Simbah Asid suspek pasti terjerat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, berita simbah asid semakin menakutkan ramai wanita muda di Kuala Lumpur. Pada hari Polis mengumumkan suspek simbah asid yang telah menyimbah asid kepada 22 mangsa telah dikenal pasti dengan berani penjahat telah menyimbah mangsa terbaru simbah asid yang ke 23.

Lebih hebat lagi mangsa ke 23 adalah anak kepada anggota polis. Apa motif lelaki psiko ini menyimbah mangsa dengan asid sesuka hati. Dendam atau sakit jiwa?

Gambar Suspek kes Simbah Asid

Terpanggil aku untuk menulis kisah ini setelah mendapat pesanan twitter dari kak yan : “@yanmie: @denaihati minta tlg sebarkan wajah suspek simbah asid http://bit.ly/iMqrTL DH ramai followers, mana tahu blh membantu”

Insyallah dengan 15k follower Twitter dan 5k follower Fanpage Facebook aku akan cuba sedaya upaya membantu insyallah dengan izin Allah semuga tertangkap penjahat ini. Jangan lupa doakan juga setiap kali lepas solat kerana sehebat mana manusia hebat lagi Allah. Setiap kali tweet dan retweet aku akan letak hashtag #simbahasid supaya mudah dijejaki.

Sepandai-pandai tupai melompat pasti akhirnya akan jatuh ketanah juga akhirnya.

Tersebar berita terbaru : “mesej dari IPD tun razak, motor suspek simbah acid, dapat dikesan: honda ex5. WPV 4963” tetapi mengikut blog Kak Jie berita ini bukan dari Polis jadi berhati-hati dalam menyebarkan berita.

Update : Suspek telah menyerah diri di Balai Polis dan Polis berpuashati bahawa beliau bukanlah suspek yang dicari untuk kes simbah asid. Semuga Allah beri pertunjuk sehingga tertangkap penjahat yanh paling dikehendaki sekarang.

[ad#nuffnang336]

[ad#Adsense234x60]


Spread the love

119 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!