Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “twitter Santapan Minda capai 1 juta follower“. Kali ini Abang nak kongsi berita yang di tunggu ramai iaitu Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A yang sebelum ini di adakan di Muzium Negeri Kedah kali ini dibawa oleh penganjur ke Negeri Selangor yang akan diadakan selama sebulan. Sebanyak 25 artifak dipamerkan termasuk rambut Rasulullah SAW, penutup makam Rasulullah SAW, darah bekam Rasulullah SAW, capal Rasulullah SAW, tapak kaki Rasulullah SAW, serban Rasulullah SAW, tongkat dan pedang-pedang sahabat Khalid ibn Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.
Artifak-artifak yang lain seperti kiswah dalam kaabah, kunci kaabah, Al Quran Emas Kerajaam Uthmani, Jam Matahari dan beberapa lagi yang dipamerkan.
Bagi artifak-artifak yang dipamerkan, sudah tentu ia dijaga rapi memandangkan ia didapatkan dari pemegang koleksi peribadi dari seluruh dunia. Lihat video di bawah yang merupakan sebahagian daripada majlis perasmian di pameran artifak Rasulullah SAW.
Tarikh : 10 Julai – 23 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
- Dewasa – RM20.00 seorang
- Pelajar – RM10.00 seorang
- Warga Emas – RM10.00 seorang
- OKU – RM10.00 seorang
- Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
- Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
Bagi pengunjung bertuah juga berpeluang memenangi hadiah istimewa.
- Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
- Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
- Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Belian tiket
- Secara online di www.tamadunislam.com
- Juga boleh di beli di pintu masuk pameran
Dapatkan informasi terkini pameran di sosial media
- Website : http://tamadunislam.com
- Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
- Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
- Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak
Rugi sangat kalau tak dapat nak menatap sendiri Artifak Rasulullah SAW. Ketika Abang melihat Artifak Rasulullah SAW di Muzium Topkapi Istanbul perlu membayar tiket sebanyak TL40 lebih kurang RM50 duit kita. Itu tak masuk tambang kapal terbang lagi. Kali ini sudah berada di depan mata.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
45 Comments
allohuakbar, terima kasih udah di share artikel nya sangat lah menarik , like
InsyaAllah kalau ada rezeki, teringin juga nak join pameran ni… artifak asli pula tu…
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Comments are closed.