Pelajar UMK jana pendapatan RM3000 melakukan aktiviti yang diminati.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

pada harini berlangsung Karnival Industri Asas Tani, Usahawan dan Kerjaya Jeli 2017 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Karnival ini turut disertai oleh kempen #YouCanDuit untuk memberi hebahan kepada penduduk sekitar bagaimana mereka boleh menambah pendapatan menggunakan platform digital.

Orang ramai memenuhi dewan pameran YouCanDuit

#YouCanDuit bertapak di Kelantan pada tahun 2015

Pada tahun 2015, program eUsahawan Muda mula diperkenalkan di institusi-institusi TVET seluruh negara. Atas kejayan program ini, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyatakan aspirasinya untuk program yang sama diperkenalkan kepada usahwa mikro di Kelantan.

Program eUsahawan Mikro pertama kali telah bertapak di Kelantan di mana seramai 268 peserta telah dilatih dan 97% dari mereka telah melaporkan jualan tambahan sebanyak lebih RM2.3 juta.

YOUCANDUIT Jeli Kelantan

Program-program yang dijalankan selepas itu telah membantu ramai peserta di seluruh negara. Sehingga kini Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan.

Darwish salah seorang peserta program #YouCanDuit di bawah kempen #eRezeki

Pagi tadi, team Denaihati Network berkesempatan untuk menemubual seorang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Kreatif (Animasi) di Universiti Malaysia Kelantan, kampus Bachok. Beliau baru menyertai program #eRezeki sejak 2 bulan yang lalu.

Namun dalam tempoh yang singkat itu, secara purata beliau menjana RM3,000 sebulan. Dan kini beliau menjadikan aktiviti rekaan grafik dan kreatif sebagai aktiviti menjana pendapatan walaupun sebagai seorang pelajar.

Darwish peserta eRezeki Kelantan

Minat beliau dalam bidang rekaan grafik telah membolehlah aktiviti menjana pendapatan melalui platform digital lebih mudah. Namun itu bukanlah alasan untuk sesiapa yang ingin turut serta dalam program #youcanduit ini dan berjaya menambah pendapatan seperti ratusan ribu peserta yang telah berjaya selama ini.

Pelanggan dari luar negara

Darwish turut mendapat tempahan grafik daripada pelanggan luar negara, buat masa ini pelanggan daripada Amerika Syarikat adalah antara yang mendapatkan perkhidmatan beliau. Ini selaras dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) baru-baru ini yang membuka ruang untuk semua usahawan dalam negara untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.

Andai rakan-rakan semua masih tidak pasti apa yang boleh dilakukan di masa lapang, jemput untuk turut serta dalam program bimbingan #YouCanDuit ini dan memulakan aktiviti menjana pendapatan menggunakan platform digital.


Spread the love

112 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!