PageRank blog salah faham

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak mahu cerita tentang blog yang mempunyai iklan bersepah sehingga menggangu mata yang di ceritakan di blog kak jie dan blog ariffshah kerana aku dah cerita panjang lebar dalam entri “Masa paling sesuai letak iklan di blog“. Ada betul juga kata Ariffshah ni “Dalam blog ni, aku cuma letak satu petak tetap iklan bersaiz 300×250. Leaderboard banner semua tak letak dah sebab aku tau korang pun tak pernah nak klik iklan-iklan tu. Jadi tak berguna sangat“.

Berapa Pagerank blog anda?

Yang aku nak cerita ni tentang salah faham aku selama ini tentang PageRank. Selama ini yang aku faham setiap entri aku usaha selitkan link ke berita yang berkaitan di surat khabar online. Kenapa aku buat begitu kerana majoriti surat khabar online seperti thestar, utusan, hmetro dan lain-lain ni Pagerank nya tinggi. Kenapa … tak percaya?? Cuba check kat sini Pagerank Checker.

Yang aku faham PR blog kita boleh meningkat apabila kita link dengan blog yang PR lebih tinggi dan blog tersebut tidak link balik ke blog kita kira macam one way je lah. Terima kasihlah pada sifu SEO, Azuanrazi yang membetulkan salah faham aku di ruangan komen entri “Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan” :

Emm, tertarik dengan note ni, “mengambil kesempatan mengedut Pagerank (PR) dari link surat khabar online yang biasanya PR memang tinggi. Pernahkah anda check PR utusan, thestar, bharian, hmetro dan lain-lain online paper”. Menyedut? Kalau menyedut, Sy rasa Denaihati ada salah faham mengenai perkara ni… Sebenarnya Denaihati x menyedut pun PR dr utusan.com.my tu, sebaliknya utusan.com.my yg menyedut PR Denaihati. Melainkan jika utusan.com.my ada buat entry dan dlm entry tersebut ada link denaihati yg dofollow, itu barulah dikira Denaihati menyedut PR dr utusan.com.my.

Jadi aku dah semakin faham rupanya apabila aku letak link utusan atau hmetro maka surat khabar online tu lah yang menyedut PR4 dari blog denaihati … alhamdulillah ada juga aku memberi khidmat pada surat khabar tu.

Cuma aku nak tanya sifu-sifu hebat ini apakah ada kesan PR kepada blog yang tinggalkan link di commentLuv diruangan komen setiap entri di blog denaihati. Kalau lah ada itu sangat mengembirakan aku kerana aku dapat berkongsi PR4 dengan setiap blogger yang tinggalkan link di ruang komen tu.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

125 Comments

  1. Salam.
    Rasanya blog ni kurang@hampir tiada menyedut keluar pagerank4 yang ada kerana kebanyakan link keluar yang ada adalah dofollow, termasuklah link untuk commentluv.

    Kalau yang tak tahu check dofollow link, boleh download add on untuk firefox; cari Quirk Searchstatus. Dah install add-on tu, aktifkan highlight nofollow links. Nanti akan nampak semua link yg dofollow tu jadi color merah.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Simple SEO tips for blogspot newbiesMy Profile

  2. ohh..begitukah ceritanya.. baru den faham juga.. selepas tukar domain takda PR yg saya dapat.. sebelum ni ada PR 2 tapi sekarang telur ayam je.. hehehe

  3. kalau nak bagi PR juice kat pengomen blog, yang penting kena buat dofollow, link no follow tidak dikira sebagai vote yang sah untuk PR.
    uNamun begitu link no follow kalau tak silap saya tetap membantu crawler untuk index blog post.
    Curahan rasa zuls @ ..Sasaran 5000 Follower di TwitterMy Profile

  4. btol tu. kalau oneway sharing memang akan mengutungkan pihak yang dikongsi backlink mereka itu. tapi tak rugi pon.

    cuma kalau macam website utusan dan berita2 ni, takkanlah diorang nak follow dan trackback kita, kan?

    unless kalau kita rajin dan tak kedekut untuk backlink blog lain yg ada PR tinggi gak, manatau pemiliknya sudi untuk backlink kita juga dalam blog dia.
    Curahan rasa ekspresiruang @ ..The Green School- Sekolah Pokok Buluh Paling Besar Di DuniaMy Profile

    1. Kalau gitu mudah je kita rajin2 komen kat blog PR 4 – 6 dan jangan ambil kisah kalau diaorg tak return back … Ok ke cadangan aku ni.

      1. Kalau macam ni, ada dua perkara yang jadi, kalau blog tuh do follow, kita akan dapat aa link juice dari blog PR tinggi tuh, tapi kalau tak, kita masih dapat keuntungan, cuma mungkin bukan dalam bentuk PR… 🙂 tapi dalam bentuk lain. Dalam proses melakukan SEO, ianya sering berfungsi sebagai pisau yang bercabang, jika kita biasanya dengar perumpamaan “kill two bird with one stone”, dalam SEO, PR ni, kita lerh “kill lots of bird with one move” kalau betul gayanya. Sekadar pendapat peribadi 🙂
        Curahan rasa Eizil @ ..Dalam mengejar arus kemajuan- ada yang di anak tirikanMy Profile

  5. hm ye ke bro? setau saya bukan PR ni ada algoritma pengiraan dia ke? contohnya berpa banyak orang pajak link kita bounce rate blog dan banyak lagi kriteria untu PR. SO bab sedut2 ni saya tak sure tapi kalau blog tu dofollow mungkin link2 tu dikira inbound link so termasuk dalam algoritma pengiraan tu.. Ni ikut apa yang saya baca je tak tau kalau salah faham
    Curahan rasa Bean Moreno @ ..BLOGSPHERE PENGGUNA BLOGSPOT JANGAN RISAU ADA CARA UNTUK SETTLE MASALAH KORANGMy Profile

    1. Betul PR ni banyak faktornya dan apa yg aku bincang ni 1 dari berpuluh cara nak tingkatkan PR dan sengaja aku bawa cerita ni utk di diskusikan. Kita tunggu yg pandai bagi komen. Ilmu kan sharing tu lah hidup utk memberi

  6. erk macam tu pulak.
    kalau macam tu, dah lama org buat link ke blog yg ada pr tinggi2 utk dapat PR which is not make sense,

    saya dah lama perhati blog ni, rasanya bro byk buat nofollow pada external link kat blog ni (tapi itu dulu, skg saya perasan dan dofollow), jadi takperlu risau lah pasal flow rank tu

    tapi takpe lah, skg dah faham hehe
    Curahan rasa Affan @ ..Pemakaian Tudung- Bagaimana ianya boleh jadi haramMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!