Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dah berzaman aku tak turun event mana-mana produk semenjak SBB2014, mungkin ada satu dua lah yang aku pergi atas jemputan kawan-kawan rapat. Semalam aku ke majlis pelancaran produk baru Ninetology soalan pertama yang aku dapat dari kawan-kawan Blogger kemana aku menghilang selama ini. Katanya selalu dulu kalau aku tak datang sekurang-kurangnya ada wakil tapi sekarang tak gitu. Nampaknya kena rajin pergi event balik sebab banyak syarikat dah mula lupa dengan blog Denaihati tapi bukan salah diaorang yang salah aku. Ini bukan kali pertama blog Denaihati cover majlis Ninetology sebelum ini pernah untuk “Pelancaran telefon baru seri U9“.
Majlis pelancaran u9 Z1T smartphone 4G terbaru keluaran syarikat tempatan Ninetology akan menjadi permulaan untuk aku aktif kembali menyertai majlis-majlis pelancaran gajet yang memang banyak hampir setiap hari ada. Selain daripada mengambil tahu keluaran produk terbaru dapat juga aku bersosial dengan rakan-rakan Blogger teknologi yang memang kuat berkerja sebab itu mereka dapat peluang pergi majlis pelancaran produk sehingga keluar negara. Kalau duit jadi ukuran itu memang salah sebab bukan semua advetorial gajet yang mereka tulis adalah berbayar tetapi kerana minat dan dedikasi.
Selain berjumpa rakan Blogger dapat juga berjumpa dengan top management syarikat macam majlis Ninetology inilah dapat berbual dengan Bro Wong (kalau tak silap namanya), product manager yang berdiri sebelah aku. Bila aku bagi bisnis kad dia kata ooo ini Denaihati ya!, lepas ni kita jumpa boleh bincang bisnis. Suka tak suka untuk berjaya dalam bisnis mesti membina network dan kemudian sentiasa membina komunikasi yang baik bukan hanya apabila ada projek baru nak berhubung.
Memang tak ada rezeki nak menang smartphone LTE U9Z1T keluaran pertama Ninetology sebab aku salah teka harga. Semua jemputan yang meneka tepat harga iaitu RM899 dapat membawa pulang satu unit U9Z1T tapi kepada peminat smartphone Ninetology boleh mendapat diskaun sehingga RM200 dengan hanya perlu membeli secara online di eChannel Ninetology yang baru dilancarkan bersama dengan pelancaran U9Z1T.
Sedikit informasi telefon Ninetology u9Z1T beroperasi menggunakan Android 4.3 dan membawakan skrin bersaiz 5-inci IPS HD, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz Quad Core. Telefon pintar ini turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman dengan aperture 2.2, dan kamera 1.6-megapixel untuk panggilan video. Dari segi memori, peranti ini dilengkapi dengan memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Kapasiti bateri pula sebesar 2000mAh. Nak tahu lebih lanjut kehebatan u9Z1T boleh baca di Veronchan.com dan Soyacincau.com atau boleh terjah Facebook Ninetology.
Ok berjumpa lagi di majlis pelancaran gajet baru yang lain.
193 Comments
mula teringat yeop from ipoh menang telefon pintar sungguh benar rezeki dia ya. banggalah pula sebab saya duduknya dekat ipoh.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
Alahai bertuah nya dia.. saya pun tak oernah dapat lagi hadiah berbentuk telefon dari mana2 contest.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Review: Novel Bukan Cinta Secondhand
kalau tuan denaihati bagi hp bestlah eh..tapi setakat ini belum pernah dapat telefon pintar mana-mana contes atau pun perjumpaan pelancaran produk. mungkin usaha saya belum cukup kuat agaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
ruang antara muka nampak cantik.mesti guna jenis pakai tangan tu slide sahajakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Ninetology telefon sudah lama saya inginkan. tidak tahu mengapa mungkin sebab ada beberapa review dari blogger yang menggunakannya katanya bagus.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
AB dulu pon pernah menjadi pengguna Ninetology. Tapi AB guna model BlackPearl II. Features dan harga yang berpatutuan. Masa tu beli dengan bantuan baucer smartpone untuk pelajar IPTA. Sayangnya brand ni kurang popular. Masa balik Muar, tunjuk handphone ni untuk cari flip cover mostly kedai tak tau pasal brand ni. Apa-apapun pada AB, Ninetology tetap thorbaekk
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
wah..bestnya saya rasa bertambah teruja nak membeli. tapi sekarang fokus afffiliti untuk dapatkan sesuatu barang.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
sekarang pelajar kalau nak beli telefon sudah ada baucer. apa lagi baucer buku dari kerajaan untungkan anak-anak muda sekarang ini berbanding zaman saya yang dulu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
wahh..teka harga je dapat smartphone sebijik..takpe la, bukan rezeki DH nak dapat smartphone ni kot..hehehhe
Curahan rasa Aksara Biru @ ..School Service Part 3
masih ada rezeki yang lain itu. tak apalah mesti fikirkan yang baik-baik sahaja.bersyukurlah sebab dapat ke sana pergi dan peluang dalam keadaan baik bahkan tapat kembangkan rangkai jenama blog lagikan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
teringa semasa ssb 2014 tapi ia bukan teka harga sekotak air minuman tapi jawab ada berapa jenis minuman keluaran yeos
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
Nampaknya, perlu ada promosi besar-besaran supaya semua orang tautentang u9 ni…hehehe… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Pengalaman menjadi finalis Pertandingan Bintang P. Ramlee dan pasangan Zon Sabah 2014 #1
Oh, baru tau yang ada jenama u9 ni…nampak macam smart saja… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
kalau terlepas tidak mengapa masih boleh sahaja admin beli telefon pintar baharu atau mungkin iphone 6 plus itu heeee..bagus juga itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
ninetology macma best mana lebih best lenova atau ninetology saya keliru jika buat belian untuk memilih salah satu darinya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
beli lenovo la..beli kat subang…murah betul..nak beli handphone macam nak beli tiket bas..beratur..siap ambik order lagi sebelum beratur..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
masih banyak lagi yg belu tahu pasal produk ni. mungkin mrk perlu buat lebih byk promosi
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kata denaihati setiap masa ada sahaja telefon pintar muncul maka tak salah bila benda itu ini keluar secara serentak agak sukar kuta tahu keluaran mana yang terdahulu dan terbaru
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
banyak pilihan terkadang sampai radang anak mata berpinak nak pilih.dunia telefon pintar begitu pantas bergerak ke hadapan
Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILA
memang banyak model-model baru smartphone yang muncul untuk bersaing dengan jenama terkemuka di dunia
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
terkadnag promosi ada mungkin kita kurang perasan.yelah semua barang telefon pintar boleh katakan semua ada saya saing yang tinggi produk pula bagus-bagus belaka
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
akan datang harapkan promosi akan lebih giat jalankan. terkadang ada banyak persaigan itu susah kita nak jangkakan. sekarang pengguna pengguna lebih bijak membuat perbanding dan pilihan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
tak pernahku review apa-apa produk Ninetology di blog saya..lepas ni nak jugak try buat untuk produk mereka la..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
mesti belilah kalau tak memerlukan review cukup yakin ada duit boleh sambar satulah ya.mudah urusan berblog atau harian
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
Ramai yang dalat hadiah free? Woooww.. kalaulah nik yang dapat tersenyum lebar sampai ketelinga..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
Betul tu Nik. Seronok kalau dapat join event sebegini, nanti boleh dapat hadiah kalau bertuah lah. Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
dapat sertai bagus pasal bayaran tak payah kisahkan sangat kalau kita hanya blogger baru sahaja dan mula minta bayaran uh..belajarlah ke event tanpa bayaran masih ada manfaat jugakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
benda percuma jawapan mudah kalau tak dapat tak adalah rezeki itu kalau dapat nasib menyebelahi kita.semua rezekilah
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
kalau tanya ramai suka dapat barang percumakan. tapi pengeras nak dapat wajib ada jawapan apa cari.
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
telefon pintar sudah jaid satu keperluan dalam kehidupan bukan untuk menunjuk tapi cukup kalau guna saat terdesak.sekarang zaman public telefon awam sudah makin pupus
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
public phone kalau terdesak perlu jugak…teringat zaman dulu-dulu…siap beratur nak pakai public phone…kalau depan kita tengah bergayut dengan awek..alamatnye pergi cari public phone lainla..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
jarang jumpa produk ti ni kedai. mungkin perlu banyakkan lagi promosi supya lebih dikenali
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Yeke? Kalau kat tempat nik tinggal sekarang ni rasanya banyak jugaklah. Tapi tak semeriah samsung dan apple.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
sekarang ni oppo paling byk promosi. kat kedai penuh dgn jenama dia je
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
jenama oppo pun tak kurang gahnya juga.ia sering berlegar dengan iklan kaca televisyen cukup promosi sana itu tarikan lebih kenali walaupun ia bukan segah iphone …ninetology atau lenova
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
Betul tu sis. Agak jarang jugak saya tengok smartphone jenama Ninetology ini di pasaran.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen: Kenapa Kesihatan Itu Penting?
ninetology memang not bad…tapi kalau ada duit dan masa boleh la dapatkan lenovo pun ok..mana-manalah senang cerita..bagi yang mampu boleh ke samsung atau apple
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
hee amat setujudua jenama itu amat popular kalangan anak saudara saya.kita kerja biasa hanya guna yang biasa-biasa sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
benda kalau dapat mesti pakai sampai puas hati.sebab otu masa membeli kita harus fikirkan semasak-masaknya.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Comments are closed.