Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.
Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.
Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.
Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.
Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.
Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.
193 Comments
masa ulang alik shah alam-pj tu slalu tgk signboard n kedai ninetology ni tp tak pernah berkesempatan untuk review sendiri produk ini… mmg not bad juga keluaran u9Z1T ni kan..semoga mereka terus maju…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Cons Project Kuala Lumpur
ya kalau dekat jalan ada juga iklan papan tanda telefon pintar ini cuma kita perasan atau tidak sahaja.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
not bad juga sebenarnya brand ni, cuma update OS lmbat sket (tak tahu lah utk model2 baru). Dulu guna stealthy II. simpan jer sebab guna samsung. 🙂 tp dia kena saing dengan banyak lagi brand yang tawarkan model2 terbaru dan lebih canggih dengan harga murah..
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
nampak gaya kita pembeli harus bijak memilihkan. kalau benar nak beli harus bijak membuat penelitian.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Saya tak pernah lagi guna jenama ninetologi ni. Survey pun tak pernah sebab takut tak tukar smartphone ke jenama lain. bIla baca review ni macam menarik pulak. Harga pun macam jauh lebih murah.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
harga fon ni memang lebih murah berbanding fon lain. boleh cuba jenama ni. review pun ok
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tu lah kan. Nampak macam menarik jugak jenama Ninetology ini. Harga yang jauh lebih murah pulak tu. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
wanita bila banyak pilihan rambang mata kita buatnyakan.biasalah permulaan kalau membeli selau akan tanya dua ke tiga buah kedai itu wajib
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
menarik juga ni baru pertama kali tahu jenama ni,sekejap lagi nk lihat website nya usha usha hehe mana tahu boleh buat review kn
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Berada Di Dalam Pesawat
wow, yg teka dgn betul dapat fon free, best betul. tahniah semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Rezeki mereka alhamdulillah. Produk yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review Blog Mereka.
Rezeki masing-masing. Bestnya kalau kita pun dapat smartphone secara percuma ini kan. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
mahu loncat atau macam tidka percaya waktu tersebut. itulah rezeki datang tanpa dugakan tidak mengenal siapa seseorang mahupun pangat orang itu semua sudah tertulis
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
macam baru tersedar dari lamunan mimpi sahaja sabarlah duhai hati ini.lepas ini tidak tidur malamlah gamatnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
orang main percaya dengan produk dah cina. kalau produk bagus, memang akan cepat naik nama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
asal tahan lasak dan boleh guna untuk jangka masa panjang itu cukup memadai dari kita beli tapi gunakannya hanya sekejap sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
PG tak pernah dengar nama smartphone ini, tapi dengan sokongan LTE disitu, ianya pasti satu kelebihan yang menarik, yang ada pada produk ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya tahu pasal product ni sebab pernah jadi sponsor the red warriors. dengar citer bagus jugak. boleh lawan jenama lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
pernah review smartphone jenama nieh tahun lepas macam tu tapi yang ini paling terbaru rasa nya sebab LTE kan .. kalau dapat buat review kan best
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
kira miss yati tahu jugalah sokogan apa ada pada peranti ini.kalau saya hanya tahi gunakan sahaja.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
PG tak pernah dengar nama smartphone ini, tapi dengan sokongan LTE disitu, ianya pasti satu kelebihan yang menarik, yang ada produk ini
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
PG tak pernah dengar nama smartphone ini, tapi dengan sokongan LTE disitu, ianya pasti satu kelebihan yang, yang ada produk ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
setiap keluatan mesti ada sesuatu yang mereka ingin perkenalkan atau ketengahkan.tentunya setiap hasilkan ada daya tarikan yang tersendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
pada kebiasaannya benda sudah beli agak sukar nak jualkan kembali. baik pikir sebelum kita membeli dari beli main hentam sahaja rugi sungguh-sungguh
Curahan rasa cahayacinta @ ..Pukau Bonsai & Orkid 2014 Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
telefon pintar ninetology saya jarang dengar dan tak tau apa dia punya fungsi walau apa pun tahniah banyak sekarang telefon pintar di lancarkan.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
fungsinya tak banyak berubah dengan phone android yang ada cuma ada beberapa fungsi yang tiada di android macam tuh lah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Walau pelbagai jenis dan jenama keluaran telefon pintar, semua masih tidak dapat menandingi kehebatan iphone kerana… iphone 5s menjadi idaman setiap blogger! 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar Menurut Islam
benda mahal serta kualiti tahan lasak itu menjadi pujaan hati beta dan rakan blogger lain juga
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
Menarik jugak handphone ninetology ini. Harga pun agak murah berbanding jenama lain yang ada. Design pun nampak cantik dan menarik. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GIVEAWAY BY ZYRAZHR
design seakan akan HTC. menarik, nampak kemas, kecil dan elegan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
lagi best sebab ada rebet RM200 setiap pembelian phone nieh kalau tak silap saya tu yg best
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
dapat rm200 banyak juga dekat situ kita sudah banyak dapat keuntungan.rasanya tempoh dia mesti telah tamatakan agaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
seperti kita macam mendapat BRIM dari kerajaanlah pula gayanya. inilah nikmat membeli kalau ada rebet katanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
barnag baik harga pula berpatutan kalau dapat elok sambar dahulu dan servey mana berkenan seharusnya harus utamakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
produk ninetology memag bagus jugak produknya, kawan saya biasa gunanya.memang ok handphonenya, kamera nya pun chantik…harga pun berpatutan…sesiapa x memiliki lagi bolehlah grab sekarang yee…hihihi 🙂
kalau kawan pakai katanya memuaskan tak syak lafi kita boleh beli jugalah.benda baik harus kongsikan bersama
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
baru pertama kali wawa dengar jenama handphone ninetology ni. produk ini macam oppo jugak ke tuan denaihati.com?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
pesaing oppo. tapi product ni dilancarkan lebih awal dari oppo.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
banyak produk sedia ada pasaran ada kelas yang tersendiri. bijak membeli mesti lepas ini selau menggunakannya nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
benda lama berada pasaran cuma kita tidak ambil tahu sahaja mungkin kita sendiri ada minat jenama telefon pintar yang lain maka yang ini kita lepas pandang
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
ninetology ni buatan malaysia ker..tak pernah dengar dan tengok selalu nokia,samsung dan sony ja yang populer..ke ana yang ketinggalan huhuu..
Curahan rasa adna2029 @ ..Tugasan kedua cabaran iPhone 5s di Blog Denaihati.com
Comments are closed.