Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
pada harini berlangsung Karnival Industri Asas Tani, Usahawan dan Kerjaya Jeli 2017 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Karnival ini turut disertai oleh kempen #YouCanDuit untuk memberi hebahan kepada penduduk sekitar bagaimana mereka boleh menambah pendapatan menggunakan platform digital.
#YouCanDuit bertapak di Kelantan pada tahun 2015
Pada tahun 2015, program eUsahawan Muda mula diperkenalkan di institusi-institusi TVET seluruh negara. Atas kejayan program ini, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyatakan aspirasinya untuk program yang sama diperkenalkan kepada usahwa mikro di Kelantan.
Program eUsahawan Mikro pertama kali telah bertapak di Kelantan di mana seramai 268 peserta telah dilatih dan 97% dari mereka telah melaporkan jualan tambahan sebanyak lebih RM2.3 juta.
Program-program yang dijalankan selepas itu telah membantu ramai peserta di seluruh negara. Sehingga kini Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berjaya melatih lebih 200,000 peserta dan sebanyak lebih RM222 juta hasil jualan dan pendapatan tambahan.
Darwish salah seorang peserta program #YouCanDuit di bawah kempen #eRezeki
Pagi tadi, team Denaihati Network berkesempatan untuk menemubual seorang pelajar yang mengambil jurusan Teknologi Kreatif (Animasi) di Universiti Malaysia Kelantan, kampus Bachok. Beliau baru menyertai program #eRezeki sejak 2 bulan yang lalu.
Namun dalam tempoh yang singkat itu, secara purata beliau menjana RM3,000 sebulan. Dan kini beliau menjadikan aktiviti rekaan grafik dan kreatif sebagai aktiviti menjana pendapatan walaupun sebagai seorang pelajar.
Minat beliau dalam bidang rekaan grafik telah membolehlah aktiviti menjana pendapatan melalui platform digital lebih mudah. Namun itu bukanlah alasan untuk sesiapa yang ingin turut serta dalam program #youcanduit ini dan berjaya menambah pendapatan seperti ratusan ribu peserta yang telah berjaya selama ini.
Pelanggan dari luar negara
Darwish turut mendapat tempahan grafik daripada pelanggan luar negara, buat masa ini pelanggan daripada Amerika Syarikat adalah antara yang mendapatkan perkhidmatan beliau. Ini selaras dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) baru-baru ini yang membuka ruang untuk semua usahawan dalam negara untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.
Andai rakan-rakan semua masih tidak pasti apa yang boleh dilakukan di masa lapang, jemput untuk turut serta dalam program bimbingan #YouCanDuit ini dan memulakan aktiviti menjana pendapatan menggunakan platform digital.
112 Comments
Alhamdulillah untungnya dia..boleh jana income RM3K.
saya pun nak..
mungkin ikut trainning eusahwan lagi la gayanya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
In Shaa Allah tuan Mr. Hanafi juga boleh berjaya seperti saudara Darwish… Yang penting kita perlu pertingkatkan usaha dan tidak berputus asa..
Curahan rasa Anuar @ ..Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..
Tahniah program YouCanDuit! Memang kena war-warkan inisiatif sebegini supaya masyarakat tahu dan cakna yang sebenarnya program nak bantu rakyat ni banyak.
Cuma kita sebagai peserta bila dah sertai kena buat betul-betul macam yang di ajar. Boleh berjaya macam adik Darwish ini.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vitamin beri tenaga untuk pemandu Grab yang selalu letih
apply ilmu boleh berjaya.
kalau sekadar belajar teori memang tak akan kemana
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Cerita sembang memang kuat, tapi orang meniaga ni ada banyak pasang surutnya
Tak macam orang cina meniaga
ada untung diam diam saja
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!
Bila orang kita cerita untung, dikatakan sembang kuat.
Kita sembang sebab bukan nak menunjuk, tapi nak berkongsi hasil kejayaan.
Usahlah dibanding dengan bangsa lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
secara logik macam tu tuan..
kalau belum berjaya diam-diam.
dah berjaya mesti hebohkan dengan niat ada orang akan rasa inspirasi..
boleh sama-sama berjaya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Orang cina berniaga tak dinafikan memang tip top.. banyak yg perlu kita pelajari dari mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Nak lagi best lagi boleh tengok bagaimana usahawan dari negara China berniaga secara online..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Memang tersangat Tip Top.. dalam masa satu hari boleh buat sales sehingga berbilion US dollar
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
mari kita tiruvasi cara mereka tuan..
tak dapat berbillion.
dapat sales berjuta pun sangat bagus
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Contoh yang baik apabila pelajar UMK saudara Darwish sendiri mampu jana ekonomi dengan mendapat purata pendapatan RM3000 melalui hasil aktiviti yang diminati. Tahniah.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
Semoga dengan kejayaan saudara Darwish dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar IPT yang lain.. Dan semoga bisnes saudara Darwish semakin maju..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
jangankan budak-budak IPT nak tiru..
bapa budak ini pun mahu tiru kejayaan seperti beliau.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Ada program ni ditempat saya, dan pernah masuk klas, free je. Yup, memang ada peluang kalau fokus betul-betul. Terutamanya kalau nak ‘concer’ market luar negara.
Berita baik ni.. ada peluang buat duit dalam US dollar kalau dapat concer pasaran luar negara
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
ada sumber pendapatan dalam dollar ..
memang best..boleh melancong..
makan air sepuas hati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Tahniah!!muda-muda dah ada side income sendiri.. moga ramai lagi usahawan muda yang akan lahir lepas ni..
Hari ni jadi side income, esok lusa boleh jadi recurring income, tak mustahil.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Tulah.. Beruntung orang muda zaman sekarang ada peluang ni… Masa zaman saya jadi setudent dulu 1999-2005 belum ada lagi pendedahan bisnes secara online ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Masa tu ada juga buat kerja part time.. Tapi kerja biasa jer.. Part time dekat KFC, dekat hotel, tolong kawan jual baju dsb..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
dulu tak de macam sekarang tuan..
sekarang semua online..
nak dapat duit bukan sesuatu yang mustahil
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Rezeki ada di mana-mana. Yang penting perlu usaha. Terbaik anak muda ini. Tahniah kepada Darwish dan Tahniah kepada program You Can Do It jgk..
Betul setuju… Siapa usaha In Shaa Allah akan dapat rezeki yang setimpal dengan usaha tersebut…
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Boleh jadikan Darwish dan beberapa setudent lain yang dah berjaya buat duit secara online sebagai contoh..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
ya..
contoh dan sumber inspirasi untuk berjaya.
dalam dunia Online..
umur dan jantina
tiada perbezaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Hebat, Banyak kemudahan untuk beliawan sekarang.. Gunakan sehabis baik, bina kerjaya yang cemerlang pada masa akan datang.
Untung anak muda zaman sekarang yang berada dalam era IT… Peluang berniagaan ada di depan mata..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Tak kira di mana sahaja kita berada.. Walaupun cuma dari dalam bilik, dari atas katil, perniagaan tetap boleh dijalankan..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Dunia sudah berubah tuan.
dulu kalau tak keluar rumah tak berkerja namanya
sekarang terbaik..
boleh jadi tak keluar rumah..adalah masa paling sibuk beklerja
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
hebat anak muda !! kipidap dongibab
yang lain takkan nak tengok je..
Betul tu… Rugi kalau kita tak memanfaatkan peluang ini… Dah tengok orang lain berjaya… Takkan kita nak tengok sahaja..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
kalau la tengok sahaja boleh berjaya..best juga tu tuan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Masing masing punya rezeki Allah dah tulis
usaha usaha juga
kalau dapat sikit kena redha
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shaklee untuk ibu mengandung? Ini amalan dilarang keras supaya kesan terbaik!
Usaha tangga kejayaan.. Nak mulakan seribu langkah kena mulakan dengan langkah yang pertama..
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
walau apapun..
rezeki yang Allah bagi wajar disyukuri sepenuh hati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Belum habis belajar sudah mengumpul ‘resume’ yang bagus! Jangan gunakan pengalaman ini untuk bekerja dengan orang lain. Tamat belajar kembangkan menjadi perniagaan sendiri yang lebih besar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kalau Ikut 8 Cara Ini, Boleh Untung 5 Angka Sebulan Walau Kau Berniaga Burger Tepi Jalan | ahmadyani.com
Bukan mudah nak jumpa pelajar macam ni, yang lain bagi alasan, beliau bagi hasil kejayaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
moga terus istqamah menjana duit online…
kerja keras dan usaha boleh hasilkan kejayaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
#Youcanduit, entah kenapa koq suka aja dengernya haha.
Setuju deh pokoknya. Dimana ada kemajuan disana ada jalan.
Ya betul… siapa ada kemahuan di situ ada kejayaan.. peluang terbentang luas.. rugi kalau tak manfaatkan peluang yang ada
Curahan rasa Anuar @ ..Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Peluang yang terbaik datang ketika kita bersedia..
pasti semuanya akan dipermudahkan..
percayalah.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
Tahniah Darwish… walaupun masih belajar tapi dah mampu menghasilkan pendapatan RM3 ribu sebulan..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Paling best sekali dapat buat kerja berdasarkan minat beliau sendiri.
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Semoga kejayaan Darwish dapat dicontohi oleh pelajar-pelajar Universiti yang lain..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
itulah yang sebaiknya…biar ramai lagi pelajar universiti yang berjaya..
lagi ramai maka lagi bagus.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
RM3,000 bagi seorang pelajar adalah besar jumlahnya. Boleh kumpul untuk jadi modal kepada bisnes lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Daftar Uber
Betul setuju.. atau boleh juga kumpul untuk buat modal beli rumah pertama..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
beli rumah adalah tindakan yang bijak apabila ada duit yang banyak..
kalau tunggu lama-lama harga mungkin naik..
ada orang kata tahun 2018…harga rumah akan turun..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Simpan Duit Kahwin Dengan Berjimat
semuanya tak mustahil. sapa2 pun boleh buat duit online kalau rajin dan berusaha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Online Revolution 2017 Diskaun Menggila
Betul tu setuju.. ada hati, minat dan kesungguhan semua boleh jadi..
Curahan rasa anuar @ ..Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017
Comments are closed.