PageRank blog salah faham

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak mahu cerita tentang blog yang mempunyai iklan bersepah sehingga menggangu mata yang di ceritakan di blog kak jie dan blog ariffshah kerana aku dah cerita panjang lebar dalam entri “Masa paling sesuai letak iklan di blog“. Ada betul juga kata Ariffshah ni “Dalam blog ni, aku cuma letak satu petak tetap iklan bersaiz 300×250. Leaderboard banner semua tak letak dah sebab aku tau korang pun tak pernah nak klik iklan-iklan tu. Jadi tak berguna sangat“.

Berapa Pagerank blog anda?

Yang aku nak cerita ni tentang salah faham aku selama ini tentang PageRank. Selama ini yang aku faham setiap entri aku usaha selitkan link ke berita yang berkaitan di surat khabar online. Kenapa aku buat begitu kerana majoriti surat khabar online seperti thestar, utusan, hmetro dan lain-lain ni Pagerank nya tinggi. Kenapa … tak percaya?? Cuba check kat sini Pagerank Checker.

Yang aku faham PR blog kita boleh meningkat apabila kita link dengan blog yang PR lebih tinggi dan blog tersebut tidak link balik ke blog kita kira macam one way je lah. Terima kasihlah pada sifu SEO, Azuanrazi yang membetulkan salah faham aku di ruangan komen entri “Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan” :

Emm, tertarik dengan note ni, “mengambil kesempatan mengedut Pagerank (PR) dari link surat khabar online yang biasanya PR memang tinggi. Pernahkah anda check PR utusan, thestar, bharian, hmetro dan lain-lain online paper”. Menyedut? Kalau menyedut, Sy rasa Denaihati ada salah faham mengenai perkara ni… Sebenarnya Denaihati x menyedut pun PR dr utusan.com.my tu, sebaliknya utusan.com.my yg menyedut PR Denaihati. Melainkan jika utusan.com.my ada buat entry dan dlm entry tersebut ada link denaihati yg dofollow, itu barulah dikira Denaihati menyedut PR dr utusan.com.my.

Jadi aku dah semakin faham rupanya apabila aku letak link utusan atau hmetro maka surat khabar online tu lah yang menyedut PR4 dari blog denaihati … alhamdulillah ada juga aku memberi khidmat pada surat khabar tu.

Cuma aku nak tanya sifu-sifu hebat ini apakah ada kesan PR kepada blog yang tinggalkan link di commentLuv diruangan komen setiap entri di blog denaihati. Kalau lah ada itu sangat mengembirakan aku kerana aku dapat berkongsi PR4 dengan setiap blogger yang tinggalkan link di ruang komen tu.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

125 Comments

  1. Thanks bro mention sy kat entry.. Tp yg sebenarnya sy bukanlah sifu SEO, sy juga masih belajar lagi berkenaan SEO dan Pagerank ni…

    Berkenaan dgn topik ni, sy mmg bercadang nak buat satu entry khas dekat blog bro, cuma masanya belum sampai lagi sbb sy masih dalam mengkaji sejauh mana HARGA sesuatu yg bernama Pagerank.

    Biasanya link dari surat khabar online adalah link yg tidak kekal lama, iaitu link tersebut mudah menjadi “not found”, ataupun entry yg lama dari surat khabar sudah di delete (berdasarkan pengalaman), jadi link yg rosak ni akan memberi kesan yg tidak baik kpd kita punya blog, untuk mengesan link tersebut, boleh lah menggunakan plugin “Broken Link Checker By Janis Elsts”.

    Berkenaan dengan Comluv, kesan PR tu mmg ada jika di setting dofollow. Link yg ada di ruangan komen akan mendapat link juice jika single post page tersebut mempunyai PR tinggi. Jadi kalau single post page tersebut mempunyai byk link di ruangan komen, kualiti link juice akan semakin berkurang. Tetapi masih tetap akan di kira dofollow.

    Cuma kalau tak dapat kelebihan dari PR, tidak mustahil akan dapat kelebihan lain kerana traffic di blog ini mmg tinggi…
    Curahan rasa Azuan @ ..Finding the Best Handyman in TownMy Profile

  2. Yup, memang betul.. Setiap pelawat yg komen entri denaihati + tinggalkan link dkt commentluv akan membantu dari segi pagerank.. (Dofollow tu)

    Tapi kena hati2 jugak ni.. Ada sesetengah blog yang telah dibanned oleh google.. Kalau blog tu comment dkt entri bro denaihati, akan menjejaskan pagerank blog denaihati.

    Gunalah moderate comment ;p
    Curahan rasa firdaus @ ..Guru MalaysiaMy Profile

  3. Dofollow to dah selamat diikuti. Bab ‘comment luv tu ada problem sikit, bila diruang register beritahu usernama sudah exist di database. Nak guna usernama apa pula tak tahulah. Macam mana nak selesaikan masalah tu pun, tak nampak lagi. Dah dah tak mahir. Mmmm…

  4. Berkaitan commentluv, kini commentluv ada mengeluarkan plugin versi 2.8.9 yang mana merupakan plugin baru yang masih lagi dalam peringkat beta. Tidak lama lagi commentluv akan release version 2.9 yang lengkap dengan features baru. Sebenarnya 2.9 dan 2.8.9 adalah versi yang sama tetapi ada sedikit bugs tapi basically boleh digunakan.

    Berkenaan backlink, mengikut pengalaman, blog yang memasang commentluv memberi backlink kepada mereka yang comment hanya jika pemilik blog tersebut setting dofollow di ruangan commentluv mereka. Sebab kenapa diatas ada menceritakan commentluv 2.8.9 dan 2.9 adalah sebab plugin baru ini memberi kuasa kepada kita untuk memilih siapa yang kita mahu dofollow dan siapa kita tak mahu dofollow. Jadi kuasa untuk memberi backlink ada pada kita.

    Kalau dapat backlink dari website yang macam .edu.my or .gov.my lebih membantu PR untuk naik

    Harap membantu 😉
    Curahan rasa faiz @ ..Laman Facebook Oh! Media FM Kena HackMy Profile

  5. saya ni memang tak pandai sangat pasai SEO. memang mengaku sangat kurang pengalaman. mengenai PR ni.. anda boleh meningkat sekiranya makin banyak orang mengindeks blog anda (link) maka makin kuat PR. Teknik biasa untuk naikkan PR sama ada dengan membuat contest kemudian contest itu di linkback pada root domain. baru PR domain utama meningkat. kalau di linkback pada contest.. maka contest tersebut yang meningkat PRnya.

    salah satu cara lagi nak naikkan PR adalah dengan berkomen di blog yang mempunyai CommentLUV dan DOFollow (a href=”http://azmanishak.com” rel=”dofollow” ). berkomen ni bukan bermaksud kita spam komen box tu dengan domain/url blog kita. tak perlu pon… sebab link/url tu dah ade tempat untuk ditulis. kalau gatal jugak nak tulis dalam kotak komen.. maka dapat la masuk spam box.

    impak terlampau banyak linkback dari dalam ke luar.. boleh juga menggugat PR. sebagai contoh.. kita linkback website-website online casino, web yang disuspek merbahaya kepada pengunjung, muat turun, leeching site, misc torrent site dan sebagainya boleh menyebabkan PR di slap. ianya memang terbukti apabila saya menerima iklan dari online casino. PR di slap dari PR4 kepada PR3.

    Nisbah link keluar dari main ROOT (https://denaihati.com) berbanding link masuk (dari website orang lain) jugak mempengaruhi logaritma perkiraan PR. kalau lagi banyak keluar dari masuk… menyebabkan site kita jadi PRnya agak longgar sebab kebanyakkan indeksing yang datang ke blog kita.. telah ditepis keluar disebabkan iklan atau link tadi. ini bermakna… kita secara tak langsung memesongkan indeksing yang datang. ini merupakan salah satu risiko yang kerap dan perlu difikirkan oleh pengusaha web popular untuk menerima tawaran pengiklanan. sebab atas perkara ini.. mereka boleh menaikkan kadar harga pengiklanan sesuka hati.

    erk… terlebih sudah. lame tak komen. maafkan saya.. sebenarnya ada lagi point. tapi hilang kosentrasi. hehe.. selamat bercuti.
    Curahan rasa Kreuger @ ..Percutian ke Hot Spring Resort- Sungkai – PerakMy Profile

      1. lupe nak cakap… kalau nak bertukar link.. dinasihatkan menggunakan mainpage atau pada sidebar. kalau senarai link yang ditukarkan itu diletakkan pada satu page khas.. maka kadar kenaikan dan impak untuk perkongsingan PR sangat longgar dan kurang keberkesanannya berbanding link yang berada pada main ROOT (https://denaihati.com).

        Pasal tu.. setiap posisi kedudukan iklan mempunyai harga tersendiri. lol.. ok dah kene stop.. ni karang jadi citer teknik keberkesanan iklan plak. haha.. salah terkeluar topic.

        terima kasih.
        Curahan rasa Kreuger @ ..Percutian ke Hot Spring Resort- Sungkai – PerakMy Profile

    1. puas hati KA™ baca komen ni…
      detail, kalau dapat habskan tadi sure best ktia semua dapat ilmu ni..
      lagipun KA™ baru je blajar blog ni.. perlu banyak ilmu dari DH ni.. 🙂
      Curahan rasa KA™ @ ..selamatkah password andaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!