Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayaah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat. Akibat daripada kejadian pecah masuk rumah terpaksalah mengubah kaedah pemilihan pemenang Nuffnang Blogopolis 2012 dan membatalkan niat menghadiri majlis Pelancaran 701Pages.com (tak dapat den jumpo Lisa Surihani).
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
244 Comments
Ya Allah takutnya… Nasib baik diorang tak buat apa apa cuma ambik barang jer..
Peristiwa spt ini, amat perit dan pedih utk ditelan, buat penjenayah pula, ini mungkin kerja yg bagus bagi mereka, tapi sepandai-pandao tupai melompat akan jatuh ke tanah akhirnya, pasti mereka akan mendapat balasan yg setimpal suatu hari nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Semoga apa2 saja kehilangan barang tu walaupun berharga, mudah2an Allah akan gandakan lagi rezeki kita,kalaupun tidak di dunia, di akhirat nanti akan digandakannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini, ujian Allah sentiasa ada di mana2 dan dlm bentuk berlainan, cuma kita sbg hambanya terpaksa menghadapinya walaupun teramat berat utk menerimanya.
musibah merupakan ujian dari Allah SWT, jadi sikap kita harus sabar jika kita merimanya maka akan semakin cinta Allah kepada kita
Curahan rasa rudy hartono @ ..Cara Membuat Animasi Uang Di Blog
Bila phobia terjadi dikalangan keluarga kita, teramat payah utk hilang, ketabahan dan qada’ dan qadar menerima saja ujian Allah dpt dihilangkan perasaan itu.
pasti ada hikmah ..semoga lebih tabah
setiap kejadian ada hikmahnya..
semoga DH terus tabah ya..
Curahan rasa Mus @ ..Sabah Bah: Undian Anda Saya Perlukan
Simpati dengan kejadian yang menimpa bro denaihati. Semoga digantikan dengan lebih baik.
Curahan rasa shaharil @ ..Mencari Tempat Praktikal Melalui Blog?
pasti ada hikmahnya tu
Curahan rasa Mus @ ..Tiket Balik Raya 2012 AirAsia Serendah RM59 Sehala
Sing tabah we atuh nya
Curahan rasa Sepekan info menarik @ ..Cara Budidaya dan memelihara belut
Assalam..
Harap banyakkan bersabar.
Saya pun risau jugak, selalu ditinggalkan. Hubby selalu pesan kunci semua pintu.
Malang memang tak berbau.
Syukur tiada apa2 yg berlaku.
Curahan rasa iza @ ..Crochet : Headband
Saya simapti dengan pengalaman buruk dilalui oleh Bro DenaiHati dan keluarga. Syukur tidak ada perkara yang diingini berlaku.
Curahan rasa akubiomed @ ..Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
Takziah, Tn Haji. Semuga anda sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Kerana Berbeza Pandangan Politik
semoga selamat semuanya bro. aku masih igt pengalaman mak su aku yang rumahnya dipecah masuk. dah la masa tu anak-anak dia kecil lagi. mujur tiada apa-apa kecederaan yang berlaku.
Curahan rasa Fyzal @ ..World: The Swamp Soccer World Championships
Semoga pengalaman ini membuatkan kita lebih berhati-hati dan perihatin dengan tahap keselamatan di rumah. Mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan.
Curahan rasa anif @ ..Kadar Zakat Fitrah 2012 / 1433 Bagi Negeri Johor
betul tu.. keselamatan harus diperketatkan lagi
Curahan rasa Mus @ ..Replika Ubi Kayu Penghias Bulatan Pekan Karakit, Pulau Banggi
Comments are closed.