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
Mentaati ibubapa sangat ditekankan di dalam Islam dan ada juga disebut di dalam Al-Quran..
Banyak ganjarannya bila menyantuni ibubapa semasa hayat mereka…
Entri terbaru Noriza Rahman – Jangkitan Kuman dan Pengaliran Darah Tersekat Menyebabkan Risiko Gangren !