London kembara yang tak dirancang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, memang tak dirancang nak ke London secepat ini setelah kembali dari Kembara Musafir Europe. Itulah namanya ketentuan Allah SWT lebih hebat dari perancangan manusia.

Terima kasih kepada three stooges Abang Ensem, Eyriqazz dan Jejai yang sudi datang ke KLIA ngeteh sementara menunggu nak berlepas ke London. Pertama kali berjumpa Jejai selepas majlis Iftar Ramadhan di Shah Alam. Semuga beliau terus kuat semangat dan disembuhkan dari penyakit Kanser Paru-paru yang dihidapi.

Punyalah ramai nak pergi London sehingga semua penerbangan penuh yang ada kosong KLM je. Masa nak checkin punyalah panjang berbaris. Setelah berbaris lama sampai je di kaunter kena reject sebab tak check in lagi. Rupanya tu baris untuk drop bagasi kepada yang dah check in di kiosk. Bukan aku sorang terkena tapi hampir separuh. Sepatutnya adalah seorang staff KLM yang maklumkan ini berdiri tercegat tengok je tak cakap apa-apa.

Jejak kaki di London City Airport(tiru bro Gedek sikit)

Alhamdulillah Penerbangan ikut jadual tepat jam 11.15 pm berlepas ke Amsterdam. Pertama kali penerbangan terus selama hampir 13 jam sampai naik kematu punggung duduk tak buat apa. Sampai Airport Schiphol, Amsterdam awal 20 minit jadi ada lebih kurang satu jam setengah untuk transit taklah terkejar-kejar nak ke pintu yang lain. Pertama kali jejak kaki di Amsterdam tapi hanya untuk transit sahaja. Dari Amsterdam menuju ke London City Airport naik City Jet lebih kurang macam AirAsia.

Lebih kurang jam 8.00 am landing London. Alhamdulillah syukur Allah bawa aku ke Kota London untuk pertama kali. Cuaca boleh tahan sejuk lebih kurang 20 darjah celcius. Biasalah nak lepas imigresen macam-macam soalannta, syukur aku dah sediakan dokumen tiket pergi balik, booking hotel dan kad bisnis. Dari airport ambik teksi terus ke hotel yang telah di booking lebih awal. Suasana London 2012 masih terasa lagi dengan berbagai banner dan bendera yang masih berkibar. Oleh kerana terlalu awal bilik pun tak ready sehingga jam 2.00 pm, perut pun dah lapar dengan bantuan Aplikasi iPhone Zabihah pergi mencari tempat makan.

Best Western Premier Mostyn Hotel

Nak cari makanan Halal di London memang tak risau. Mengikut aplikasi Zabihah sekitar 10 km dari kawasan hotel ada 150 restoran halal, 78 market halal dan 115 masjid. Cuma kalau pagi-pagi ni tak banyak yang buka lagi. Alhamdulillah ada juga restoran arab di Edgware Road yang buka jadi hari pertama pekena nasi arab. Ada banyak Restoran Halal dan Market Halal di Edgware Road ni jadi kepada yang pertama kali datang ke London jangan risau naik je teksi tuju ke jalan ni.

Lepas sarapan pagi merangkap makan tengahari kami pergi Oxford Street nak cuci mata window shopping sementara menunggu check in hotel. Punyalah bagus teksi berhenti depan Nike Store. Apa lagi aku pun serbulah sebab ada orang dah pesan minta belikan jersi MU away siap cetak nama V.Persi. Sebelum beli jersi MU mestilah beli jersi Arsenal dulu heeee.

Jam 3.00 pm baru boleh masuk bilik. Sesiapa yang dah jejak London pasti tahu hotel kat sini punyalah mahal dengan ruang bilik kecik je.  Memang letih fly, transit dan fly Kuala Lumpur – London hampir 16 jam. Mata pun dah separuh nak lelap dapat katil apa lagi selamatlah ….


Spread the love

152 Comments

  1. kembara ini tak dirancang tetapi hebat dah… kalau dirancang agaknya lagi hebat. walau apapun kita merancang tetapi takdir yang menentukan. Tidak bermakna pula kita tidak boleh merancang. Kerana dengan perancangan itu kita mampu menjejaki sejauh mana bijaknya kita dalam membuat perancangan… 😀
    Curahan rasa yangbaik @ ..Resipi cinta mengelak retak menanti belahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!