Assalamualaikum dan salam 1Dunia, salah satu pemandangan yang paling aku suka bila memandu di Lebuhraya Persekutuan adalah melihat iklan billboard dengan berbagai jenama dan keunikan. Aku berangan suatu hari nanti Denaihati Network akan mempunyai iklan billboard yang merupa salah satu cara penjenamaan minda bawah sedar yang sangat berkuasa. Tapi itu hanya mimpi yang tidak mustahil menjadi kenyataan.
Baru-baru ini semasa memandu di Lebuhraya Persekutuan selesai perjumpaan dengan salah seorang penaja majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, ternampak satu billboard yang agak misteri. Billboard tersebut berjaya mencuri perhatian aku sebab ianya hanya mempunyai gambar seorang budak kecil yang sedang berbaring di atas rumput hijau sedang memegang sebuah telefon. Sekali pandang nampak macam nak ambil gambar selfie pun ada, tapi mungkin juga dia nak ambil gambar langit yang membiru. Billboard ini membuatkan aku rindu pulak pada emak abah di kampung teringat kisah sedih kisah benar “Teguran ibu dijadikan musuh” dan kisah “Marah ayah ibu satakat mana“.
Billboard yang terletak tidak jauh daripada Angkasapuri ini tidak mempunyai sebarang jenama, no telefon, url atau apa-apa sumber rujukan tidak seperti billboard-billboard yang lain. Membuatkan aku lebih tertanya-tanya apa yang mereka cuba capai dengan meletakkan billboard yang besar begitu tanpa apa-apa informasi.
Kalau nak dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, hanya terdapat perkataan Hello. Mother misses you. Budak perempuan itu rindu dengan emaknya ke? atau emak dia yang sebenarnya rindu dengan budak yang sedang pegang telefon tersebut? Buntu juga dibuatnya semakin aku memikirkan mengenai billboard ni. Kalau tuan punya billboard ini meletakan billboard sekadar untuk mengingatkan kita kepada emak abah kita di kampung pasti besar pahala yang dia dapat.
Kalau rakan-rakan pembaca boleh bagi pendapat apa yang cuba disampaikan, jom kongsikan di ruangan komen. Pasti terdapat mesej yang cuba disampaikan, tapi team Denaihati sudah cuba untuk berbincang antara kami, tetapi masih menemui jalan buntu.
Dalam banyak-banyak billboard yang berada di jalanan, ini pertama kali mesej yang cuba disampaikan menjadi tanda tanya. Imej yang digunakan adalah menarik, ayat juga ringkas, tetapi ianya seakan ingin menceritakan sesuatu yang diluar dari apa yang terpampang pada billboard tersebut.
Harap rakan-rakan pembaca dan blogger yang boleh berkongsi idea dan buah fikiran, mengenai billboard ini. Apa yang cuba disampaikan dengan ayat Hello. Mother misses you tersebut, dan mesej yang lebih besar dengan penyediaan billboard ini. Kepada photoblogger aku nak bagi peluang hebat ini kepada yang dapat snap gambar billboard yang paling cantik dan tag di Facebook Denaihati dengan hashtag #MotherMissesYou akan mendapat hadiah misteri. Tiga hadiah misteri untuk tiga gambar paling cantik dan paling banyak dapat klik like.
191 Comments
Saya mintak maaf, pendapat kawan saya mengatakan bahawa kata kata dalam papan iklan itu merujuk pada Virgin Mary atau merujuk pada Mother of God
Curahan rasa Pakar Bagaimana @ ..Bagaimana Cara Sebenar Membeli Rumah Lelong ?
boleh jadi jugak sebab negara kita kan terdiri daripada pelbagai kaum
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
didaerahku juga ada kisah yg hampir mirip seperti diatas
Curahan rasa Hasan @ ..Hello world!
mungkin ianya juga datang daripada syarikat yang sama seperti di sini
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
bila agak2 akn terungai misteri billboard ni..hehehe
Curahan rasa JMR @ ..Ikan bakar sedap dan berbaloi di Besut
tu la sampai sekarang tak dengar dengar dah pasal iklan billboard ni kan
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
iklan kemasyarakatan ni… tujuan untuk ingat kat orang tua kita..
Curahan rasa QZ92 @ ..Kisah Ramli Pemain Manchester United Yang Dilupakan
betul tu sebab kita kena hargai keduaibu bapa kita walau apapun yang terjadi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Memang terkesan sekali mesej pada billboard tuh.
Rasa sebak juga bila mula terfikirkan mak.
Biar apa juga alasanya mereka meletakkan iklan itu, tapi diakui bahawa ia teknik yang terbaik dalam mengetuk pintu hati manusia supaya sentiasa mengingati mak kita.
Curahan rasa mohdridzwan @ ..Tiada Alasan Untuk Senyum
sangat terkesan sebab dia seolah olah mengingatkan kita kepada org tua kita
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Salam..bagi aku billboard “mother misses you” tu jelas menunjukkan untuk iklan TM..kalau perasan la ada TM kt situ. Mungkin TM guna pendekatan yang lebih jelas tentang peringatan untuk kita yang selalu sibuk dengan kerja untuk setiasa menghubungi ibu di kampung. Kenapa menggunakan perkataan Mother, ini mungkin sebab ibu yang perlu kita dahulukan barulah ayah. Mother misses you nak menunjukkan bahawa ibu selalu merindui kita di kampung dan ingin kita selalu bertanya khabar tentang dirinya. Aku rasa itu sahaja kot pendapat aku pasal billboard tu.
Saya rasa TM tu untuk trademark. Kalau TM telekom msia dia mesti letak logo. Rasanya la.
Curahan rasa TrendViral @ ..Lelaki Pelik Tapi Hakikatnya Sangat Kreatif
ingatlah kepada mereka selagi mereka masih ade di dunia..
Curahan rasa JMR @ ..14 Ramadhan 1435h – Doa untuk ayah ‘di sana’. Al-fatihah.
boleh jadi juga sebab apa apapun yang kita lakukan kita kena ingat kepada ibu bapa kita
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Ya memang misteri..tapi ok untuk bagi kita ingat kat mak bapak..thanks to that billboard and u for sharing…
memang misteri dan sampai sekarang takde penyelesainnya pasal iklan ni
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
ada nampak perkataan TM kat hujung pekataan you tu.
Curahan rasa Sya Isya @ ..100 RAHSIA PSIKOLOGI PELANGGAN REVIEW
biasanya simbol(tulisan superscript) TM untuk Trade Mark.
betul kata denaihati tu sebab biasanya ia merujuk kepada trademark
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Misteri. Mmg misteri. Takde apa2 tanda nama syarikat mana.
Curahan rasa hafizmd @ ..Live Kelantan vs PKNS Piala FA 2014
sangat misteri dan ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada penyelesaian
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Seperti iklan celcom. Atau tm. Dari komunikasi.
Teringin juga join hadiah misteri. Tapinya takde fb plak. He he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Rindu Nak Menaip
Mungkin juga, tapi misterinye sbb takde signage company
Curahan rasa hafizmd @ ..Senarai 25 Pemain Kebangsaan Kendalian Ong Kim Swee?
ramai juga yang berpendapat ianya iklan daripada syarikat telekomunikasi di malaysia
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Meaningnya macam MAK RINDU ANAK
ATAU ANAK ON D PHONE RINDU. MESSAGE
ADALAH SENTIASA INGAT UTK CALL MAK
BIARPUN SEDIKIT TERLUANG MASA
Missing mak too
Curahan rasa nurmisnan @ ..BELVYA SCRUB UNTUK KURUS DENGAN MUDAH
betul tu iklan ni telah membuatkan ramai org teringatkan ibu ketika sedang lalu di jalan tersebut
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Pendapat saya, Mother disini mungkin lebih kepada mother nature. Iklan ini bagi saya lebih menjurus kepada menjaga kebersihan, memelihara dan memulihara flora dan fauna. Oleh sebab kesibukan kita mengejar kejayaan pada hari ini sehingga kita terlupa dengan alam semulajadi (mother ataupun mother nature) yang perlu kita pelihara untuk masa depan anak-anak kita (dalam gambar iklan, budak itu mewakili anak-anak kita di masa hadapan). Sebab itulah dikatakan sebagai mother misses you. Bagi mengingatkan kita betapa alam semulajadi ini merindukan perhatian kita untuk dipelihara…
boleh jadi juga sebab kita wajib menjaga nature kita daripada pencemaran yg berlaku
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
wahhh mesti banyak gambar2 yang menarik nati..hehe..emm kat jerteh tak ada billboard pelik ni..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Pengalaman Pertama Datang Kuala Lumpur
betul tu pasti ramai yang akan tangkap gambar iklan ni kat jalan tersebut
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Kemungkinan besar ada syarikat telekomunikasi yang baru nak lancar. Hello. Mother misses you. Itu antara perkataan yang menjadi moto syarikat tu. Anggapan saya semata-mata.
Curahan rasa kaykillua @ ..Cendol dan rojak terbaik
majoriti pendapat mengatakan ianya datang daripada syarikat telekomunikasi. memang misteri betul
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Nak jadi ibu memang susahh. Sebab itu saya menulis tentang kekeluargaan dalam blog saya, supaya dapat bantu diri saya actually sambil share dengan orang lain.
benar sekali sebab bukan mudah untuk menjadi seorang ibu kepada anak anak
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Comments are closed.