Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Kita kena yakin kalau kita nak memperolehi kejayaan. Dan sentiasa berusaha selagi kita mampu untuk berusaha.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA
semuanya bergantung pada si empunya badan untuk menguruskan serta mendisiplinkan diri untuk menghasilkan income
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
siapa tak kenal encik titan , sempoi penulisannya tapi berbisa pada yang baca , boleh jadi
kaya sebenarnya dengan berblog ni
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Encik Titan memang hebat, sbb tu dia boleh bayar PTPTN cepat-cepat
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Saya setuju dengan pendapat bro…En Titan banyak dapat income dengan berblog. Kita kena ikut cara beliau lakukan, Nak tahu kena pergi terjah blog beliau, ada banyak tip yang dia berikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
penulisan encik titan memang power…banyak juga tip dia kongsi membantu… 😀
Curahan rasa zaza zehra @ ..Wonderglow Produk Penjagaan Wajah Untuk Kulit Cantik Berseri
apa pun kena cuba dulu, banyak sangat program buat duit sekarang ni, fokus pada 1 dulu baru motivasi tak jatuh
Curahan rasa Syami @ ..Tingkatkan Jualan dengan Beriklan di Blog
saya dah daftar ashadee, tapi tak start buat promosi lagi. memang takde bakat dlm bisnes. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Apa tunggu lagi start lah promosi, buat ala – ala teknik komen disini manalah tahu ada rakan facebook yang beringinkan nanti
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Teknik sehari post dekat Facebook sendiri pun boleh juga, cuma jangan setiap 1 jam pos nanti orang ingat kita spam pula.
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
haha yang itu benar sekali , kena juga updated yang langsung tak de kena mengena dengan buat duit, jadikan sepertii flow yang normal baru ada selit sikit – sikit post nak minta duit haha
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
jangan cakap macam tu , try promote dulu acane , tengok2 sales meletop . untung bro hehehe
try la
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Kan, cuba try pos mana tahu ada yg berminat. Terus dapat 1 sales. Lepas tu cuba 2-3 post. Hehe
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
belum cuba belum tau. saya mula-mula nak start main affiliate pun tak yakin juga. sekarang ni Alhamdulillah ada saja salae yang masuk. Nik pun pasti boleh juga.
haha bro doulnut tu pun memang dah banyak masuk dengan affiliate saje je dia ni kan
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
pun nak cuba la juga nanti join program affiliate ni…
Curahan rasa zaza zehra @ ..Wonderglow Produk Penjagaan Wajah Untuk Kulit Cantik Berseri
Semua ada ilmu utk berniaga tapi cuma tak full utilize ilmu yg ada.
Curahan rasa 1000 Free Download @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Mencuba dan berusaha dulu… Tapi kalau tetap tidak berjaya, bukan bermakna gagal. Tidak semua orang dianugerahkan kemahiran dan boleh berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Mulai hari ini kenapa dah tak boleh komen di entri2 lama denaihati? Adakah ianya memang sengaja di block?
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
oh ya ke baru saya nak terjah entri lama – lama denaihati untuk tingalkan komen
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
yup setuju . walau apapun cuba dan cuba .. mana tau rezeki kita memang dekat bidang sebegini , kita tak tahu selagi x mencuba
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
insha ALLAH rezeki Allah itu luas jangan takut untuk mencuba
Curahan rasa Akupenghibur @ ..Pelaksanaan Solat Istikarah Dan Jawapan Solat Istikarah
ya kan acik… cuba dan terus mencuba… pasti usaha itu akhirnya tak akan sia sia…
Curahan rasa zaza zehra @ ..Wonderglow Produk Penjagaan Wajah Untuk Kulit Cantik Berseri
Peluang datang ketuk pintu. Tidak seperti posmen akan meletakan ‘miss u notification’ kalau kita tak buka pintu, peluang akan ketuk pintu orang lain pula.
Kesungguhan
itulah perkara yang paling penting dalam dunia blogging untuk mendapatkan hasilnya . We need passion to get what we want
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Yeah Cikgu Ahmad Faizal boleh dijadikan contoh,lebih – lebih lagi beliau juga pengarang buku teks merah jambu
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
en titan memang pakai affiliate. tengok aje blog beliau, hebat dlm berbisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
haha gua jarang sekali tengok blog Encik Titan ini , tapi gua selalu juga baca sambil – sambil tulis kata kunci dekat google tentang program yang beliau sertai ada rezeki jumpa juga blog lain tapi rasanya milik beliau haha
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
aku agak titan ni paling kurang adaa 50 blog untuk buat affiliate ni saja. cuma ada 2-3 blog je yang orang tau dia punya. hoho
apa lagi bro jom kita jejak sampai ke akar umbi blog dia , kasi bikin panas sama dia hahaha
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
memang tak rugi jika beli buku merah jambu tu , macam-macam perkara yang boleh kita peroleh untuk buat duit dengan blog
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
betul bro. saya dah khatam 3-4 kali nak hadamkan ilmu dalam buku tu. tiap kali khatam ada je ilmu baru dapat.
lagi satu apabila kita tidak online dan rasa malas kita baca je kita merah jambu untuk upkan lagi semangat kita
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Orang biasa-biasa hanya yakin bila ada bukti. Orang luar biasa yakin dengan Allah. Bila Allah dah beri petunjuk jalan, dia jalan terus… hehe 🙂
Jom jalan-jalan, cari makan, cari pengalaman agar minda ke langit 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..Review Shawl Chiffon Plain Labuh World Of Hijab WOH
Ya segala usaha yang kita lakukan haruslah diiringi dengan doa kepada yang maha pemberi rezeki
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
yakin tu penting , bila sendiri tak yakin orang lain mesti tak yakin
semuanyya bergantung pada diri sendiri
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Duit ni tak turun dari lagi ..Nak dapat duit kena bekerja kena berusaha baru la dapat duit ..kalau duk fikir jer nak dapat duit tapi takder usha sikit pon camner duit tu nak datang ..duit bukan turun dari langit ..bukan boleh petik jer kat pokok ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Sebenarnya ….. Siapa Kita ?? ❤
jika petani memang ada kiasan hujan turung dari langit mendatang kan kesuburan dimuka bumi. jadi disinilah ada maksud tersirat duit turun dari langit
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
yang penting jangan sekadar hangat-hangat tahi kucing , lepas sebulan dua , tengok takde hasil give up …
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Nak buat duit tapi tak yakin ..Camner orang kita nak maju kalau duk fikir tentang untung jer tapi tak nak mulakan ..Untung nak tapi takut nak mulakan usha ..Nak untung nak berjaya kena la berusaha …Kalau nak berjaya tanpa usaha tak berjaya la kita jawapnyerr
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
nak buat apa pun, kena yakin maa..
masalahnya, orang kita malas nak bermula.
Tak hairan ramai yang gagal.
Curahan rasa titan @ ..Pilih Hosting yang sesuai dengan keperluan kita.
Sokong en. Titan pasal ‘malas nak bermula” orang kita memang nak berjaya. Ada yang kerbeyakinan. Tapi ramai jugak yang malas nak start sesuatu. Tak kurang juga yang hangat hanagt tahi ayam.
Ya encik titan saya memang sudah yakin itu kitab merah jambu adalah satu pemangkin untuk gua dapat duit dari atas talian
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Keyakinan ada tetapi setelah usaha macam2…ikut segala panduan tetapi masih tidak berjaya, mcm mana tu? Kena percaya juga…tidak semua bidang kita mampu berjaya…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
apa – apa benda memang kena yakin seperti anda berdoa, anda perlu yakin doa anda akan dimakbulkan hanya cepat atau lambat itu sahaja
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
terbaiklah bro titan . setuju gila dengan statement ni , orang kita malas nak , kerja tak nak
macam mana nak maju
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
selain dari malas, orang kita juga kuat komplen. itu tak dapat, ini tak dapat tapi usaha malas. macam mana nak berjaya kalau malas berusaha
Keazaman yang tinggi dan sifu yang mahir dan motivasi yang lestari antara 3 intipati utama dalam menceburi bidang cari duit ini. Banyak yang saya kena belajar lagi ni 🙂
Curahan rasa Hilmi Hasan @ ..Bagaimana Makan Buah Berlebihan Beri Kesan Kepada Tips Diet?
untuk berjaya memang kena juga teknik meniru mereka yang berjaya
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
Nak tiru pun kena lihat betul2 bagaimana cara ia berjaya… Jgn main ikut aje pulak.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
tiru gaya orang yang dah berjay, jadikan mereka sebagai pembakar semangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Kasih Berbisik di Tv3
memang pun tiru pun kena pandai juga mengayakanya , bukan tiru bulat – bulat nanti susah juga nak melekat
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
dalam bab nak buat duit ni , kita perlukan ilmu dan guru sekurang-kurangnya untuk guide kita jalan dan langkah yang wajar diambil , siapa lagi kalau bukan encik titan sebagai mentor
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
nak mula pun ada banyak alasan.. macam mana nak berjaya.. biasanya kita dah terlalu selesa duduk diam.. sbb tu bila nak kena mulakan langkah tu tak berani dan kurang yakin.. tak yakin pada potensi diri sendiri..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Frozen takoyaki mesti cuba
Ramai yang beralasan. Tapi bagi nik ramai gak yang berjaya kan. Jadi kita kena tengok contoh mereka mereka yang berjaya ni..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 25: Berita Terkini Hari ini.
Alasan untuk berjaya memang boleh dicipta seribu macam cara, hanya mereka yang benar – benar kental mampu untuk terus maju kehadapan
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
setuju sangat-sangat . malas diri sendiri tapi bila orang lain berjaya kita jealous busuk hati .. adui
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Wahh . banyaknya referral comission. kan seronok jika saya dapat menarik orang daftar macam ni jugak . huhu . akhirnya seribu dalam tangan..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Cabaran 30 hari : 5 lagu cinta kegemaran anda
usaha dan doa untuk kejayaan perlu untuk berjaya jadi tingkat kan usaha , tiru gaya mereka yang kita rasa mereka sudah berjaya
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen 8Share Sudah Mari
tengok jumlah klik dia 20K , tapi yang beli hanya rm34 , untuk satu tempoh masa yang singkat .. menguntungkan
sangat berbaloi kan
Curahan rasa faizuddin fuad @ ..Bukan Payah Buat Duit Dengan Blog
Setiap usaha pasti ada ganjarannya..kalau dah ada ilmu dan cara buat duit..pasti segalanya akan jadi mudah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Comments are closed.