Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “twitter Santapan Minda capai 1 juta follower“. Kali ini Abang nak kongsi berita yang di tunggu ramai iaitu Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A yang sebelum ini di adakan di Muzium Negeri Kedah kali ini dibawa oleh penganjur ke Negeri Selangor yang akan diadakan selama sebulan. Sebanyak 25 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.
Artifak-artifak yang lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.
Bagi artifak-artifak yang dipamerkan, sudah tentu ia dijaga rapi memandangkan ia didapatkan dari pemegang koleksi peribadi dari seluruh dunia. Lihat video di bawah yang merupakan sebahagian daripada majlis perasmian di pameran artifak Rasulullah SAW.
Tarikh : 10 Julai – 23 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
- Dewasa – RM20.00 seorang
- Pelajar – RM10.00 seorang
- Warga Emas – RM10.00 seorang
- OKU – RM10.00 seorang
- Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
- Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
Bagi pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.
- Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
- Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
- Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Belian tiket
- Secara online di www.tamadunislam.com
- Juga boleh di beli di pintu masuk pameran
Dapatkan informasi terkini pameran di sosial media
- Website : http://tamadunislam.com
- Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
- Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
- Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak
Rugi sangat kalau tak dapat nak menatap sendiri Artifak Rasulullah SAW. Ketika Abang melihat Artifak Rasulullah SAW di Muzium Topkapi Istanbul perlu membayar tiket sebanyak TL40 lebih kurang RM50 duit kita. Itu tak masuk tambang kapal terbang lagi. Kali ini sudah berada di depan mata.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
45 Comments
artifak asli rupanya. jangan lepaskan peluang ni nampaknya. dari segi saiz serban tu, boleh agak rasulullah tentu besar juga orangnya
Curahan rasa raihanah @ ..7 Manfaat Kesihatan Quercetin
menarik sangat ni, moga ada rezeki keluarga kecil kami menghadiri pameran ini.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..5 Patent Vivix Yang Perlu Diketahui Sebagai Bukti Hak Eksklusif Shaklee
Kalau dekat boleh juga singgah
Teruja pula bila tengok gambar-gambar sekitar pameran tersebut
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..17.7.17
In shaa Allah, ada peluang dan ruang mesti nak tengok juga. Biarpun sekadar artifak.
Curahan rasa Salatul Zarida Ishak @ ..Waktu dan Jiwa
terbaik..biasanya benda visual mudah melekat pada otak..kene tengok sendiri baru senang ingat artifak sejarah sebegini
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Garis Panduan Tempoh Qurban, Hukum Pembahagian Daging, Haram Upah Kepada Pelapah Ibadah Qurban
InsyaAllah kalau turun KL akan pergi juga melawat pamera artifak asli ini, tengok dari artikel ini juga dah teruja mesti menarik kalau tengok depan-depan mata sendiri
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
alhamdulillah…
pameran yang sangat penting dalam meningkatkan rasan kecintaan kepada Rasulullah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Penulisan Blogger Perempuan Yang Mengoncang Dunia
masih berjalan rupanya pameran artifak asli rasulullah ni.. ingatkan kat kedah je
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Jimat Data Internet Android
Harga tiket tak mahal. Teringin nak pergi alahaiii hahahahah bila lah boleh pergi . Susah betul.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Doktor Kata Gemuk Susah Nak Mengandung, Dah Turun Berat Pun Tak Mengandung Juga…
Insyaallah satu hari nanti puan dapat pergi ke pameran artifak Rasulullah ini dengan keluarga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Harga tiket ke pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan para sahabat ni takderlah mahal sangat…
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Bagi saya harga yang cukup sesuai untuk rakyat Malaysia.. bolehlah luangkan masa bersama keluarga untuk mengunjungi pameran ini..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tempat di mana pameran ini diadakan juga cukup strategik.. dekat Masjid..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Lebih mudah… pergi jer solat berjemaaah dekat masjid samada waktu Zohor, Asar, Maghrib ataupun Isyak…
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Selepas selesai solat berjemaah, boleh luangkan masa sekejap melawat ke pameran artifak ni.. kata orang sambil menyelam minum air.. jimat masa…
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Nak jalan kaki dari masjid shah alam pun boleh. Seberang jalan saja
Exeercise lah sikit
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..ESP Shaklee & 11 Kebaikan Untuk Ibu Mengandung
Boleh bawa anak anak dan saudara mara
Tak jauh pun
Sambil sambung rumah terbuka
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..ESP Shaklee & 11 Kebaikan Untuk Ibu Mengandung
Masjid pun banyak tempat parking
.
Habis pergi pameran
Boleh pergi tasik
Taman tasik shah alam pun lawa juga
Boleh rehat rehat sambil lihat anak berlari
Insyaallah boleh singgah sini, dah dekat dengan rumah. Dah 1400 tahun Rasulullah tinggalkan kita, itu pun sudah ada macam macam fahaman hari ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
Alhamdulillah… eloklah tu..
Memang bertuah tuan Ikhwan Fahmi.. rezeki tu… boleh bawa anak2 sekali untuk mengunjungi pameran tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Pasti anak-anak tuan Ikhwan Fahmi suka.. dalam masa yang sama dapat menambah kecintaan diri kita dan anak-anak kepada Rasulullah S.A.W..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Semasa saya pergi hari tu… itulah pertama kali saya bawa anak-anak pergi ke Muzeum…
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Bukan main excited lagi masing-masing.. macam-macam pertanyaan yang keluar.. sebab mereka berminat sangat nak tahu.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Tuan tinggal di selangor rupanya
Tahun ni saya belum sempat singgah lagi pameran ni
Dah lebih 1400 tahun rasulullah saw pergi
Tapi sampai hari ni jasa baginda dapat dirasa
Boleh kata hampir setiap tahun juga pameran ni di buat di tempat sama
Tahun lepas pun ada juga buat. Saya memang ada nampak banner pameran
Wah, tak tau pula yang ada pameran ni. Untung yang dapat pergi tengok secara dekat. Mesti menarik koleksi-koleksi yang dipamerkan.
Curahan rasa Abd Hadi @ ..Melancong Ke Korea: Panduan Bagi Pelancong Muslim
Alhamdulillah… sekarang dah tahu.. inilah peluang terbaik untuk mengunjungi pameran ini.. sementara pameran ini diadakan di Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Antara artifak yang di pamerkan dalam pameran ini ialah replika pedang sahabat
Menarik
Pameran artifak asli Rasulullah S.A.W kembali lagi ke Malaysia… sebelum ni saya pernah pergi sekeluarga masa diadakan di Muzeum negeri Kedah..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Memang puas hatilah dapat tengok sendiri secara live artifak-artifak peninggalan Rasulullah dan para sahabat..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Saya paling suka tengok koleksi-koleksi pedang milik sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam… ada macam-macam rekaan pedang..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Rupanya kali ini artifak asli yang di bawa
Bukan replika
Jangan lepaskan peluang
Mudah mudahan ada lagi artifak dapat dipamerkan di sini yang berkaitan dengan Rasulullah SAW.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Seharusnya artifak dan peninggalan yang menjadi rujukan sejarah perlu dipelihara. Amat rugi bila ada negara umat Islam khususnya di tanah arab yang ‘memusnahkan’ tempat bersejarah kononnya atas nama pembangunan. Semoga artifak dan kesan sejarah Islam terus dipelihara.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer
Betul… saya setuju… diharap artifak dan peninggalan Rasulullah dan sahabat ini dapat terus dipelihara…. supaya dapat menjadi rujukan anak cucu kita nanti..
Curahan rasa anuar @ ..4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan Khairi
Al quran dan sunnah tu kita amal kan hari hari
Benda fizikal dan rohani tak sama
Semakin kita mengkaji dan mendalami sejarah
Baru kita tahu betapa tinggi pengorbanan sahabat sebarkan islam
Dengan melawati tempat bersejarah
Dan membaca kisah sahabat
Kaitkan pula dengan artifak ni
Bila pergi umrah dan haji ambil kesempatan lawat lokasi bersejarah.
Mesti air mata menitis
Comments are closed.