Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayaah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat. Akibat daripada kejadian pecah masuk rumah terpaksalah mengubah kaedah pemilihan pemenang Nuffnang Blogopolis 2012 dan membatalkan niat menghadiri majlis Pelancaran 701Pages.com (tak dapat den jumpo Lisa Surihani).
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
244 Comments
Datang negara orang untuk buat jenayah ke. Tak paham betul orang indon ni.
semoga tabah dengan ujian yang menimpa
amiiiiiinnnn
takziah kepada DH sekeluarga. banyak juga tu barang yang diambil. rakan mak Sya pun pernah mengalami pengalaman yang serupa. nasib tiada sebarang kecederaan. moga DH sekeluarga tabah dan isteri DH hilang phobia.
Curahan rasa Sya Isya @ ..WARIS SLOT SERAM TV3 – SINOPSIS, PELAKON & DOWNLOAD
…tidak terkata saya atas insiden yang berlaku dan
melahir kan rasa bersimpati serta bersyukur kerana semua
keluarga selamat
Takziah bro DH semoga tabah dengan ujian yang menimpa. apa – apa pun Alhamdulilah tidak ada ahli keluarga yang tercedera.
Curahan rasa onlajer @ ..Kotak kawalan Masa
Semoga istri segera hilang akan phobia ini sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Gagal Ginjal Kronis
Semua yang mengalaminya hal tersebut bisa mengakibatkan phobia atau pun trauma
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Gagal Ginjal Kronis
Karena kejadiannya mengancam nyawa seluruh keluarga juga
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Gagal Ginjal Kronis
Alhamdulillah sahabat DH dan keluarga tidak kenapa-napa, hanya harta yang berhasil dibawa penjahat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Gagal Ginjal Kronis
Syukur kepada ALLAH semua ahli keluarga selamat.. Janji ALLAH itu pasti… Moga diri kita lebih dekat lagi dengan pencipta yg maha penyayang …..
Takziah diucapkan…
Semoga penjenayah tersebut dapat balsan yang lebih dahsyat..
Syukur tiada kecederaan yang berlaku…
Curahan rasa fazrol @ ..PC fair @ KLCC!
Ya Allah DH,Syukur nyawa bro dan keluarga selamat..mereka tidak teragak2 mengancam nyawa jika apa yg mereka nak tak dapat.
Curahan rasa azman @ ..Kurnia Insurans One Touch – Aplikasi Android
bahayanya…nasib baek la xda apa2…semoga Allah melindungi DH sekeluarga….
alhamdulillah tidak ad yang secera atau berbahaya….karena nyawa memang yang paling penting…semua pasti ada waktunya,,,mereka akan diberikan hukuman yang setimpal
Semoga bro DH sekeluarga terus diselamatkan oleh Allah SWT
Curahan rasa Dadan @ ..Kualifikasi AFC U22 2013 : Indonesia vs Singapura
syukur alhamdulillah kerana semua selamat . bedoa lah bebanyak pada allah atas apa kesilapan yang telah berlaku setiap yang terjadi ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa
Alhamdulillah kerana tiada kecederaan yang berlaku. Nyawa adalah yg pling penting utk diselamatkan… kehilangan harta benda boleh diganti hilang nyawa tidak berganti. Takziah dari Queen sekeluarga. Perkara beginilah yg paling menakutkan sebenarnya. Walau sya pernah alami kejadian pecah rumah ni tp Alhamdulillah juga kerana ketika itu tiada org di rumah. Mungkin traumanya lebih lg bg pihak denaihati sekeluarga kerana kejadian berlaku ketika semua org ada di rumah. Dugaan dan ujian Allah mmg tak kira masa dan ujian ini adalah tanda Allah syg pada kita. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Curahan rasa Queen Teratai @ ..Tazkirah Jumaat – Sayangkan Anak… Doa-doakan
Takziah buatm Denaihati. Semoga family semua recover fobia dengan cepat.
Curahan rasa samdaddycool @ ..Bayaran pertama Jobdirumah
Comments are closed.