Penafian Frankfurter Berjenama RAMLY Mengandungi DNA Babi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa tak kenal jenama Ramly Burger kepunyaan Dato’ Hj Ramly Mokni sahabat kepada Chef Jo antara usahawan makanan Islam yang paling ulung di Malaysia. Aku pernah beberapa kali berjumpa dengan beliau dan nak jadi cerita kebetulan abang ipar aku berkahwin dengan adik bongsu Dato’ Hj Ramly. Tu lah bila beliau difitnah macam ni memang terasa sedih sangat. Ramly Burger sudah mengeluarkan penafian yang juga disokong oleh JAKIM. Laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak pengurusan Ramly Burger.

Dato' Hj Ramly Mokni
Produk Ramly Burger

Untuk melihat email dan surat penafian, laporan polis dan sokongan JAKIM sila @ Penafian Ramly Burger.

Berniaga ini bukan mudah ibarat perperang di hutan batu berbagai strategi digunakan untuk menjatuhkan rakan niaga lain yang lebih hebat daripada yang lain tapi kalau sampai memfitnah soal halal dan haram ni kira tak hebat mana sangatlah. Pengguna sekarang bukan bodoh sangat macam-macam cara kita boleh semak status halal samada secara SMS dan Online.

Semuga Ramly Burger akan terus maju menjadi peneraju makanan Halal Malaysia. Jasa Ramly Burger juga terlalu banyak kerana telah melahirkan ramai usahawan Malaysia yang berniaga menggunakan produk Ramly Burger.


Spread the love

176 Comments

  1. aku yakin halal sekiranya JAKIM yang keluarkan sijil, sejak dari dahulu lagi teman tak berapa setuju kaedah sijil halal swasta…sepatutnya hanya JAKIM diberikan kuasa tunggal bagi memastikan kesahihan status halal barangan makanan di dalam malaysia. burger ramli memang ada kualiti, mungkin ada yang sakit hati
    Curahan rasa apaajanews @ ..TULISAN JAWI,BANGSA MELAYU DAN BANGSA JAWIMy Profile

        1. dimalaysia kuasa membeli…ialah kaum majoritinya melayu beragama islam, sudah pastinya kami yang beragama islam menitikberatkan status makanan samada halal atau haram dan kebiasaannya sijil sah halal dari JAKIM mendapat kepercayaan penuh, tetapi bukan mudah mendapatkan sijil halal dari JAKIM, seperti semudahnya kita membeli suratkhabar.
          Curahan rasa apaajanews @ ..TULISAN JAWI,BANGSA MELAYU DAN BANGSA JAWIMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!