Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tindakan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencampakkan kotak berisi air zam zam milik jemaah yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah telah mengundang kecaman netizen.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Video berdurasi 12 saat yang dimuat naik di Facebook milik Zahari Basaruddin dikongsi lebih 21,000 kali dan ditonton seramai lebih 900,000 netizen.
Menurut Zahari, kakitangan KLIA telah mencampak air zam-zam ke lantai tanpa rasa segan dan hormat di khalayak umum.
Kejadian tersebut berlaku di KLIA. Penat macam mana sekali pun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melemparkan air zam zam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat.
Malah tindakan itu juga dilakukan di khalayak umum. Kita tak bermaksud nak hukum kakitangan tersebut tapi jelas perbuatannya menyalahi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pihak terbabit memohon maaf di atas insiden tersebut namun tindakan kakitangan KLIA itu terpaksa dibuat berikutan situasi conveyer yang penuh sehingga boleh menyebabkan air zam zam tersebut pecah.
“Kami tidak dapat melakukan pengasingan air zam zam satu persatu ke lantai kerana bagasi telah bercampur di converyer,”
Situasi itu berlaku apabila bagasi yang sepatutnya keluar di converyer F terpaksa ditukarkan atas masalah teknikal dan menyebabkan pertembungan dengan bagasi lain di converyer G.
Bayangkan betapa padatnya converyer itu dan boleh menyebabkan ia sangkut sekiranya kakitangan tidak mengeluarkan bagasi dan air zam zam itu secepat mungkin.
Dalam hal ini, pihak pengurusan syarikat pelancongan juga perlu keluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan satu pihak sahaja yang dipersalahkan dalam hal tersebut.
48 Comments
Harap insiden viral ini jd pengajaran kpd staff airlines yg sering kita dgr suka campak campak beg
Kalau batu ke kayu ok je nak campak campak camtu kan. Ini air cam cam, kalau pecah mcm mana la plak kan
Hati hati. Zaman sekarang ni senang je nak viral. Itulah kuasaa fb dan telefon pintar
kadang kadang yang disebarnya bukan cerita penuh. dah jadi isu lain. Apa-apa stiap tindak tanduk kena berhati-hati..lensa fon kamera sentiasa memerhati
Takut juga bila dunia terlampau moden. Nak horn kereta depan pun takut dirakam haha
Dok dalam bidanf ni mmg kena jaga kelakuan. Team PR brtungkus lumus nak selesaikan masalah
silap dia juga sebab tak perasan ada orang tengah rakam vdeo. kalau tak, takde la viral mcm ni kah2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Zaman laa ni, memang kena beringat kalau nak buat sesuatu menda yang tak betul. Pasti ada kamera yang merakam
Sekarang sangat mudah nak viral menviral sesuatu perkara.
Ada baik dan buruknya viral ni.
Tapi, harap diambil iktibar apa yang sudah berlaku.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
sekarang ni silap sikit je , mesti akan ada org ambil gambar.. terus post di media sosial
itu pasla..silap sikit viral..lagi best, cerita separuh separuh..saja nak bagi post di viralkan walaupun cerita tak betul
Tukang post tu hanya nak banyak share. Pastu ada la yg menokok tambah cerita haha
Kuasa viral di tangan setiap smarphone di poket tuan masing-masing. Kalau tersilap viral, jatuh hukum fitnah, macam mana lah nak cr mangsa minta maaf kan
Hujung tahun ni memang selalu peak hours.
Ramai pelancong ke luar masuk negara.
Harap pihak berkenaan boleh merencanakan sesuatu yang bagus untuk menghalang perkara ni berulang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Betul juga tu. Airport ni macam first imoression. Kalau benda negatif yg mereka lihat, habis lah
Diorg patut alert tentang kesibukan pelawat kuar masuk di pintu masuk utama negara ni. Kena sediakan lebih staff
Pihak yang berkenaan mungkin boleh menjangka kesesakan di conveyertu sebabnya ramai jemaah umrah mengerjakan umrah pada musim cuti sekolah ni. Harap lepas ni tidak berulang.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..118 Idea Menulis Content di Media Sosial
mungkin betul conveyor tu jam. dan jalan trbaik adalah dengan baling barang penumpang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Kesesakan sebgini dah selau sangat berlalu. Sepatutnya pihak sana perlu setkan prosedur yang terbaik untuk elak benda2 gini berlaku.
900,000 yang menonton bukan jumlah yang sedikit.Memang ramai lah orang yang kecam.Tapi saya tak tengok pun video ni
Lepas viral macam ni, notis mohon maaf pun dah keluar, rasanya takkan berlaku lagi kot kejadian sebegini
Comments are closed.