Penafian Frankfurter Berjenama RAMLY Mengandungi DNA Babi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal jenama Ramly Burger kepunyaan Dato’ Hj Ramly Mokni sahabat kepada Chef Jo antara usahawan makanan Islam yang paling ulung di Malaysia. Aku pernah beberapa kali berjumpa dengan beliau dan nak jadi cerita kebetulan abang ipar aku berkahwin dengan adik bongsu Dato’ Hj Ramly. Tu lah bila beliau difitnah macam ni memang terasa sedih sangat. Ramly Burger sudah mengeluarkan penafian yang juga disokong oleh JAKIM. Laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak pengurusan Ramly Burger.

Dato' Hj Ramly Mokni
Produk Ramly Burger

Untuk melihat email dan surat penafian, laporan polis dan sokongan JAKIM sila @ Penafian Ramly Burger.

Berniaga ini bukan mudah ibarat perperang di hutan batu berbagai strategi digunakan untuk menjatuhkan rakan niaga lain yang lebih hebat daripada yang lain tapi kalau sampai memfitnah soal halal dan haram ni kira tak hebat mana sangatlah. Pengguna sekarang bukan bodoh sangat macam-macam cara kita boleh semak status halal samada secara SMS dan Online.

Semuga Ramly Burger akan terus maju menjadi peneraju makanan Halal Malaysia. Jasa Ramly Burger juga terlalu banyak kerana telah melahirkan ramai usahawan Malaysia yang berniaga menggunakan produk Ramly Burger.


Spread the love

176 Comments

  1. Ada juga manusia jahat yang memfitnah sesama manusia….kenapa perlu hasad dengki sedangkan Rezeki datang dariNya..

  2. saya pun dpt email berkenaan status “Tidak Halal” jenama Ramly ni. Thnks for sharing this. By now i know, which is right .. which is wrong.
    Curahan rasa kakchik @ ..Hai WilliamMy Profile

  3. Pada aku ni lahhh RISIKO PERNIAGAAN … PESAING mana tak sakit mata/hati dengan RAMLY …tambah2 keluaran BUMIPUTRA pulak tu … Apa pun AKU akan terus guna PRODUK keluaran RAMLY yang aku YAKIN HALAL ( DISAHKAN OLEH JAKIM ) so makanlah tanpa WAS-WAS .

    KORANG PERCAYA KER KHABAR ANGIN KUS2 NI ?
    Curahan rasa Yusri @ ..PAKEJ BAJU REWANGMy Profile

  4. Dulu pernah juga berlaku pada roti gardenia, ada orang yg berhati busuk mengatakan pembuatan roti gardenia melalui proses yang tidak halal. Ada satu lagi produk roti kepunyaan seorang taikun paling kaya di Malaysia, harganya sangat murah. Roti itu dipasarkan semata-mata utk menjatuhkan roti gardenia kerana pengusaha gardenia menghentikan pembelian tepung dari syarikat taikun berkenaan.
    Curahan rasa Bumi serta isinya @ ..Benarkah Anwar pejuang KeadilanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!