Nak buat Duit pun tak yakin

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

income world of hijab
Contoh pendapatan dari bisnis online

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

pendapatan dari world of hijab
Contoh income bisnis online

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.

income affiliate eQurban

Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.

Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.


Spread the love

1,285 Comments

  1. Penyakit ‘M’ dalam diri yang kadang2 membantutkan usaha.. hehe.. penyakit ada pada semua, cuma lebih atau kurang yang membolehkan diri utk maju ke depan atau perut saja yang maju ke depan. Macam nak jadi top 70 komentor nih.. hehe.. atau nak tulis pasal satu2 post yg sampai sudah tak tertulis..
    Curahan rasa cheramiche @ ..Run For Your Lives KL 2014My Profile

  2. Mmg saya beruntung dapat upline yg sangat positif dan tak pernah jemu bagi dorongan. Tapi mungkin usaha saya belum betul2 kuat, semangat saya belum betul2 kukuh…itu yang sampai sekarang masih tak laju pencapaiannya.

    Tapi tiap kali nak menarik diri, saya baca kisah2 kejayaan mereka. Rupanya mereka pun macam saya juga, bermula dari bawah, dari untung ciput sebelum berjaya. Yang membezakan ialah macamana tindakan mereka yang berjaya!!. itulah push factor saya sekarang.
    Curahan rasa asnida @ ..Sindiket Hantar Virus Untuk Lesapkan Wang??My Profile

      1. Betul tu encik titan. Semuanya bermula dari bawah. Dari untung seciput je terus jadi berlipat kali ganda .

        Yang penting adalah usaha kita. Kalau tak usaha, tak kemana jugak kan hee

    1. mcm sekarang walaupun trafic blog ala kadar je(masih berusaha) tetapi saya yakin saya boleh bt review sekaligus pengiklanan,sudah ada beberapa orang yang mahu upah saya untuk lakukan review dan iklan,walaupun trafik ala kadar tp kita usahakn utk share review dan iklan tu ke pelbagai tempat.keyakinan itu penting,jika xyakin sampai bila2 la di situ je 🙂 hehe
      Curahan rasa ohpilihanku @ ..8 Penyakit Akibat Marah-Marah.My Profile

    2. Ye keyakinan itu penting, Jangan mudah putus asa. Kalau rasa nak down je, baca balik kisah kejayaan orang lain. Jadikan sebagai pembakar semangat untuk teruskan..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!