Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kemenangan Arsenal kepada Borussia Dortmund 1 – 0 meneruskan kecemerlangan Arsenal di bumi German. Musim lepas Arsenal juga berjaya menewaskan Bayern Munich kalau tidak kerana polisi gol di tempat lawan belum tentu Bayern menjadi juara Champions League 2012/13.
Perlawanan Borussia Dortmund vs Arsenal memang mendebarkan setiap minit ada sahaja gerakan bahaya. Kalau bukan kerana kecekapan penjaga gol no.1 Arsenal, Wojciech Szczesny dan kekentalan pertahanan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny pasti pintu gol Arsenal sudah dibolosi. Terima kasih kepada kreativiti Mesut Ozil yang melambung bola dicelah-celah pertahanan Dortmund mencecah kepada Giroud dan diterjah dengan tandukan oleh Aaron Ramsey. Terkejut agaknya jiran sebelah seperti terkejutnya seisi rumah bila tanpa disedari aku bersorak sakan. Arsenal perlu menang satu lagi perlawan untuk layak ke pusingan kalah mati Champions League 2013/14.
Video jaringan tunggal Aaron Ramsey untuk Arsenal menewaskan Borussia Dortmund
Setelah berjaya menewaskan Liverpool 2 – 0 dan Dortmund 1 – 0 cabaran seterusnya adalah menentang Manchester United di Old Trafford. David Moyes, Waynne Ronney dan beberapa pemain MU sudah mula bermain perang psikologi dengan berbagai komen merendah-rendahkan kemampuan dan prestasi Arsenal. Biarkan mereka sibuk dengan peperangan di luar padang sedang pemain Arsenal sibuk membuat persediaan di atas padang.
Aku yakin prestasi cemerlang Arsenal di tempat lawan yang sudah menang 14 dan seri satu dari 15 perlawanan akan dapat diteruskan di Old Trafford. Kelemahan bahagian tengah MU pasti dapat dimanafaatkan oleh Ozil, Ramsey, Cazorla, Arteta, Rocisky dan Wilshere dan Giroud dengan hantaran tiki taka yang akan mengelirukan pertahanan MU. Kekentalan pertahanan Arsenal pasti dapat mengikat ayam tambahan MU, Van Persie dan Ronney untuk menjaringkan gol.
Ramai penganalisa bola sepak meramalkan keputusan seri untuk perlawanan Manchester United vs Arsenal tapi bagi aku yakin sekali Arsenal akan menewaskan MU 2 – 0. Bagaimana pula ramalan anda Manchester United vs Arsenal??
Keputusan Manchester United vs Arsenal : 1 – 0
Live Manchester United vs Arsenal @ Twitter (#MUFCvAFC)
Keputusan Manchester United vs Arsenal tidak akan mengubah kedudukan Arsenal ditaktah BPL 2013/13 untuk minggu ke sebelas tetapi Arsenal Fan dahagakan kemenangan untuk membalas dendam kekecewaan tewas di Old Trafford sejak 2006.
Paling memeranjatkan BPL 2012/13 bukan kehebatan Arsenal atau Liverpool tetapi kejayaan Southampton berada di kelompok 5 pasukan terbaik tanpa mempunya superstar lima bintang seperti Chelsea dan Manchester City. Persoalannya bolehkan mereka bertahan sehingga akhir musim??
Keputusan BPL 2013/13 Week #11
[box type=”shadow”]
Southampton vs Hull City : 4 – 1
Crystale Palace vs Everton : 0 – 0
Liverpool vs Fullham : 4 – 0
Chelsea vs West Brom : 2 – 2
Aston Villa vs Cardiff City : 2 – 0
Norwich City vs West Ham : 3 – 1
Tottenham vs Newcastle : 0 – 1
Sunderland vs Manchester City : 1 – 0
Swansea vs Stoke City : 3 – 3
[/box]
Hadiah wang tunai bernilai RM40,000 untuk anda menangi dengan hanya membuat video yang kelakar, sempoi dan menarik. Mudah gila peraduan Yeo’s Funderful Video Contest ini. Aku pun teruja nak join. Mana tahu ada rezeki. Korang pun try la. Mana tahu boleh menang hadiah utama RM20,000. Layari laman web Yeo’s untuk informasi lanjut.
44 Comments
Arsenal masih belum dapat keluar dari masalah yg sering menghantui mereka iaitu kalah dengan pasukan gergasi dlm EPL…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
Hahaha…inilah pasukan kegemaran wan. Akhirnya jumpa juga entry di sini.
Walaupun MU mempunyai prestasi yng buruk season lepas, wan yakin MU leh bangkit semula season ni. GGMU.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Rasanya belum tentu kot…nampak goyah jer lagi MU ni walaupun dah ramai star masuk…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
MU dan arsenal pasukan kegemaran wawa. tapi bila team diaorang kena berlawan, wawa ilih team yang menang je la. hati berpihak kepada team arsenal. hihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
itu sangat setuju tu..dengan harapan MU juara season ni..takdelah geng-geng yang peminat kelab epl lain mengejek kita lagi..hahaha
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
ane dukung MU forever, tapi inter milan jaul lebih keren 😛
Comments are closed.