Cara buat tuntutan insurans perjalanan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penting bagi seseorang yang mengambil insurans perjalanan tahu bagaimana nak menghadapi kecemasan dalam perjalanan dan bagaimana nak buat tuntutan. Jadi di sini, ada perkongsian secara mudah proses membuat tuntutan insurans perjalanan.

Jika perkara kecemasan itu perlu kepada perhatian perubatan, hubungi hospital tempatan dan minta bantuan segera. Keselamatan peribadi adalah keutamaan nombor satu.

Lepas itu, beritahu pihak berkuasa tempatan (contohnya, dalam hal kecurian, pihak polis) dan terangkan situasi kita. Kita juga perlu hubungi syarikat insurans anda guna ketika ini. Biasanya syarikat insurans akan membantu anda berkenaan prosedur menangani kecemasan itu.

Kembara Palestine Denaihati.com

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Berlaku Kecemasan Dalam Perjalanan? Ada ramai yang kurang ambil tahu mengenai insurans perjalanan, tidak kira dalam atau luar negara.

Perkara Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Tuntutan Insurans Perjalanan

Seperti lain-lain tuntutan insurans, ada perlu sediakan maklumat yang diperlukan. Ini termasuk, dokumen perjalanan dan peribadi. Lain syarikat insurans mungkin lain perkara yang diperlukan dalam memproses tuntutan anda. Namun, untuk memastikan tuntutan cepat diproses dan diluluskan, ada senarai dokumen yang kebanyakan syarikat insurans minta:

  • Dokumen pengenalan peribadi (seperti pasport dan kad pengenalan, dll)
  • Borang tuntutan perjalanan – boleh di dapti dari laman web syarikat insurans perjalanan tersebut. Pastikan borang ini diisi dengan betul dan lengkap.
  • Jadual perjalanan anda
  • Tiket kapal terbang dan pas masuk
  • Maklumat bagasi – dalam kes tuntutan begasi rosak atau hilang, sediakan senarai barang hilang, nilainya dan juga gambar begasi yang rosak.
  • Dokumen perubatan (contohnya laporan perubatan, sijil kematian, dll) – untuk tuntutan perubatan atau kematian.
  • Laporan polis – untuk kes kecurian
  • Bil-bil, invois, resit yang berkenaan (contohnya, invois perubatan, resit hotel)
  • Pemberitahuan dari syarikat penerbangan – sebarang komunikasi yang dikeluarkan untuk memberitahu pasal penangguhan atau lain-lain masalah

Proses Tuntutan Insurans Perjalanan Di Malaysia

Berikut adalah diagram ringkas tentang apa yang berlaku bila anda mengemukaan tuntutan insurans perjalan anda:

Bagi yang selalu mengembara, jangan lupa ambil travel insurans sekali. Dan perlu tahu apa yang perlu dilakukan jika ada perkara yang luar jangkaan seperti Pengalaman hilang pasport di London.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!