Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kes pecah masuk rumah semakin menjadi-jadi dengan aksi yang semakin berani. Kes terbaru seorang lelaki gila seks telah memecah masuk rumah untuk mencuri pakaian dalam tetapi malang tersilap langkah apabila rumah yang dimasuki adalah milik seorang anggota polis. Kes yang lain rumah ibu kepada Wakil Rakyat Balik Pulau, Pulau Pinang telah dipecah masuk jam 4.00 am dan berjaya melarikan barangan berharga dan wang tunai. Sebelum itu 5 lelaki Indonesia diberkas kerana pecah rumah kerabat Di Raja Selangor.
Apa perasaan kita apabila membaca berita penjenayaah pecah masuk rumah sehingga ada yang dirogol dan terkorban? Pecah masuk rumah pengalaman mengerikan kepada yang pernah melalui. Mungkin tidak terasa sangat sehingga terkena batang hidung sendiri seperti kami.
Suboh 12/7/2012 tidur nyenyak kami sekeluarga diganggu. Aku, isteri dan anak perempuan bongsu sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan aku dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta kami diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Daripada bahasa yang dipertuturkan sangat jelas loghat Indonesia tetapi bukan Jawa atau Padang atau Aceh mungkin bahasa Flores.
Aku, isteri dan anak perempuan bongsu terbaring dikatil dikelilingi beberapa lelaki yang sedang mengeledah almari pakaian dan almari solek. Aku terfikir apa yang terjadi kepada anak perempuan 14 tahun dan anak lelaki 9 tahun yang tidur di bilik bawah. Ketika itu aku sudah mengambil keputusan untuk tidak melawan kerana nyawa keluarga lebih bernilai daripada segala barang dan wang tunai. Di dalam hati aku terdetik ini sebagai ujian daripada ALLAH SWT di atas apa juga ke khilafan aku sebagai hamba Allah. Lega rasanya apabila anak perempuan aku dibawa masuk ke bilik dengan tangan terikat juga.
Dalam bilik aku memang tak ada banyak barang berharga. Salah seorang penjenayah agak marah dan bertanya di mana emas. Beliau menarik isteri dan dibawa untuk menunjukkan tempat simpanan emas dengan seorang penjenayah berdiri di samping aku. Isteri aku bukanlah seorang yang begitu minat dengan emas jadi memang tak ada banyak simpanan emas. Setelah beberapa minit isteri aku dibawa masuk kembali ke bilik. Selang beberapa minit penjenayah itu beredar dari bilik aku sambil meminta aku untuk tidak berbuat apa-apa kalau nak anak lelaki aku yang masih di bawah selamat. Setelah merasa penjenayah sudah keluar aku membuka ikatan tangan isteri dan anak perempuan dan terus turun ke bawah untuk melihat anak lelaki. Anak lelaki aku sedang tidur nyenyak lansung tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak perempuan aku yang pertama melihat 5 lelaki Indonesia masuk melalui dapur kerana kebetulan ketika itu jam locengnya berbunyi. Isteri aku cakap punyalah gembira penjenayah sampai mengigil-gigil memasukan duit yang mereka perolehi. Harap-harap mereka tak kecewa kerana duit yang mereka ambil itu adalah gabungan duit Rupiah, Yuan, Hong Kong Dollar, Singapore Dollar, USD, Euro dan paling banyak duit Republik Czech yang semuanya dalam dominasi kecil. Selain daripada wang tunai mereka rembat barang kemas, paling mahal koleksi jam tangan aku dan isteri dan semua tujuh biji berbagai jenis smart phone, tiga buah laptop termasuk yang terbaru ultrabook kesayangan Toshiba Portege Z830.
Walaupun berbagai barang berharga hilang syukur kepada ALLAH SWT kerana tiada yang cedera atau dicabul sebagaimana yang berlaku pada yang lain. Harta benda boleh dicari tetapi nyawa tiada nilainya. Hari ini kami dihukum ALLAH SWT kerana kesilapan kami tetapi pasti suatu hari nanti ALLAH SWT akan menghukum penjenayah dengan hukuman yang lebih dahsyat. Akibat daripada kejadian pecah masuk rumah terpaksalah mengubah kaedah pemilihan pemenang Nuffnang Blogopolis 2012 dan membatalkan niat menghadiri majlis Pelancaran 701Pages.com (tak dapat den jumpo Lisa Surihani).
Teman bangsa Cina selalu ingatkan aku supaya simpan sedikit wang tunai di rumah jadi kalau berlaku pecah rumah penjenayah tidak akan beraksi agresif kerana mereka mendapat apa yang mereka nak. Penjenayah selalu akan bertindak kejam dengan mencederakan tuan rumah atau mencabul apabila tidak mendapat wang atau barang berharga setelah bersusah payah memecah masuk rumah. Lagi satu tips jangan berlagak hero melawan hanya kerana nak meyelamatkan beberapa belas atau puluh ribu ringgit. Nyawa lebih bernilai dari segala-galanya.
Terima kasih kepada semua kaum keluarga dan rakan-rakan yang mengucapkan simpati dan menziarahi kami. Siapa kata tiada teman semasa susah! Doakan semuga isteri yang masih phobia sehingga tidak dapat tidur malam pertama selepas kejadian supaya dapat melalui masa susah ini dengan tenang.
244 Comments
Takziah Denaihati. Syukur sebab ahli keluarga DH selamat.
pasti ada hikmah tersembunyi. tak apa,ini ujian. kawan saya, lagi 2 bulan nak kawen dan rumah terbakar.hangus semua habis tapi dia tetap tenang. saya banyak belajar dr dia tentang REDHA. yang penting family semua selamat
Curahan rasa Lizz @ ..Musim Pengacara TV Segera
Fuuu, ngeri jugak bila baca. Setakat ni, masih tiada pengalaman rumah dimasuki pencuri >.<
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Benarkah Ini 3rd Kit Arsenal 2012/2013?
selagi hukum hudud tak di laksanakan selagi itulah lelaki gila seks ini akan bermaharajalela.
Curahan rasa tarmizi @ ..SELAMAT TINGGAL VAN PERSIE
Ya, betul tu bro.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Benarkah Ini 3rd Kit Arsenal 2012/2013?
ujian dari Allah….ingatan dari Allah….
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Buat Duit Dengan Game Anno1777
ujian dari Allah akan senantiasa dibarengi dengan hikmah disebaliknya…
Curahan rasa Dadan @ ..Pikirkan dan Syukurilah!
Setiap kejadian pasti ada hikmah.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Benarkah Ini 3rd Kit Arsenal 2012/2013?
Banyak kegiatan yang tak bisa diikuti oleh karena kejadian ini, moga terus bersabar ya Bro DH
Curahan rasa Dadan @ ..Pikirkan dan Syukurilah!
semoga di lain waktu tak terjadi lagi hal seperti ini
Curahan rasa Dadan @ ..Pikirkan dan Syukurilah!
Takziah saya ucapkan kepada Denaihati sekeluarga..
Diaharp tuan dapat bersabar menerima ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T..
Insya Allah.. Ada hikmah disebalik musibah yang Allah berikan kepada kita..
Sampaikan salam saya kepada isteri tuan DH.. Dan harap beliau akan segera pulih daripada Phobia setelah melalui kejadian tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Terima kasih kerana menyokong Denaihati
seramnya baca cerita you nie..alhamdulillah keluarga you selamat betul duit boleh cari berguni tapi nyawa dan maruah tak ada gantinya. Toleh ke belakang mungkin ada yang lagi yang belum kita buat sebab tu Allah uji kita..
Curahan rasa designmusleema @ ..TELEKUNG SULAM 2012
Benar sekali sahabat, ujian serta cobaan untuk meningkatkan keimanan kita semua bahwasannya selalu ada hikmah pada tiap kejadian
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Prosedur Kateterisasi Jantung
ye! semua ini ujian……
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Buat Duit Dengan Game Anno1777
Dlm keadaan spt ini memerlukan kesabaran,keselamatan yg penting..InsyaAllah ada hikmahnya
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Pertandingan Fotografi Sabah Bah
Sepakat dengan hal tersebut sahabat. Insya Allah hikmah yang baik
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Prosedur Kateterisasi Jantung
Mari kita untuk berprasangka baik kepada Allah atas apa yang terjadi pada sahabat DH
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Prosedur Kateterisasi Jantung
Jangan sampai hal tersebut membuat kita jadi berprasangka buruk atas apa yang terjadi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Prosedur Kateterisasi Jantung
kAMI SANGAT PRIHATIN AKAN PERISTIWA YANG MENIMPA BRO DH INI.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..18++ FOREVER LOVE | Sebuah Problematika Cinta dan Cita Remaja
Maaf baru tahu pasal nie…
Takziah dari bro
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Luahan Hati Seorang Blogger [Part 24] Semua Event Nak Pergi Tapi Haram Muka Tak Nampak
Kagum dengan ketabahan Tuan Denaihati berhadapan dengan musibah ini.
Pentingkan yang lebih penting. Nayawa lebih penting daripada harta.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Tips Bagi Kajian Yang Berkualiti (Part 1)
Kena dah dengan maqasid syariah tu. Saya kira tindakan yang tepat.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Tips Bagi Kajian Yang Berkualiti (Part 1)
Alhamdulillah brother sekeluarga selamat semuanya..
benar.. harta blh dicari tapi nyawa tiada gantinya..
Semoga ujian Allah ini ada hikmah disebalik yg berlaku..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Kopi belajar mengira jam
Bertaubalah semua penjenayah yg melakukan rompakan itu, supaya Allah membuka hati mereka. Amin..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Amiin saudara. Moga terpelihara seluruh keturunan daripada jenayah mencuri ni.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Tips Bagi Kajian Yang Berkualiti (Part 1)
Sesuatu yg mendukacitakan hati kita, melihat keluarga kita, waris kita, jiran2 kita, rakan2 kita menjadi mangsa penjenayah pecah rumah atau penjenayah jalanan, perompak dan pencuri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Comments are closed.