Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”. Kali ini nak kongsi pengalaman kembara ke Amsterdam 2018. Ini bukan kali pertama Abang sampai di sini kali pertama pada tahun 2015 kisahnya boleh baca pada entri “Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015“.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kembara kali ini kerana Abang nak join Digital Marketing World Forum (DMWF) yang dianjurkan di Kota Amsterdam untuk menambah ilmu Digital Marketing yang sudah berkarat. Kali ini Abang datang bersama isteri dan anak sulong yang baru tamat belajar di UKM. Dari KL kami terbang dengan Emirates transit tiga jam di Dubai sebelum terbang terus ke Airports Schiphol. Dari Airport Schiphol kami naik teksi rasmi ke Apartment Eric Vekol dengan kadar Euro 60.

Eric Vokel Boutique Apartment Amsterdam

Dua tiga hari juga mencari homestay atau hotel yang sesuai untuk kami bertiga dan dekat dewan seminar DMWF. Akhirnya Eric Vokel Boutique Apartments yang paling sesuai. Aparment ini bersebelahan Amsterdam Centraal mudah nak bergerak sebab ada perkhidmatan keretapi tempatan, kereta laju, feri, bas, teksi dan tram.

Harga apartment dua bilik ini lebih kurang RM800 semalam setelah diskaun 40%. Nak dapat diskuan book je online guna je sistem tempahan yang ada di sidebar kanan entri ini atau di Booking.com. Lagi awal booking lagi murah.

Digital Marketing World Forum (DMWF)

Seminar selama dua hari pada 19 – 22/9/2018 di Beurs van Berlage Amsterdam di bahagi kepada dua sessi iaitu :

  1. Data, Distruptive Tech & UX
  2. Content & Sosial Media Marketing

Pengisian seminar selama dua hari telah membuka minda untuk arah tuju bisnis untuk tahun 2019. Ada rezeki nanti Abang buat entri khas kongsi ilmu-ilmu yang dipelajari dari DMWF itu pun kalau ada yang berminat.

Gambar-gambar menarik di Amsterdam

Walaupun ini kali kedua menjejaki kaki ke Amsterdam tetapi rasanya baru pertama kali. Setiap hari kami habiskan masa berjalan berjalan dan berjalan menyelusuri bagunan-bagunan cantik dan terusan di sekitar kota lama ini. Nak shopping memang best sangat sebab banyak sangat kedai menjual berbagai jenis jenama yang murah, sederhana dan mahal.

Antara tempat menarik di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancung seluruh dunia adalah :

  1. Madam Tussads
  2. Ripley’s Believe it or not
  3. Body Worlds
  4. Van Gogh Museum
  5. Amsterdam Museum
  6. Moco Museum
  7. Martime Museum
  8. Rijks Museum

Antara pakej pelancungan menarik apabila datang ke Amsterdam

  1. Lawatan ke Countryside dan Windmills
  2. Lawatan ke Giethoorn
  3. Canal Cruise

Canal Cruise di Amsterdam

Kali pertama datang pada tahun 2015 kami naik Canal Cruise waktu siang jadi kali ini kami nak melihat keindahan Bandar Amsterdam dengan Cruise di waktu malam. Perjalanan menyelusuri terusan Amsterdam selama sejam memerhati kehidupan malam warga kota Asmterdam suatu pengalaman yang menarik. Cantik dengan lampu-lampu yang menyala di bagunan serta pinggir terusan yang ada berbagai aktiviti. Ramai juga yang menyewa khas untuk makan malam di atas cruise bersama pasangan dan ada juga secara berkumpulan.

Lawatan ke Giethoorn

Ramai kawan-kawan yang mencadangkan kami pergi ke Giethoorn perkampungan lama wujud sejak tahun 1230 yang sangat cantik. Bila survey kat Google memanglah sangat cantik perkampungan Geithoorn ini. Nak ke sini boleh naik keretapi, bas atau kereta sewa juga boleh guna tour guide. Perjalanan ke sini lebih kurang dua jam setengah.

Kami buat keputusan untuk naik keretapi setelah bertanya pada manager di Apartment Eric Vokel. Tiket harga Euro 39 seorang dari Amsterdam Centraal platform 5 ke stesen terdekat Ssteenwijk dan kemudian naik bas no 270 ke Geithoorn lebih kurang 20 minit. Untuk sampai ke Stesen Ssteenwijk mesti kena turun di stesen Utrecht untuk tukar keretapi lain di platform 12.

Sibuk melihat keindahan sekeliling dan berbual anak beranak selepas sejam terlajak dari stesen Utrecht baru kami tersedar. Kami turun di stesen Sittard untuk kembali semula ke Stesen Utrecht. Oleh kerana masa sudah terlalu lewat dan cuaca yang tidak berapa mesra, angin kuat dan hujan lebat maka kami batalkan niat ke Giethoorn dan kembali semula ke Amsterdam. Jumlah jam perjalanan kami lebih kurang empat jam setengah pergi dan balik. Ada rezeki lain kali kami akan jejaki perkampungan Giethoorn.

Restoran Halal di Amsterdam

Makan halal di Amsterdam memang tak ada masalah. Berbagai jenis makan halal yang kita boleh pilih samada makanan segera, pizza, makanan Malaysia, makanan Indonesia, makanan tukri, makanan India dan sebagainya. Cara mudah nak mencari lokasi makanan halal adalah menggunakan aplikasi Zabiha.

Harga makanan boleh tahan mahal tetapi bila dah lapar harga jadi no dua yang penting perut berisi untuk sambung berjalan keliling Amsterdam.

Amsterdam Bandar Basikal

Sana sini orang berbasikal ada gadis berpakain cantik, ada eksekutif berpakian formal, ada anak-anak muda berpakain sukan, ada orang tua, ada basikal tiga tayar, ada basikal lama dan ada basikal baru. Budaya berbasikal di Amsterdam sudah berakar umbi sehingga menjadi industri yang besar.

Ada yang kata kerana cuacanya sesuai tetapi di sini bila musim panas lebih panas dari Malaysia, bila sejuk terus membeku terusan, bila hujan tak berhenti-henti tapi tetap mereka berbasikal. Kereta tidak menjadi keutamaan dalam hidup mereka. Bila sudah ada budaya maka segala infrastuktur seperti tempat parkir basikal, jalan khas basikal dan trafik light basikal yang bina akan digunakan dengan baik.

Selain menunggang basikal ramai penduduk Amsterdam menggunakan kereta kecil kerana jalan yang kecil dan sempit. Majoriti naik kenderaan umum seperti bas dan tram.

Shopping di Amsterdam

Banyak tempat shopping di Amsterdam tapi tak sempat nak pergi semua sebab kesuntukan masa. Yang sempat kami pergi antaranya berjalan sejauh 5 km di The Haarlemmerdijk iaitu kedai-kedai menjual berbagai jenama pakaian berhampiran dengan Amsterdam Centraal.

Sempat juga kami cuci mata di pasaraya mewah De Bijenkorf yang menjual barangan berjenama mewah seperti Hermes,Louis Vuitton, Coach, Boss dan sebagainya. Di hadapan De Bijenkorf ada pasaraya Primark yang menjadi tumpuan ramai kerana harganya memang mampu milik.

Antara kawasan shopping di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancung adalah :

  1. The Nine Streets (De Negen Straatjes)
  2. The P.C. Hooftstraat (kawasan shopping paling eksklusif di Amsterdam)
  3. The Kalverstraat and Leidsestraat
  4. The Beethovenstraat
  5. Outlet mall Batavia Stad Amsterdam

Kawasan Lampu Merah Amsterdam

Red Light District sudah menjadi ikon buat Amsterdam. Katanya belum sah menjejak ibu kota Belanda bila belum ke tempat ini. Red Light ialah kawasan prostitusi seperti Doli di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. Berderet perempuan dengan tubuh yang seksi berdiri untuk memikat calon konsumen. Di kawasan ini pula, para pengunjung dapat dengan mudah menghirup asap ganja dan membeli produk berasas ganja. Itu karena membeli dan mengambil daun ganja tidak menjadi kesalahan di sini.

Kedai-kedai menjual produk ganja seperti cookies, muffin, minyak ganja dan alat-alat seks sangat banyak di kawasan ini jadi memang tidak sesuai untuk membawa anak-anak di bawah umur. Selain itu, disini terdapat beberapa museum antaranya Erotic Museum, Sex Museum dan Prostitution Museum.

Jom sambung baca kisah kami seterusnya di “Kembara London 2018

57 Comments

    1. selain bangunan. culture dan penduduk sekitar adalah tujuan utama smasa travel. byk yang kite boleh blaja dri mereka

  1. Bestnya kembara tuan Haji Amir dan keluarga kali ni.. sambil dapat ilmu pemasaran digital semasa menyertai Digital Marketing World Forum, sambil dapat tengok pemandangan indah di tempat orang.. kata orang sambil menyelam minum air..
    Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018My Profile

  2. tak sangka muzium juga antara menjadi tumpuan pelancong di sana. bagusnya budaya berbasikal macam tu, boleh jimat belanja dan juga antara aktiviti menyihatkan. banyak juga lokasi menarik dan tidak ketinggalan tidak sesuai untuk anak di bawah umur.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!