Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Betul Tu DH perlu ada keyakinan,xkira lah nk buat apa pun kan,tanpa keyakinan bagaimana nak memulakannya betul tak??
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Maksud Fitnah Dan Keistimewaan Surah Al Kahfi
Keyakinan itu penting tetapi mesti disulami dengan kepercayaan bahawa walau apa jua yg terjadi itu adalah takdir dari Ilahi dan haruslah reda
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan kita yang sudi berkongsi pengalaman mereka untuk diambil panduan oleh kita semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
betul tu dari penulisan mereka juga kita daat sedikit ilmu yang kita tak tahu
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Perkongsian mereka walaupun kadangkala nampak menjengkelkan tetapi tanpa perkongsian tersebut, tiada bukti bahawa kejayaan boleh diraih!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Hebat.. kata kata mereka diirngi dengan bukti yang sudah diterima. Banyak kena belajar ni..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Informasi Dunia
Banyak program affiliate tumbuh bagaikan cendawan, kena berhati-hati dalam soal ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Betul tu. Jangan kerana angan angan nak jadi kaya semua program pula dibantai masuk..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..AWAS! iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak!
Benar…tidak semua program affiliate itu memberi pendapatan yang halal kerana ianya menipu pembeli dgn memberi perkhidmatan dan produk yang tidak bernilai.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
kalau dah dapat komisyen pertama affiliate ni baru rasa seronok, ada la semangat sikit utk terus buat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Dulu pernah juga dapat tapi sekarang tidak lagi, kena tukar strategi lain pulak nampaknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Mungkin juga dah cuba, tapi frust sebab terpedaya dgn laman2 yg tunjukkan seolah2 senang sangat nak buat duit online
Curahan rasa Iskandar @ ..Ini 5 Hotel Pelik di Malaysia Yang Anda Perlu Cuba. Ada Berani?
kena ada teknik yang betul baru boleh menjana duit dengan banyak macam en titan tuh … taipa2 hari dia ada duit masuk dari blog2 dia yang banyak tuh
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Teknik daya pujuk yg mereka gunakan memang mampu memukau dan memikat hati walhal ianya tidaklah semudah spt apa yg diceritakan… Itu adalah kemahiran mereka!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Sifat tak yakin tu… aku pun ada. Especially bila ada program yang mintak keluar modal dulu haha
Curahan rasa sabree hussin @ ..Cara TERBAIK Langsaikan Hutang Kad Kredit?
Ada program kena bayar dan ada tak payah bayar, semuanya saya buat tidak menjadi, salah umpan barangkali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Bila sudah terkena sekali agak sukar untuk mempercayainya… Siapa yang mahukan pisang berbuah dua kali (kalau buah pisang betul ok juge)
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Betul tu… kita kena berusaha sedaya upaya disamping bertawakkal kepada Allah.
Curahan rasa mamamuslimah @ ..KELAS PHOTOSHOP ZERO TO HERO
Dah mencuba pelbagai strategi, buat review, ping di Facebook dan lain-lain sosial media, berdoa dan bertawakal namun masih tak menjadi. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Azmin Ali Menteri Besar Baru Selangor
Kadang kala kena juga terima hakikat bahawa ianya bukan rezeki kita…mungkin perlu bertukar kpd peluang2 lain pula…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Aku sebenarnya tak pandai buat duit dengan affiliate ni. Tapi bila dah buat dan dapat. Rasa syok betul.
Curahan rasa Paeh @ ..Senarai Pembekal Produk Laku Keras
Mula-mula dulu memang seronok, lepas lama sikit tiada dapat langsung, mulalah rasa nak berhenti buat review tentang satu-satu produk.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Mungkin yang banyak singgah baca…para blogger juga, itu yg sukar buat jualan. Kena tinggakat trafik kpd golongan sasaran.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
usaha tangga kejayaan. sesiapa pun boleh berjaya asalkan dia berusaha. jual online ke offline ke, yang penting usaha, doa dan tawakal
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
Betul sis ainun. Tidak akan ada seorang pun yang berjaya tanpa usaha. Usaha kenalah juga berterusan, seiring dengan doa dan tawakal.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ya… berusaha dan terus berusaha, jika gagal cuba berusaha lagi hingga berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Semua orang akan kata usaha tangga kejayaan…tetapi berapa kerat sangatlah yang benar berusaha untuk berjaya, sebab tu orang yang berjaya amat kurang jumlahnya…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
kat mana mana pun boleh buat duit. tak semestinya di internet
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Setuju 100% tapi kalau dah di talian internet mestilah cerita buat duit di internet, barulah tepat kepada golongan sasaran,
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Waaaaaaa….nak try…ni mmg peluang terbuka…rugi kalo x try..kena berani cuba….nk snang bkn senag…kan.. 🙂
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..My defination of Successful
peluang datang jarang-jarang. kalau berminat boleh lah cuba dulu. mana tahu berhasil.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 25: Berita Terkini Hari ini.
Jom daftar cepat! Hehe. Peluang keemasan, woh masih baharu, pasti akan membantu menjana pendapatan kita.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab
peluang macam ni boleh jana pendapatan sampingan. kalau dapat sikit pun tak apa la..
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ya betul mrsytie, biasanya program affiliate baru mudah nak dapat komisen. Harap-harap menjadi program ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Tidak salah mencuba, apabila dah cuba…kongsikan pula pengalaman anda ya! Semoga berjaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
nak buat duit,,, nak jana duit,.. belajar dari guru yang betul.. tanpa rasa jemu dan sentiasa ingin maju ke hadapan… insha Allah…
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Tinggal Merah yang Lama
InshaAllah. Mentor yang betul pastinya denaihati adalah pilihan yang betul. Walaupun beliau super sibuk, inshaAllah rasanya DH ok kot kalau nak membantu sedikit tidak banyak plan berbisnis.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab
tak ada yg mustahl utk berjaya kalau belajar dari guru yg betul dan pasang niat yg baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ho..ho… dengar kata sifu kita En KiD kita, pakar affiliate, cuma tak tunjuk kat orang, senyap-senyap dapat komisen.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
betul tu KID pun pakar sebenar nya cuma dia tak nak bagi tahu sesiapa je takut kita semua minta dia jd sifu kita semua
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Tak baik macam tu saudara KID…kongsi2kanlah rahsia kejayaan anda. ilmu yg ada jangan disimpan. Kejayaan akhirat kena capai juga… 🙂
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Ya, terima kasih kerana memberikan semangat dan menjadi contoh terbaik dalam membuktikan boleh buat duit dari online. 🙂
Curahan rasa amirulfaiz @ ..Kais pasir, jumpa remis
Juga jangan hangat-hangat tahi ayam DH kata. Hehe. Tidak mengapa gagal sekali. Pengalaman gagal pastinya menyemarakkan lagi untuk kita jangan gagal lagi dikemudian hari. Belajar dari pengalaman pasti membuatkan kita berjaya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab
gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. perlu belajar dari kesilapan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Bersemangat bila tengok akaun dengan income permulaan sebegini. Kalau kita jujur dan ikhlas berniaga untuk membantu orang lain, pasti berkat rezeki yang dapat. Tahniah dan syabas DH
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..BPL Perlawanan ke-5 Aston Villa vs Arsenal
betul tu bro..janji ada minat dan usaha berterusan..jangan stop di tengah jalan kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Hirup udara segar gaya Perancis.
Sangat cemburu. Murah rezeki DH. Terima kasih DH, artikel diatas memang membantu menaikkan semangat. Bilalah pula masa PG nak dapat macam tu. Hehe. Berangan tak sudah 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab
kan? jeles tengok orang yang buat duit dengan blog. entri ni boleh naikkan semangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Saya pun memang jeles sangat-sangat dengan mereka yang sentiasa dapat income dengan blog mereka. Berkesan sungguh umpan mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
Pelbagai cara dah cuba, pelbagai teknik dah dilakukan, moga lepas ini boleh jana duit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014
sama lah saya … moga2 lepas nie akan dapat menjana pendapatan lagi banyak ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
entri ini memberi trafik kepada blog peminat cendul…dan memang bagus untuk kedua-dua belah pihak
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Entri Hero Borneo Kena Plagiat
Itu peminat cendol sudah buat entri susulan dari entri DH kat sini. hehehehe. Tapi memang betul, Peminat tegar cendol tu memang raja segala buat duit online terutama dengan affiliates.
Apabila dah dapat teknik dan caranya… Ianya menjadi terlalu mudah. Nak ilmu, kena makan cendol banyak2, hehe
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Borak-borak Santai Tentang Dunia Blog Dihujung Minggu
Memang best kan bila dapat tempias trafik dari blog trafik tinggi macam blog denaihati nih..
Comments are closed.