Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tindakan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencampakkan kotak berisi air zam zam milik jemaah yang baharu pulang menunaikan ibadah umrah telah mengundang kecaman netizen.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Video berdurasi 12 saat yang dimuat naik di Facebook milik Zahari Basaruddin dikongsi lebih 21,000 kali dan ditonton seramai lebih 900,000 netizen.
Menurut Zahari, kakitangan KLIA telah mencampak air zam-zam ke lantai tanpa rasa segan dan hormat di khalayak umum.
Kejadian tersebut berlaku di KLIA. Penat macam mana sekali pun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melemparkan air zam zam milik jemaah umrah ke lantai tanpa rasa segan dan hormat.
Malah tindakan itu juga dilakukan di khalayak umum. Kita tak bermaksud nak hukum kakitangan tersebut tapi jelas perbuatannya menyalahi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pihak terbabit memohon maaf di atas insiden tersebut namun tindakan kakitangan KLIA itu terpaksa dibuat berikutan situasi conveyer yang penuh sehingga boleh menyebabkan air zam zam tersebut pecah.
“Kami tidak dapat melakukan pengasingan air zam zam satu persatu ke lantai kerana bagasi telah bercampur di converyer,”
Situasi itu berlaku apabila bagasi yang sepatutnya keluar di converyer F terpaksa ditukarkan atas masalah teknikal dan menyebabkan pertembungan dengan bagasi lain di converyer G.
Bayangkan betapa padatnya converyer itu dan boleh menyebabkan ia sangkut sekiranya kakitangan tidak mengeluarkan bagasi dan air zam zam itu secepat mungkin.
Dalam hal ini, pihak pengurusan syarikat pelancongan juga perlu keluarkan kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan satu pihak sahaja yang dipersalahkan dalam hal tersebut.
48 Comments
benda dah jadi habit, sebab haritu masa balik dari umrah pun, dorg campak2 jugak beg penumpang yang baru ketibaan.
Curahan rasa cikzacom @ ..Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir
Mungkin ada masalah lain sama..
Kena juga siasat hal ni…
Smlm di tv ada keluar pasal ni.. Pekerja tersebut digantung kerja…
atau mungkin ada masalah lain yang kita tidak tahu.. kita cuma nampak dari perspekti individu yang rakam video ini sahaja
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Biarpun sesiapa saja yang kena buat kerja tu, dia tak berhak melakukan sebegitu di khalayak ramai. Lebih lebih lagi dengan kedudukan air zam zam yang tinggi. Setiap orang yang bawak pulang air tu, berharapan tinggi supaya ia dijaga dengan baik kerana belum tentu lagi boleh didapati yang asli dari Mekkah. Boleh je susun, nak seribu daya.
semoga perkara ini boleh jadi pengajaran kepada semua pekerja yang berkerja dalam bidang sama. kuasa viral mmg hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Orang yang main campak campak je tu mungkin tidak sedar akan “kemuliaan” air zam zam berbanding air lain. Rasanya dia bukan Islam lah. Kalau Islam mungkin dia “takut” nak campak-campak je.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Ebay Sudah Kumpul RM145,291!
tindakan macam tu tak boleh diambil mudah.. kena jaga barang orang walaupun ada masalah teknikal. harap perkara tak berulang.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Mungkin ada sebab berlaku begitu . Tengok pn letih angakat air yang berat berat tu. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan.
mungkin juga. dah naisb dia tidak baik sebab ada orang rakam. kakak belakang tu pun panda semacam je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Kerja yang tiada sistem menyebabkan timbul banyak masalah di laluan conveyor tersebut
munkin hari tu mesin conveypr bermasalah dan membuatkan staff terpaksa alih barang dengan cepat. kebetulan pula air zam zam.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
Wakil travel sepatutnya memainkan peranan untuk memastikan barang-barang jemaah umrah yang travel uruskan dikendalikan dengan baik. Kena prihatin. Jika pekerja KLIA tidak mampu handle mungkin kerana banyak sangat, wakil travel kenalah singsing lengan baju.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Hot!!! 10 Ebook Terlaris Terbitan Klikjer Bulan November 2018
Perkara dah jadi..nak buat camana. Mungkin pekerja tu nak cepat, atau penat, atau tu je jalan terbaik dan terpantas untuk kurangkan kesesakan di conveyor..kalau tak, lagi parah..
ada betulnya juga, mungkin juga penat dan baru kena mara. conveyor pulak jam.. terpaksalah dia buat macam tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Walau macam mana sekalipun tak patut buat macam tu kepada barangan penumpang, pihak pengendali juga patut bertanggungjawab, bukan kakitangan tersebut sahaja.
Curahan rasa HANI FADHLINA BT. ABDUL RAHMAN @ ..SEGMEN BLOGLIST 2019
setuju.. barang penumpang kena jaga.. mungkin ada barang berharga yang mudah rosak. apatah lagi air zamzam
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan The Haunting of Hill House di Netflix
perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana barang-barang tersebut milik penumpang yang telah membayar harga bagasi,,
biarpun ada masalah teknikal sedemikian wajar juga memohon pertolongan staff yang lain dari berbuat sesuatu yang boleh mengundang pandangan negatif orang lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hati Seorang Perempuan Sukar Untuk Ditakluki
Dari mata kasar memang kita lihat pekerja-pekerja tu bersalah.. lebih-lebih lagi air zamzam yang diperlakukan macam tu.. tapi mungkin ada sebabnya yang kita tak tahu..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Sebelum menuding jari atau menghentam orang di media sosial sebaiknya siasat dahulu atau dapatkan penjelasan daripada syarikat/individu yang terlibat..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Seorang je buat kerja. Barang pula banyak, memang main campak-campak je. Nampak macam bukan melayu (ini bukan rasis ya) jadi dia mungkin tidak tahu air zam zam tu. Dia ingat air biasa je kot.
Tak silap pekerja tu kena gantung kerja kan. Betul la tu kadang kita tak boleh bawak main dengan benda suci ni. Kesian jemaah yang penat beli. Baguslah kalau dah tampil minta maaf.
bagus la pihak berkenaan mintak maaf atas kesilapan staff dan jadi peringatan utk semua .
Bukan tugas mereka pun nak turunkan bagasi atau air zam2. Sepatutnya wakil travel atau jemaah yg kena turun kan sendiri. Ini dari pengalaman admin sendiri. Beg kita pun kita turunkan sendiri.
Oh iyer ke.. nampaknya terdapat salah faham lah dalam situasi ini kot. Rasanya pekerja tersebut tak bermaksud nak balik kot..
Ini bukan pekerja KLIA, ini pekerja POS. Mungkin letih agaknya, barang banyak! Lagi pula dia mungkin tidak sedar “mulia”nya air zam zam tu.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kurang Dua tahun Bisnes Di Eay Sudah Kumpul RM145,291!
Permohonan maaf tu memang perlu sebab ia melibatkan barang pengguna.
Kalau rosak pun pihak yang berkenaan perlu menggantikan atau bayar pampasan.
Itu jalan yang terbaik, minta maaf . Kalau buat dek je, orang ramai makin lagi mencari salah sesebuah organisasi tu
Comments are closed.