Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ada pelbagai cara untuk buat duit secara online selain menjual iklan, menjual produk dan menyertai program affiliate ada satu cara lagi yang menjadi tumpuan sebahagian daripada kita iaitu dengan menyertai kontes. Pelbagai kontes yang dianjurkan secara online menyediakan hadiah yang lumayan untuk disertai dan merancang strategi yang betul untuk menang. Mungkin kita juga ada peluang seperti Blogger Eyriqazz yang menang hadiah RM25,000.
Sempena kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s menganjurkan satu kontes yang menyeronokkan diberi nama Yeo’s Funderful Video Contest 2013. Kempen ini membawakan konsep hidup sihat dan gembira bersama-sama Yeo’s. RM40,000 satu jumlah hadiah yang sangat besar untuk dimenangi.
Anda hanya perlu rakam video yang menyeronokkan dan kreatif untuk menyertai kontes ini. Ajak rakan-rakan anda, rakam video dengan idea yang difikirkan paling menarik, kemudian hantar penyertaan untuk kontes ini. Apa yang penting ianya mestilah menyeronokkan, lain daripada yang lain dan boleh berkongsi kegembiraan (gelak tawa) bersama mereka yang menontonnya. Mudah bukan?
[box type=”shadow”]
Apa yang anda perlu tahu mengenai kontes ini:
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, dengan mendaftar sebagai kumpulan (beserta senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
- Anda boleh menghantar video anda menggunakan online transfer ataupun emailkan kepada Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
- Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kontes ini sila ke Halaman Yeo’s Funderful Video Contest ataupun hubungi wakil media Yeo’s di 03-7787 3553 atau 03-7787 3811 atau email ke [email protected] untuk penerangan lanjut.
[/box]
Kontes ini memang menarik kerana hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan, sejumlah lebih RM40,000 disediakan untuk kontes ini. Antaranya adalah:
Hadiah Utama
- Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
- Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
- 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Produk Yeo’s
Hadiah Istimewa
- Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000
Memang menarik hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kontes ini. Apa tunggu lagi, ajak rakan-rakan anda untuk bersama-sama dalam kontes yang bermula pada hari ini 1 November. Serlahkan kreativiti anda dalam seni merakam video, ajak rakan-rakan, saudara mara dan semua kenalan anda untuk memeriahkan lagi kontes ini. Peluang untuk memenangi hadiah lumayan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
152 Comments
menarik ni untuk masuk. kena buat video pula yea.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
Zaman sekarang ni nak dapat duit terpijak senang je cuma kena rajin dan lebih berusahalah sedikit.
Curahan rasa JunAina @ ..Sebenarnya Saya Isteri Dia – Datuk Dia Ke?
betul tu, kena rajin dan usaha sedikit.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Untung Jadi Peminat Bola Sepak Tottenham
in sha Allah akan berusaha lepas ni.hehe. tq untuk info
Curahan rasa pahan @ ..Bisnes Online menurut pandangan Pahan
makasih atas infonya…
Curahan rasa Obat Peninggi Badan @ ..OBAT PENGGEMUK BADAN
SubhanAllah, wow!
MESTI join ni. 🙂
wow lumayan betul hadiahnya. Beruntung kepada yang pandai membuat video.
Curahan rasa hatiputera @ ..Semangat Baru Dengan Thesis SukaSedap
Woho….. Selamat video contest… Menarik2x…
Ikhlas,
Amin Johar
PAKAR NIAGA
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..SAIZ BANNER | SAIZ IKLAN POPULAR
alaa… sgt x pandai bab2 video ni… tp x salah mencuba dan cari idea kan? 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Perempuan paling comel di dunia ialah…
mantaaap gan kontest nya , hadiah nya juga lumayan jadi tertarik juga 🙂
good luck buat kalian semua yang mau ikut coba kontest ini 🙂
Curahan rasa Resep Masakan Indonesia @ ..Tips Mencuci Buah dan Sayur Yang Tepat
Seronok nya kalau dapat menang hadiah yang ditawarkan ni..nak cuba jugak lah
Curahan rasa Nur Aiman @ ..Jawatan Kosong Bank Islam Malaysia Berhad – 30 November 2013
bab buat video ni yang tak ada confiden ni, jangan lah contest iphone 5s nanti kena buat video jugak. kalau lain sanggup lagi
Curahan rasa The Garang @ ..Aku Seorang Skema
Macam best jer.
Bolek jugak la try.
mana tau ada luck 🙂
Curahan rasa hafidz @ ..Jersi Malaysia (Home) 2012 – 2013
Comments are closed.