Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila dua keluarga kaki travel berjumpa memang tiada apa yang nak diceritakan melainkan berkongsi kisah suka duka mengembara di negara orang. Mengembara di negara orang memang suatu pengalaman yang tidak dapat dinukilkan dalam sebuah entri blog selain merasai sendiri cabarannya. Ramai yang ketagih dengan keseronokan mengembara untuk melihat sendiri dunia yang penuh dengan kepelbagaian bangsa dan keindahan alam ciptaan ALLAH.
Mengembara di negara orang bukan semudah dan seindah yang disangka kerana banyak cabaran yang perlu dilalui. Aku dan sahabat-sahabat pernah berlapar berjam-jam ketika kali pertama menjejaki kaki di Paris kerana mencari kedai makan halal. Begitu juga ketika pertama kali aku berada di Hong Kong, tiga hari hanya makan buah dan maggie yang dibawa sebagai bekalan. Aku juga pernah di tahan lebih sejam di lapangan terbang Macau, diperiksa luar dalam dan akhirnya kata pegawai polis hanya pemeriksaan biasa.
Kami sekeluarga pernah hampir dihalang masuk ke Pekanbaru apabila ditahan di Bandara Syarif Kassim ll Pekanbaru kerana katanya passport kurang daripada enam bulan sedangkan jelas sekali passport masih aktif untuk lapan bulan lagi. Ramai juga sahabat yang terkandas di imigresin atas berbagai sebab yang kekadang tidak munasabah. Sebagai pengembara muslim yang suka bermusafi di negara orang tips paling baik adalah membawa file khas dengan semua tempahan bilik hotel, sewa kereta dan tiket pesawat untuk ditunjukkan kepada pegawai imigresen di negara yang ada lawati sekiranya perlu.
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan apabila ditahan berjam-jam ketika masuk dan keluar di imigresen Israel ketika kami menjejaki kali pertama bumi Baitulmuqqadis untuk menziarahi Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock. Pengalaman mengembara di Tebing Barat Palestine sehingga ke Tel Aviv dan Tiberia menjejaki bumi akhir zaman memang satu pengalaman paling mencabar yang tidak terlawan dengan mana-mana kembara sebelum dan selepas ini. Bayangkan anda melawat lokasi yang bakal berlaku peristiwa akhir zaman yang telah tercatat di dalam Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW pasti bergetar jiwa melihatnya.
Bila sahabat aku bertanya kemana pulak rancangan kembara yang akan datang. Pasti aku teringat PM aku dengan seorang travel blogger seorang ini. Akhir tahun 2014 ketika aku menjemput beliau untuk hadir seminar anjuran Denaihati Network dengan selamba dia berkata dia sedang berada di Chile setelah mengembara di Argentina dan Brazil. Kalau dulu New Zealand dan kini Amerika selatan memang lokasi kembara impian aku suatu hari nanti.
Untuk melalui semua cabaran ketika mengembara bukan perlu tunggu anda jadi kaya raya kerana pengembara seperti The Big Small Boy dan ramai lagi pengembara di dunia adalah orang biasa-biasa sahaja. Setiap kemahuan pasti ada jalannya kepada mereka yang mencari cabaran dalam hidup. Kepada kaki kembara muslim jangan lupa sempurnakah kewajiban ziarah rumah ALLAH di Mekah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinah sebelum meneroka dunia. Banyak lagi kisah kembara Denaihati di Denai.my untuk bacaan semua.
62 Comments
memang tidak mudah lagi mengembara mestilah banyak tantangan keuangan masa dan banyak lagi
Curahan rasa Web Guru @ ..Tips to optimize your adsense ads for higher revenue
Bestnya dapat bercuti lebih-lebih sudah sampai ke masjid al aqsa. Betul tu pandangan daripada anda, jejakkan kaki dahulu ke bumi anbia iaitu dengan mengerjakan haji/umrah sebelum mengembara ke negara lain… 😉
Curahan rasa Best Mobile Telco Simkad @ ..Best Mobile Telco Sim Card Simkad Prepaid Ac Mizal Malaysia
Askm. Orang selalu salah faham , diorang ingat yang travel ni berduit sangat. Ramai juga yang menunggu anak besar baru nak berjalan. Sebenarnya berjalan masa anak-anak kecik pun seronok walaupun penat.
Baru-baru ni semasa saya ke Hangzhou-Shanghai saya makan sekali sehari je sebab takut nak masuk toilet hahaa… tandasnya hmmm sabo je le… tengah draf lagi ni tak sabar nak share gambar kat blog
Curahan rasa ruggedmom @ ..Pengalaman Terbaru Menaiki Teksi di Kuala Lumpur
dh lame x pergi mengembara ke luar negara..kene cari masa yg sesuai 🙂
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton @ ..Harga Borong Kain Cotton 2015
amat wajar semasa kita mengembara lengkapkan info..
bekalan makanan dan kekalkan kesihatan yang terbaik
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Cara Blogger Buat Promosi Offline
Mengembara ke seluruh dunia itu boleh, tetapi tempat yang pertama wajib umat Islam pergi dahulu ialah umrah/haji. Jangan lupa sempurnakan kewajiban kita ziarah rumah Allah di Makkatul Mukarramah dan ziarah Rasulullah SAW di Madinatul Munawarrah sebelum meneroka dunia.
Assalammualaikum..
Antara perkara yang paling teringin nak buat adalah mengembara ke negara orang.
mengambil ibrah atas setiap apa yang Allah jadikan untuk kita kutip satu persatu menjadi sesuatu untuk kita berubah menjadi hambaNya yang lebih baik dan hampir kepadaNya. Insha Allah.
Saya sering teruja apabila setiap kali membaca kisah-kisah backpacking orang lain ke negara luar.
Beruntunglah mereka kerana Allah memberikan mereka peluang itu.
Moga suatu masa nanti saya juga beroleh peluang yang sama. Ameen.
Thanks for sharing.
Highly appreciated.
Wassalam.
http://www.blograidah.com
Curahan rasa blograidah.com @ ..MUHASABAH DIRI – KEMANISAN BERIBADAH KENAPA SUSAH NAK DIRASAI?
kembara keluar negeri memang sebuah pengalaman yang luar biasa bagi yang belum pernah mesti banyak membaca kisah seperti ini supaya tak mengalami kesulitan dinegeri orang
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Jika Musibah Tak Kunjung Berlalu
Betul, pengalaman orang lain pun sangat berguna untuk kita jadikan panduan andai akan menjejaki kaki ke sana pula
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Sedekah, Infaq & Zakat Boleh Menyucikan Jiwa, Menggandakan Harta?
Mengembara melihat negara orang adalah satu pengalaman utk menilai akan kehidupan kita di tanah air sendiri selain menimba pelbagai ilmu. Namun…walaupun hujan emas dinegeri orang, tetap lebih baik negeri sendiri
Curahan rasa BM @ ..Malaysia Best Blog 2015
Sebenarnya memang betul tanah air adalah tempat terbaik, namun mengenali tempat dan budaya orang lain juga adalah pengalaman yang amat bernilai
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Nak Jadi Orang Yang Sangat BERBAKAT
x tahu kenapa, gambar yang “Sejuk” cuaca pagi tu nampak menarik, saya senantiasa terbayang rasa bestnya dengan cuaca, rasa, perasaaan dan juga ketenangan pada waktu pagi macam tu.. 🙂
Curahan rasa BESTMobile Telco @ ..Tidak Mahu Uruskan Penghantaran Sim Kad BESTMobile
Pagi memang sentiasa mendamaikan, juga sangat menyegarkan. Saya pun sangat suka suasana pada waktu pagi
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Untuk Selama-lamanya
kalau travel, mmg saya akan bawa file khas utk doc perjalanan segala bagai..penting masa keluar masuk sesbuah negara..hmm dah lama tak kembara ni, niat nak tunggu anak besar sikit, bw diorg sama-sama..skang masa utk kenali malaysia luh hehehe
Curahan rasa JMR @ ..Tak setuju dengan HUDUD pun, simpanlah sikit ‘bangang’mu itu.
Bawa anak-anak kecil sewaktu travel memang agak mencabar, tapi sememangnya tetap seronok.
Curahan rasa myliferia @ ..Tips Hidup Luar Biasa Dengan Muhasabah Yang Berbeza
tak pernah lagi mengembara sejauh ke luar negara..
memang ada cita-cita tapi perlu selesaikan dalam negara ni dulu
Curahan rasa zool @ ..Kenapa perlu Kahwin Cepat
samlah aku tak pernh lagi mengembara ke luar negara sudah pasti banyak perkar ayang perlu diambil tahu agar semuanya berjalan lancar
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Malaysia Ini Memang Best
Inshaa Allah , semoga hasrat yang terpendam selama ini akan tercapai suatu hari nanti
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Rawatan Asma Kronik Agar Inhaler Dah Tak Jadi Kawan Baik Lagi
Mengembara – banyak berjalan, luas pemandangan….banyak yang dapat dipelajari, banyak pengalaman ☺☺
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2015
Comments are closed.