Pusat Transformasi Bandar (UTC) tutup jam 7 malam
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak puas hati tentang masa perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dipendekkan kepada jam 7 petang mulai awal tahun depan. Katanya, tindakan itu akan menyusahkan orang ramai, khususnya pekerja yang tidak mendapat pengecualian majikan untuk urusan peribadi pada waktu bekerja.

Surat makluman juga telah dikeluarkan tentang pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang. Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.
Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.
Perkara ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut memberikan komen-komen persendirian. Ada yang tidak menyokong tindakan ini dan ada juga yang menyokong untuk kurangkan kos perbelanjaan negara.

Pengurangan waktu operasi ini dilakukan atas sebab hanya 11% sahaja kehadiran pelanggan yang direkod selepas jam 7 petang.
Di samping itu, ia juga bagi memastikan perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga.
Kenyataan itu turut berkata pertukaran waktu itu seharusnya tidak mengganggu penyampaian perkhidmatan di UTC.
