Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
betul tu setuju sangat-sangat mesti cuba dulu baru taw berjaya ke tidak..ambik peuang yang ada keuntungan dapat sama rata kalau ada perkataan RAJIN..semua boleh!!
Curahan rasa adna2029 @ ..15 Karater Muka yang Awesome
kejayaan tak akan datang bergolek. harus mula dari bawah. untung sikit dulu takpe boleh jadi motivasi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
nak mula tu memang susah, tapi bila dah start dan tengok sikit hasil baru puas hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kejayaan insyaAllah akan tercapai dengan usaha…
Syoknya tengok komisyen tuu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
tengok komisyen DH memang boleh jadi motivasi. tapi nak mula tu liat sikit hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sejujurnya, semua orang memerlukan duit untuk kegunaan seharian. Peluang untuk menjana duit pun memang sekarang ni amat-amat terbuka. Cuma nak atau tidak sahaja belajar cara untuk mendapatkannya. PG juga membuat duit melalui ads nuffnang. Nak dapatkan tu memang agak sukar juga, tapi kalau hendak seribu daya, tak nak seribu satu dalihkan. Jadi, semuanya terpulang pada diri sendiri. Peluang ada didepan mata, kita ambik selagi mampu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kalau guna nuffnang agak slow sikit. lagipun bukan selalu CPUV masuk berderet.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul nik. Tapi itulah, PG membina sumber pendapatan melaluinya. Teringin juga nak cuba cara lain, tapi agak sukar sedikit. Nak lagi kalau bekerja kan.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
nak seribu daya tak nak seribu dalih. kalau belum cuba mcm nak nak tahu hasilnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
setiap kejayaan itu mesti dimulakan dengan usaha, tanpa usaha, kejayaan yang akan diperolehi akan tipis
Curahan rasa misz aa @ ..In Myopia World
“Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang” teringat satu idioms english ” as beggar can’t be chooser”. hidup ini memang tak boleh terlampau memilih sangat.
Curahan rasa misz aa @ ..In Myopia World
“KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik” tanpa kegagalan itulah yang menjadikan diri kita berjaya.
Curahan rasa misz aa @ ..In Myopia World
bila dah gagal sekali tu la baru kita tahu di mana kelemahan utk diperbaiki
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kegagalan dan pengalaman adalah guru paling baik. jadi kena jangan cepat mengalah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kena jugak ada keyakinan yang tinggi,kerana untuk mendapatkan sesuatu tu,kalau takde keyakinan,macam mana nak dapat
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
nak berjaya ni bukan senang,dan takde jalan pintas untuk berjaya.kena berusaha dan terus berusaha
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
kalau nak berjaya kena mula dari bawah dan tak ada jalan mudah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
wow..banyaknya..masih belajar jugak macam mana nak buat duit nie..risau takut berhenti di tengah jalan je
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
Kalau kita tak mencuba, kita takkan tahu apa hasilnya nanti. Sekurang-kurang kalau gagal sekalipun, kita teruskan usaha kita sehingga berjaya. Begitu jugak nak buat duit secara online ni. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Faithful
Nak berjaya ni, kita kenalah berusaha dengan gigih dan sentiasa yakin dengan apa yang kita nak buat. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Faithful
kalau kita berusaha, tak mustahil akan berjaya. kena set minda, pasang niat yg betul
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
errrkk. macam saya je tu. Hahaha. Tapi memang perasaan tak yakin ni buat kita jadi down.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Nik
tulah,saya pun masih tak yakin nak buat duit dengan affiliate…tapi lebih kepada tak tahu macam mana nak buat duit dengan cara tu.kena banyak belajar dari otai la macam nie
Curahan rasa Kisah Si Dairy @ ..Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
saya belum cuba lagi affiliatte ni. insyaallah lepas ni boleh try
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tapi mungkin satu hari nanti kan mencuba manatahu akan berjaya
Curahan rasa mawarberduri4147 @ ..Happy Birthday My Love
Belum cukup ilmu, tu yang rasa tak yakin. Banyakkan membaca. Cuba dan cuba…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Bersama NetKL.com
kalau nak cuba mesti ada yang guide kita kan baru lah senang ada yang tunjuk ajar
Curahan rasa mawarberduri4147 @ ..Happy Birthday My Love
walau dah banyak tengok orang sukses namun saya masih lagi tak punya keeranian untuk mencuba
Curahan rasa mawarberduri4147 @ ..Happy Birthday My Love
sama juga macam saya..perasaan takut nak mencuba kan itulah masalahnya
Curahan rasa mawarberduri4147 @ ..Happy Birthday My Love
eh jangan la macam tu, nak buat duit kena konfiden. kalu tak, susah duit tu nak lekat dengan kita
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Ramai yang masih belum yakin buat duit sebab tak tahu cara yang berkesan dan sesuai dengan jiwa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.