Twitter Santapan Minda capai 1 juta follower

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “top 10 facebook page di Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi kegembiraan di atas kejayaan prestasi akaun twitter Santapan Minda.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Alhamdulillah pada 6 Julai 2017, twitter handle @Santapanminda mencapai follower melebihi 1 juta. Mengikut rekod follower ke 1 juta  adalah @hwardiah97. Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dan follower yang sentiasa setia bersama twitter Santapan Minda selama ini.

Kepada yang tak kenal lagi twitter Santapan Minda adalah twitter yang berkongsi kata-kata motivasi setiap 20 minit, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti melainkan ada masalah dengan server. Beberapa tahun lepas ketika Abang ambil alih akaun twitter ini followernya hanya seratus ribu lebih sahaja. Purata pertambahan follower baru lebih kurang 700 setiap hari.

Jumlah impression Santapan Minda sebulan

Berdasarkan statistik purata sebulan prestasi twitter Santapan Minda adalah :

  1. Purata 50 juta impression setiap bulan
  2. Purata 250K reweet setiap bulan
  3. Purata 260K like setiap bulan

Jumlah impression, retweet dan like akan terus bertambah dengan bertambahnya jumlah follower. Potensi twitter ini sangat besar untuk membantu branding produk baru dan jualan produk kerana mengikut yang besar dan aktif.

Jumlah retweet Santapan Minda sebulan

Ketika entri ini ditulis akaun twitter Santapan Minda berada pada ranking ke 33 akaun twitter paling popular di Malaysia.

Top 10 akaun twitter paling popular di Malaysia

  1. Lisa  Surihani (@LisaSurihani) – 3 747 489
  2. Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) – 3 596 281
  3. AirAsia (@AirAsia) – 3 002 253
  4. Zizan Razak (@Zizanrajalawak) – 2 510 731
  5. Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) – 2 296 880
  6. Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_sam) – 2 208 584
  7. Yuna Zarai (@Yunamusic) – 2 141 119
  8. Khairy Jamaluddin (@Khairykj) – 2 108 684
  9. Aaron Aziz Official (@AaronDwiAziz) – 2 061 315
  10. Awal Ashaari (@Awalashaari) – 1 938 124

Misi Abang adalah menjadikan twitter santapan minda untuk naik ke ranking top 10 twitter Malaysia.

top twitter Malaysia
Jumlah like Santapan Minda sebulan

Kepada yang belum jadi follower jom follow @Santapanminda bantu kami untuk jadi top 10 Twitter Malaysia. Kepada yang nak beriklan di Santapan Minda sila email ke admin@denaihati.com.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

 


Spread the love

106 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!