PageRank blog salah faham

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tak mahu cerita tentang blog yang mempunyai iklan bersepah sehingga menggangu mata yang di ceritakan di blog kak jie dan blog ariffshah kerana aku dah cerita panjang lebar dalam entri “Masa paling sesuai letak iklan di blog“. Ada betul juga kata Ariffshah ni “Dalam blog ni, aku cuma letak satu petak tetap iklan bersaiz 300×250. Leaderboard banner semua tak letak dah sebab aku tau korang pun tak pernah nak klik iklan-iklan tu. Jadi tak berguna sangat“.

Berapa Pagerank blog anda?

Yang aku nak cerita ni tentang salah faham aku selama ini tentang PageRank. Selama ini yang aku faham setiap entri aku usaha selitkan link ke berita yang berkaitan di surat khabar online. Kenapa aku buat begitu kerana majoriti surat khabar online seperti thestar, utusan, hmetro dan lain-lain ni Pagerank nya tinggi. Kenapa … tak percaya?? Cuba check kat sini Pagerank Checker.

Yang aku faham PR blog kita boleh meningkat apabila kita link dengan blog yang PR lebih tinggi dan blog tersebut tidak link balik ke blog kita kira macam one way je lah. Terima kasihlah pada sifu SEO, Azuanrazi yang membetulkan salah faham aku di ruangan komen entri “Kad Kredit pemusnah hidup berpanjangan” :

Emm, tertarik dengan note ni, “mengambil kesempatan mengedut Pagerank (PR) dari link surat khabar online yang biasanya PR memang tinggi. Pernahkah anda check PR utusan, thestar, bharian, hmetro dan lain-lain online paper”. Menyedut? Kalau menyedut, Sy rasa Denaihati ada salah faham mengenai perkara ni… Sebenarnya Denaihati x menyedut pun PR dr utusan.com.my tu, sebaliknya utusan.com.my yg menyedut PR Denaihati. Melainkan jika utusan.com.my ada buat entry dan dlm entry tersebut ada link denaihati yg dofollow, itu barulah dikira Denaihati menyedut PR dr utusan.com.my.

Jadi aku dah semakin faham rupanya apabila aku letak link utusan atau hmetro maka surat khabar online tu lah yang menyedut PR4 dari blog denaihati … alhamdulillah ada juga aku memberi khidmat pada surat khabar tu.

Cuma aku nak tanya sifu-sifu hebat ini apakah ada kesan PR kepada blog yang tinggalkan link di commentLuv diruangan komen setiap entri di blog denaihati. Kalau lah ada itu sangat mengembirakan aku kerana aku dapat berkongsi PR4 dengan setiap blogger yang tinggalkan link di ruang komen tu.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

125 Comments

  1. pr blog masih lg kosong.. bila tahun ntah google nak update.. tp byk dpt blajar melalui entri dan ruangan komen ni.. thanks kpd semua yg berkongsi ilmu..

  2. Aslkum semua….
    Saya dah baca entri ni dan baca semua komen teman2, emm…. betapa terasa kerdilnya diri ini jika berdiri di samping kalian semua dan nak tinggalkan komen disini pun terasa segan, lebih2 lagi kat DH… Apapun, nak jelaskan disini, saya baru nak berjinak dengan dunia menulis blog nih, nak sebut ‘blogger’ pun belum lancar mulut nih, huhuuu. Asal nawaitu mencipta blog dulu hanya utk menunaikan rasa hati dan permintaan hati kerana minat menulis. Bila dah ada blog sendiri, dah sering berblogwalking…berbagai cerita yg saya baca..

    Nak tanya Denai Hati, perlu kah itu semua untuk semua penulis blog?
    Curahan rasa jul rahman @ ..Hujan AirmataMy Profile

      1. bagi aku walaupun menulis utk sendiri tetap perlu kerna ianya jadi motivasi dan mengetahui tahap kemahiran kita bermain blog kalau tidak tak lama kita dalam dunia blog ni.

        1. Betul tu…
          Masa mula2 blogging mmg tak kisah ttg PR ni tapi bila dah lama2, blog dah PR3, rasa bersemangat utk terus menulis walaupun utk diri sendiri…
          Yang bestnya bila ping blog, blog PR tinggi pastinya ada di page pertama walaupun bukan di atas..
          Curahan rasa iza @ ..Buatmu KekasihMy Profile

  3. memang demikianlah dulu Blog ini pernah digebuk menjadi PR 0 kembali karena begitu banyaknya outbound link, selain dari url komentar sendiri juga dari commentluv, tapi setelah ada beberapa contest dengan banyaknya link dari para peserta contest maka blog ini telah kembali ke jalurnya, namun saya rasa link juga bukan semata-mata penentu PR , aku punya blog sahabat yang tak pernah comment di blog lain juga tak submit ke directory blog kemudian juga tak exchange link namun bisa beroleh PR 5 artikelnya pun cuma beberapa jumlahnya , namun kualiti contentnya memang bertaraf master http://www.escmalta.com
    Curahan rasa munir ardi @ ..Sedikit penjelasan untuk SitelinkMy Profile

  4. Menjawab “…apakah ada kesan PR kepada blog yang tinggalkan link di commentLuv diruangan komen setiap entri di blog denaihati…”
    Link commentluv Denaihati sekarang ni dah nofollow (kalau tak silap saya dulu dofollow), jadi dari perspektif PR tiada benefit untuk pengkomen.
    Curahan rasa GreenLava @ ..Test your blog in different screen resolutionsMy Profile

  5. owh macam tu ka, aku sebenarnya kurang faham sangat bab bab ni, tapi yang aku tau aku guna plugin tertentu kendian aku taip tajuk entry, entry aku di google berada di page pertama, tu jer aku tau, hehe. pasal page rank ni aku x tau sangat sebab page rank aku masih telur ayam lagi, sekarang pon sibuk masih nak promosi blog bagi lebih dikenali, hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!