Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
alhamdulillah, MDEC meneruskan usaha untuk memperkasakan ekonomi digital dengan mewujudkan kerjasama dengan CRADLE Fund Sdn Bhd untuk memberikan latihan peringkat lanjutan kepada peserta program eUsahawan yang menunjukkan prestasi yang baik.
Program kerjasama ini selaras dengan Coach & Grow Programme (CGP) yang telah diuruskan oleh pihak CRADLE sejak 7 tahun lalu. Melalui program CGP ini, CRADLE telah membantu lebih 300 syarikat untuk melebarkan sayap mereka dan pendapatan terkumpul melebihi RM1.27 Billion telah berjaya dijana sepanjang tempoh ini.
50 Peserta dengan perkembangan terbaik dipilih untuk program pilot
MDEC dengan bantuan CRADLE telah memilih 50 peserta eUsahawan yang menunjukkan peningkatan jualan yang konsisten setiap bulan. Peningkatan antara RM4-5ribu sebulan menjadi antara kriteria awal pemilihan. Selain itu, peserta juga dipilih berdasarkan beberapa kriteria lain yang berbeza.
Program CGP biasanya berlangsung selama 12 bulan, untuk siri pilot eUsahawan ini, tempoh program akan disingkatkan kepada 6 bulan hingga 9 bulan. Ini bertujuan untuk melihat perkembangan para peserta dengan coach dan KPI yang akan disediakan.
Program latihan lanjutan untuk peserta eUsahawan ini bertujuan untuk memberikan mereka pendedahan yang lebih banyak untuk memastikan perniagaan mereka boleh dikembangkan dan dipasarkan, bukan sahaja dalam negara bahkan ke luar negara.
Latihan dan kemudahan berdasarkan pencapaian setiap KPI
Pihak MDEC akan berusaha untuk membantu semua peserta yang terlibat dengan penglibatan coach-coach terpilih dari pihak CRADLE untuk membantu setiap perniagaan yang terlibat. Setiap peserta akan mendapat coach khusu agar permasalahan yang mereka alami akan dapat diatasi dan diuruskan dengan sistematik dan berstrategi.
Coach-coach ini adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang yang mereka uruskan, contohnya andai perniagaan ingin meluaskan pasaran ke luar negara, coach yang telah melalui proses itu akan dilantik untuk membantu peserta dalam program ini.
Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik yang telah diambil oleh pihak MDEC.
Peluang untuk mendapatkan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh CRADLE Fund
Semua peserta program pilot ini juga akan mendapat peluang untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak CRADLE Fund Sdn Bhd semasa dan selepas tamat program. Ada banyak program-program latihan dan pengembangan yang boleh disertai untuk tujuan kemajuan perniagaan masing-masing.
Seperti kata Ketua Pegawai Operasi, CRADLE, Tuan Rafiz, “MDEC telah melakukan satu usaha yang sangat baik iaitu mengcungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam bidang perniagaan ini melalui program eUsahawan yang telah dilaksanakan”
Ini seterusnya turut membantu CRADLE untuk memberikan ruang dan peluang yang baik kepada semua peserta-peserta program latihan lanjutan yang diadakan ini.
Semoga 50 peserta yang terpilih untuk program ini akan dapat memanfaatkan kemudahan dan coach-coach yang disediakan untuk membantu perniagaan mereka.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Bermula Usahawan mikro sehingga membuka 2 cawangan selepas menghadiri program eUsahawan MDEC
- #YouCanDuit Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Perlis
- Perekabentuk Shawl Teruja Sertai Program #eUsahawan
36 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like it
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Thanks For the Info. Menarik program ini. Kalau ada detail info macam mana nak start sertai program ini dan boleh terpilih pon menarik dah ni.3 Bisnes Mudah Dan Menguntungkan 
Curahan rasa mohd rawi @ ..
Tuan Mohd Rawi pun tak kurang hebatnya… Seorang Usahawan yang berjaya… Saya suka baca perkongsian dalam blog tuan…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Terima kasih tuan DH berkongsi cerita dan peluang ni. InsyaAllah nak juga sertai apa yg ditawarkan…insyaAllah
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
Bagus jugak tu… Lepas tuan Hafiz MD sertai program ni kemudian boleh share pengalaman tersebut dalam blog…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Pasti dapat menarik minat lebih ramai pembaca-pembaca blog tuan Hafiz untuk menyertai program ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
peluang untuk 50 pelatih eusahawan dapat latihan lanjutan memang terbaik..
tidak semua dapat peluang tersebut..
mana tahu akan muncul ramai jutawan online selepas ini..
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
In Shaa Allah.. Semoga melalui program ini akan lahir lebih ramai jutawan online…
Curahan rasa Anuar @ ..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?
Program yang menggalakkan keusahawanan perlu rombakan juga
balik balik buat kertas kerja minta pinjaman
Dan buka franchise
Meniaga tepi jalan tu kalau kena caranya pun kaya
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tanda bersalin untuk persediaan ibu hamil kurang pengalaman!
bisnes online yang bagus menggunakan modal yang rendah..
teknik dan cara yang betul itu lebih penting
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
lama jugak program cgp tu berlangsung. makan masa sampai 12 bulan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis My Coffee Prince di Astro Ria
untuk betul-betul bijak dan pandai…
masa yang panjang diperlukan..
tiada jalan yang singkat untuk berjaya
Curahan rasa mrrhanafi @ ..Stori TEDxKenyalang 2017 Pencetus Inspirasi
Comments are closed.