Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pada harini berlangsung Karnival Industri Asas Tani, Usahawan dan Kerjaya Jeli 2017 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Karnival ini turut disertai oleh kempen #YouCanDuit untuk memberi hebahan kepada penduduk sekitar bagaimana mereka boleh menambah pendapatan menggunakan platform digital.
#YouCanDuit bertapak di Kelantan pada tahun 2015
Pada tahun 2015, program eUsahawan Muda mula diperkenalkan di institusi-institusi TVET seluruh negara. Atas kejayan program ini, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyatakan aspirasinya untuk program yang sama diperkenalkan kepada usahwa mikro di Kelantan.
Program eUsahawan Mikro pertama kali telah bertapak di Kelantan di mana seramai 268 peserta telah dilatih dan 97% dari mereka telah melaporkan jualan tambahan sebanyak lebih RM2.3 juta.
Program-program yang dijalankan selepas itu telah membantu ramai peserta di seluruh negara. Sehingga kini Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan.
Darwish salah seorang peserta program #YouCanDuit di bawah kempen #eRezeki
Pagi tadi, team Denaihati Network berkesempatan untuk menemubual seorang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Kreatif (Animasi) di Universiti Malaysia Kelantan, kampus Bachok. Beliau baru menyertai program #eRezeki sejak 2 bulan yang lalu.
Namun dalam tempoh yang singkat itu, secara purata beliau menjana RM3,000 sebulan. Dan kini beliau menjadikan aktiviti rekaan grafik dan kreatif sebagai aktiviti menjana pendapatan walaupun sebagai seorang pelajar.
Minat beliau dalam bidang rekaan grafik telah membolehlah aktiviti menjana pendapatan melalui platform digital lebih mudah. Namun itu bukanlah alasan untuk sesiapa yang ingin turut serta dalam program #youcanduit ini dan berjaya menambah pendapatan seperti ratusan ribu peserta yang telah berjaya selama ini.
Pelanggan dari luar negara
Darwish turut mendapat tempahan grafik daripada pelanggan luar negara, buat masa ini pelanggan daripada Amerika Syarikat adalah antara yang mendapatkan perkhidmatan beliau. Ini selaras dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) baru-baru ini yang membuka ruang untuk semua usahawan dalam negara untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.
Andai rakan-rakan semua masih tidak pasti apa yang boleh dilakukan di masa lapang, jemput untuk turut serta dalam program bimbingan #YouCanDuit ini dan memulakan aktiviti menjana pendapatan menggunakan platform digital.
112 Comments
sangat beruntung pelajar tersebut..
dalam masa 2 bulan sudah menghasilkan kejayaan dan pendapatan.
mudah-mudahan saya berjaya juga seperti belajar tersebut..
teingin juga nak berjaya..
aamiin
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Dalam tempoh 2 bulan boleh dianggap singkat… Tapi tak mustahi disebabkan Darwish mempunyai bakat yang unik…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Zaman sekarang ni siapa yang mempunyai kelebihan, dan tahu cara untuk menonjolkan kelebihan tersebut… Memang mudah nak cari rezeki…
Curahan rasa Anuar @ ..Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Memang terbaik , macam ni kalau ada peluang depan mata untuk jana pendapatan kita terus sambar
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid
mereka golongan yang bijak mengambil peluang..
memang terbaik la begitu..
mudah-mudahan kejayaan itu kena juga dengan saya..
aamiin
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Alhamdulillah kalau dah dapat RM3k tu dah boleh bayar zakat
Jangan lupa
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara atasi alahan mengandung bukan saja hilangkan loya & muntah, Tetapi
bayangkan kalau ada 20 juta rakyat Malaysia mempunyai RM3K sebulan …
semua membayar zakat ..
banyak dapata kutipan
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
bestnya ada duit 3k sebulan as a student. masa belajar dulu bkn main lagi berjimat.
Curahan rasa nikkhazami @ ..KFC Malaysia Perkenal Chizza
Harapnya adik Darwish dapat menggunakan kelebihan tersebut untuk membuat perancangan jangka panjang…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Seperti gunakan sebahagian duit untuk pelaburan atau untuk besarkan lagi perniagaan, atau untuk tanam modal perniagaan dalam cabang yang lain pula…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
yang paling penting konsisten dan terus bertambah walaupun sedikit..
jika tiada memang sakit la
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
time belajar memang banyak masa terluang,memang bagus buat kerja grafik.dlu pun masa belajar ada juga ambil tempahan dari luar negara, memang best. Tapi sejak kerja ni, mana ada masa nak ambil order..takde life
Curahan rasa reezluv @ ..Cara DIY Kalau Connection Streamyx Bermasalah
student ni sebenarnya banyak masa terluang. terutama awal semester. mcm2 benda boleh buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..KFC Malaysia Perkenal Chizza
siapa bijak mengambil peluang dan menggunakan masa dengan sempurna…
memang ada hasilnya..
mudah-mudahan begtu
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Rasanya kalau tuan boleh fokus dalam tempahan design dan fotografi, mungkin tuan boleh lebih berjaya daripada saudara Darwish kita ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Man Jadda Wa Jadda. Bijak rebut peluang dan pandai uruskan masa In Shaa Allah boleh berjaya dan pergi sejauh mungkin. Bangga dengan anak muda yang ada visi dan wawasan. Tahniah untuk adik Darwish. Boleh jadikan ikon 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..6 Nutrien Penting Untuk Kebaikan Kesihatan dan Kehidupan Manusia
Boleh jadikan Darwish sebagai ikon usahawan untuk golongan muda dan golongan yang nak masuk 4 series seperti saya…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
bestkan kalau boleh jana pendapatan dengan perkara yang kita minat..
jika kena dengan caranya boleh kaya juga tu
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
bagus…masa awal nilah perlu ada plan jangka panjang…
bukan bergantung pada pinjaman sahaja hehe…elak dari terus berhutang..hidup jadi senang..dengan pendapatan sampingan dari awal
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Panduan Teknik Buat Duit Dengan Wechat Sehingga 4 Angka
haha setuju.. ptptn atau mara takde la banyak sangat untuk berbelanja. kena ikat perut jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..KFC Malaysia Perkenal Chizza
Mula rebut peluang dari usia muda lebih bagus daripada tengok orang lain buat dulu, kemudian baru nak follow…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
kalau boleh sama-sama berjaya.
lagi ramai lagi bagus..
ramai yang menyumbang zakat..
lagipun bidang online no limited income..
yang pasti zero
yang bakal ada mungkin 7 figure
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Peluang memang banyak untuk di raih
nak atau tak nak manfaatkan saja kan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!
In Shaa Allah tahun depan lebih fokus untuk berniaga secara online… Sebagai permulaan nak wujudkan sistem affiliate untuk tempahan homestay terlebih dahulu…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Buat masa sekarang sedang survey sistem affiliate dari syarikat mana yang sesuai digunakan untuk promosi dan sekaligus tempahan homestay…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
sound so good tuan…
banyak tempahan maka banyak perolehan..
semuanya guna sistem online..
memang best nie tuan
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Allah dah janji, sapa usaha dia dapat. Itulah yang pelajar di praktikkan. Ramai orang nak tapi tak nak usaha lebih.
Curahan rasa Raihanah @ ..Vivix Bantu Kuruskan Badan
betul.. kalau tak buat langsung tak akan tak akan dapat hasil. first step tu penting
Curahan rasa nikkhazami @ ..KFC Malaysia Perkenal Chizza
Kalau yang kategori nak dapat tapi tak nak usaha lebih… Itu yang susah nak bantu sebenarnya… Senang cerita, siapa yang usaha dia yang dapat…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
konsep mudah.
teori senang cuma praktikal agak mencabar..
saya percaya konsep tersebut…
mudah -mudahan boleh berjaya sebagaimana pelajar yang menjana RM3K tu..
aamiin
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Lagi ramai yang berjaya lagi bagus…
sebab untuk memberi manfaat kepada ekonomi negara..
ekonomi maju dan rakyat menikmati dengan lebih sempurna.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Bila da ada banyak untun, boleh bayar zakat pendapatan dan cukai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
Setuju… bila ramai usahawan internet berjaya membawa masuk ribuan, jutaan hingga berbilion dollar.. secara tidak langsung akan dapat menaikkan kembali ekonomi negara..
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Keadaan ini dapat berlaku melalui pembayaran cukai perniagaan oleh usahawan.. .
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
dan hasil cukai tersebut dapat diagihkan kepada rakyat Malaysia mengikut kebijaksanaan pihak kerajaan.
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
pelajar yg subuk dengan tugasan pun boleh buat apatah lagi yang berkerja.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Dekatkan Jarak Kita di Tv3
pandai urus masa..semuanya jadi boleh.
yang penting bijak untuk menggunakan masa yang terhad
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Sibuk itu perkara biasa, bila dah kerja nanti pun sibuk juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Beliau betul-betul mengikut jejak langkah Irfan Khairi semasa baru terlibat dengan perniagaan internet..
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Siapa yang mempunyai kepakaran menghasilkan produk digital boleh mengikuti jejak langkah beliau..
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Siapa yang tidak mempunyai kepakaran tersebut boleh jual produk fizikal melalui dropship dan affiliate..
Curahan rasa anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Saya sudah mendaftar bulan lepas program eRezeki tetapi masih mencari masa untuk program tersebut kerana sibuk dengan perkara lain.
Apapun tahniah kepada pelajar tersebut kerana mampu menjana pendapatan yang tinggi dalam masa yang singkat dan mampu pula bahagikan masa antara belajar dan kerja. Tahniah.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Domain nak Tamat Tempoh, Perlukah diteruskan?
Tahniah tuan Naziman.. In Shaa Allah, sekiranya tuan dapat lebih fokus untuk menjalankan perniagaan secara Online, mungkin tuan juga boleh berjaya seperti saudara Darwish
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Saya setuju dengan pendapat Tuan Anuar yang bijak sana.
Fokus dan usaha sungguh-sungguh ..
pasti berjaya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
ada peluang kena rebut tu..
kalau pelajar pun boleh rebut kita yang keje ni pun boleh
Curahan rasa zool @ ..Beli Kipas dan Lampu LED, Majlis Pelancaran Sri Melaka Residensi
Semestinya, kita yang sudah bekerja dan berkeluarga pasti rasa terbabar dengan pencapaian orang muda.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pelan Integriti Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
saya ambil pepatah Arab.
Man Jadda wa Jadda.
siapa yang buat..in shaa Allah akan datang.
terpulang dengan cepat atau lambat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Asalkan ada kemudahan internet In Shaa Allah segala urusan akan dipermudahkan… Asalkan kita sanggup berusaha dan menambahkan ilmu di dada..
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
pergh…
ada tempahan dari luar negara.
memang power la tu.
rezeki yang melimpah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Internet terbukti dapat menjadi jambatan penghubung di antara pelbagai negara di seluruh dunia…
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Ramai jugak yang join program ni ye ? Tahniah kepada pelajar tersebut dah berjaya menjana rm 3k sebulan.
Curahan rasa Detik Instax @ ..Cara Buat Kad Bisnes Sendiri
Alhamdulillah.. Nampaknya semakin hari semakin ramai peserta yang menyertai program #YouCanDuit anjuran MDEC… Nampaknya berjaya hasil usaha MDEC selama ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Semoga MDEC dapat meneruskan usaha untuk menganjurkan program-program sebegini pada masa-masa yang akan datang….
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Comments are closed.